17. Late

2 1 0
                                    


"Morning everyone! " sapa Aena pada manusia yang ada didapur. Tidak lupa dengan muka busuknya dipamirkan.

Entah ada ke tidak orangnya. Dia tidak kisah yang penting dirinya sudah menyapa.

"Asa mo hime (Morning too princess)" balas Tuan Aike yang sibuk dengan masakannya diatas dapur.

Dirinya yang paling lambat bangun tetapi tetap confident dengan muka busuk keluar datang ke dapur. Maklum hari minggu adalah hari ayahnya yang memasak didapur untuk sarapan pagi, jadi dirinya tidak kisah sangat.

Lain cerita pula dengan ibunya yang tepat akan waktu makan. Kalau tak bangun kena heret la sampai meja makan. Habistu makan dengan tidak sedarnya.

Cuma ada ayahnya dan dirinya, adik-adiknya mana? Ibunya juga tidak kelihatan.

"Mama to hokanohito-tachi wa doko ni imasu ka? (Mama dan yang lain mana?) " tanya tanya Aena tidak biasanya rumahnya sunyi seperti perkuburan seperti ini.

"Min'na ichiba ni itte kudamono o kau (Diorang semua pergi market depan tu, beli buah) "

"Ouh... " Aena meangguk faham, maklum dirinya yang memakan buah di tengah malam sampai licin.

"Angguk jela, dia yang habiskan buah tu" seru Tuan Aike sambil melihat anaknya tertawa tidak merasa bersalah.

"Buah tu sedap sangat" alasan Aena.

"Jadi sedap la Mama dah siap kupas, letak pulak dalam peti ais. Kalau Mama tak kupas? Membusuk jela dekat situ" bebel Tuan Aike.

Aena hanya tertawa puas nak rasa bersalah tidak rasanya untuk masa ni.



+_+



Tuan Aike pelik dengan anak sulungnya itu. Dah tahu ke belum tahu pasal family holiday yang akan mereka buat ataupun dah tahu tapi tak nak kecohkan sangat.

Macam tak biasa pulak anaknya itu, sedangkan anak-anak sahabatnya sudah bising dan kecoh.

Sedangkan anaknya tiada apa yang harus dikecohkan. Betul ke ini anaknya. Macam lain je ke tertukar roh ni.

"Azkel jangan main sudu kakak tu" tegur tegas Tuan Aike pada anak tengahnya itu.

Dan sang anak menunduk sambil bermain sudunya. Budak nakal kene tegur sikit buat muka.

"Yang, kejap lagi kita dah boleh start packing kan? " tanya Puan Hanna pada Tuan Aike dan membuat Aena bingung.

Keluarganya mahu kemana secara tiba-tiba pula tu dan dirinya tidak tahu apa-apa.

"Nak pergi mana Mama? Packing beg? Nak balik Jepun ke cuti seminggu ni? Bukan bulan lepas dah balik ke? " tanya Aena melihat kedua orang tuanya bingung.

Tuan Aike sudah menangkap yang anaknya tertinggal berita semasa. Ini mesti tak bukak grup.

"Family Khey, Fiezi, Lynn, Yumi dengan kita buat family day nak pergi bercuti besok" terang Tuan Aike pada Aena.

"Ha?! Family day asal Aena tak tahu pun?! " cepat Aena menggapai telifonnya dan terdapat banyak notif yang dihantar sejam yang lalu. Dirinya terlepas berita hot.

"Uuuuu!!! Best la camtu! " seru Aena yang sesudah membaca chat di grupnya.

"Lambat kakak, lambat..." ujar Puan Hanna sambil melihat anak sulungnya itu.

"Biar la, semangat tu kene ade even dah terlepas sikit" bela Tuan Aike.

"Dah tahu kan? Kejap lagi pack terus baju tu, nanti malam tidur awal. Esok kita nak kene bertolak awal. Ha before tu nak kena berkumpul dekat rumah Uncle Khy" pesan Tuan Aike.

Pertama Dan Terakhir {J•J•H}Where stories live. Discover now