20. 2 And Last Day

0 0 0
                                    


Pada hari kedua kami semua pergi ke pantai melakukan aktiviti sepanjang hari di pantai dari pagi hingga petang.

Menaiki yatch, memandu jet ski, menaiki banana boat dan berenang didalam air pantai yang jernih. Dan tidak lupa juga kami melayakkan diri menyelam didalam air melihat terumbu karang.

"Sejukkk! " ujar Aena langsung berlari dari air pantai menuju ke daratan.

"Sejuk sikit je bukan banyak sangat pun! " olah Lynn menyengir pada Aena tidak lupa tangan dicekak dipinggang.

"Entah kau! Lemau! " capuk ku memberi thumb down pada Aena.

"Aku pun sejuk ni. Bye! " celah Fiezi dia pun naik hanya meninggalkan kami bertiga didalam air.

Kami masih asyik berenang kesana kemari tanpa menghiraukan tangan dah berkedut.

Kami bertiga bermain siapa yang menyelam paling lama akan menang, aku dan Lynn sudah bercadang untuk mengenakan Khey.

"In three, two, one! "

Kami menyelamkan kepala, aku dan Lynn segera timbul dan perlahan-lahan menjauh.

"Eh rasa macam jahat la buat macam ni" ujarku pada Lynn.

"Alah! Bukannya selalu kekadang je" balas Lynn.

Kekadang katanya kalau mati anak orang kau nak tanggungjawab?

"Wey aku naik dulu la, sejuk sangat ni"

"Ha yela-yela, kau naik sana main dengan kanak-kanak riang, si Khey tu aku nak kerjakan sikit hehehehe... " gelak jahat Lynn sambil mendekati Khey yang masih menyelam didalam air sedangkan aku naik ke darat.

Kalau diikutkan kata hati, Lynn akan dikejar Khey satu pantai sampai dapat.

"Lapar la pulak... " gumam ku sambil berjalan menuju ke arah Aena yang tengah duduk di atas pasir pantai.

"Eh Yumi sejak bila kau naik ni?! " terkejutnya kerana aku ada disampingnya.

"Sejak zaman azali lagi Aena.. " balasku dengan raut muka datar. Boleh dia tak perasan pahadal tadi dah tengok sekilas.

"Tak lapar ke? Pergi la makan" tawar Aena.

"Kau dah makan ke tadi? "

"Hehehe... Belum! " balasnya memamirkan senyum tidak bersalah.

"Dah jom makan sekali, kau memang saja je kan tak nak makan"

"Ha,ah! Sebab nak makan dengan kau Yumi~" ujar Aena sambil tersengih kambing.

Mengada nak makan sekali macam la kita nak suap dia.

Skip...

"Papa lapar..." ujarku dan Aena.

Tuan Aike dan Tuan Yunho yang tengah syok duduk dikerusi sambil goyang kaki berpaling melihat shock anak mereka.

"Eh anak aku!? " terkejut Tuan Aike melihat Aena. Maklum badan Aena terpenuhi dengan pasir. Sekujur tubuhnya.

"Girl come here. Pergi main apa sampai macam ni? " tanya Tuan Yunho melihatku dari atas ke bawah sambil terkekeh kecil.

Aku turut tersengih untuk menandakan yang aku tidak salah. Of course la perempuan mana pernah salah.

"-kebas pasir dulu nanti Papa bawak makanan. Okey? " arah Tuan Yunho dan aku langsung mengebas sisa pasir yang ada dengan kain.

Sementara Aena diceramahi Tuan Aike kerana pasir ditubuhnya, kalau sikit takpe ini tahap nak kene basuh dengan air baru hilang.

Pertama Dan Terakhir {J•J•H}Where stories live. Discover now