25. Came again

1 0 0
                                    


Selepas 3 hari aku kembali ke hospital kerana retak dikaki aku tidak menunjukkan tanda perubahan.

"Kan Papa dah kata, nak balik rumah sangat. Kan dah kena masuk hospital balik" ujar Tuan Yunho sambil melihatku yang terbaring di atas katil sambil memuncungkan mulut.

"Yela..." balas sepatahku.

Aku harus duduk dihospital lagi selama 1 minggu agar kaki kananku benar-benar pulih dari retak. Bersambung kembali pada masa kehidupan yang membosankan di hospital.

"Dont worry, i know you are strong. You will get out of here soon"

"That must be and hopefully soon cause i want to go to school to see my friends and play basketball" balasku.

+_+

Khey, Fiezi, Lynn dan Aena tahu aku kembali ke hospital jadi mereka langsung datang melawatku dipetang hari.

Semuanya baik seperti biasa dengan perangai hanat masing-masing. Tetapi tidak dengan Lynn yang senyap tidak terlalu bercakap dan lebih banyak termenung.

Aku hanya memerhatikannya, namun tidak menegur untuk saat ini. Berbicara secara 4 mata lebih menyenangkan bagi Lynn.

"Macam mana sekolah korang hari ni? " tanyaku membuka topik.

"Normal je, cikgu masuk mengajar, pergi pj, rehat astu ade program rasuah habistu belajar lagi" cerita Aena dengan penuh semangat.

"Aku dah nak balik ni. Jom" ajak Khey sambil melihat jam tangannya yang sudah menunjuk waktunya mereka harus pulang.

Mereka datang kesini menumpangi Tuan Khy jadi mereka harus pulang sekarang. Karang kene tinggal tak pasal balik naik grab.

"Lynn jom kita semua dah nak kene balik ni" ajak Fiezi pada Lynn. Namun diabaikan ajakannya.

"Lynn? Kau nak balik tak? " tegur Aena.

"Urhm... Korang balik la dulu. Lynn cakap dia nak stay dengan aku lagi" selaku.

"Erk? Ade ke dia cakap tadi? Aku tak dengar pun" pelik Aena.

"Ada tadi, kau je yang tak perasan" alasanku.

"Nanti siapa nak hantar Lynn balik? " tanya Khey.

"Papa aku kan ade boleh je hantar. Kan Papa? "

"Ha?? Ye ye" angguk Tuan Yunho.

"Okey lah kalau camtu" ujar Fiezi.

"Yumi nanti kau makan tau kek! Buah! Yang paling penting minum susu tu tau! " pesan Aena terjerit-jerit sebelum dia melangkah keluar.

"Ye nanti aku makan la thank tau! "

"No problem la" jawab mereka bertiga.

Selepas mereka berpamitan keluar dan pergi hanya tinggal aku, Lynn dan Tuan Yunho yang sibuk dengan dunianya.

Aku melihat anak mata Lynn dalam dari sisi. Ini bukan Lynn Choi yang biasanya, melainkan dia dalam satu masalah yang mengganggunya.

"Aku nak lepak dekat taman hospital kau nak ikut tak? " tanyaku membuka  percakapan dalam kesuyian yang tercipta.

Walau tidak dijawab dia sudah berdiri untuk membantuku bangun dan siap untuk menemaniku.

"Papa, kita nak pergi taman kejap tau dengan Lynn"

"Ehhhh?! Nak buat ape?! " soal panik Tuan Yunho sudah jauh di sudut pikiran anaknya mahu lari dengan cara yang sopan iaitu keluar habistu hilang tanpa rada.

Pertama Dan Terakhir {J•J•H}Where stories live. Discover now