28. Half Night

1 0 0
                                    


Tuan's POV

Tuan Farr mengadakan pertemuan dadakan agar semuanya berkumpul di restaurant Tuan Leois pada pagi hari ini agar mudah dia mahu berbincang hal yang akan ia sampaikan tidak mengganggu atau didengari oleh orang lain.

Tuan Farr menunggu di ruang VIP yang dimana menjadi tempat langgangannya direstaurant Tuan Leois.

Dia juga memesan minuman sementara menunggu yang lain sampai.

"WOI ASAL KAU PARKING MOTOR KAU SENGET HAH JAMALLUDDIN! " jerkah Tuan Khy yang sambil menerjang pintu. Dirinya baru saja sampai siap pekej tendang pintu lagi. Jahanam lah kedai member sendiri.

"Nak cepat" balas santai Tuan Farr.

"Otak hang! Nasib motor aku tak calar sebab terlanggar bontot motor kau" ujar Tuan Khy sambil menghempas helmetnya diatas meja dan bercekak pinggang disana. Lagi sekali dia nak jahamankan kedai membernya.

"Yang kau pergi langgar tu kenape?! Buang tebiat?! " pekik Tuan Farr tidak mahu kalah.

"Aku nak masuk parking lah siput! Kau ingat kau sorang je nak parking dekat situ?! " balas Tuan Khy memanaskan lagi keadaan.

"Korang sambung gaduh aku dengan Aike letupkan motor korang dengan bom atom" ancam Tuan Yunho yang baru sampai bersama Tuan Aike dibelakangnya.

Terdiam dua manusia itu kerana diancam motor puluhan ribunya mahu diletupkan.

"Entah lah korang dua ni, itu pun nak gaduh. Parking depan tu aku rasa contractor aku buat besar dah takkan tak muat lagi" sela Tuan Leois sebagai tuan kedai masuk dengan hidangan yang biasa ia hidangkan kepada mereka iaitu keropok lekor buatannya.

"Entahnye kau yang salah pilih motor ni. Orang suruh beli RXZ kau bedal Y tak cukup suku" ucap Tuan Aike.

"Habis habis! Aku nak tahu pasal hal tu cepat aku banyak kerja lagi nak buat lepas ni" sela Tuan Leois menepatkan dirinya ditepi Tuan Farr.

Tuan Farr membuka laptopnya dan menunjukkan data dari seseorang.

"Aku dah dapat data diri dia tapi aku kurang yakin kalau itu dia tapi atas info dari pihak penelitian dan pencarian boleh dikatakan itu dia" tutur Tuan Farr.

Semua mengangguk faham sambil melihat data diri itu lebih mendalam dilaptop Tuan Farr.

"Kau dah mintak pihak detektif kaji lebih dalam lagi pasal dia? " soal Tuan Yunho.

"Dah, maybe dalam beberapa hari lagi baru kita dapat tahu. Lagipun dia tinggal dekat Brunei sejak 5 tahun lepas and dia bukak kedai emas dekat sana. Mungkin kita akan dapat info dengan cepat kalau pihak sana boleh bagi kerjasama" jelas Tuan Farr.

"Nahhh kau kedai emas. Bukan biasye biasye~" celah Tuan Leois bininya saja bukak kedai bunga kalah ni kalah.

"Ape kata sorang daripada kita pergi je mintak nombor dari si Robert rebina tu kan senang" ujar Tuan Khy.

Tuan Yunho menggeleng memang ayat itu nampak mudah tetapi ianya susah. Mesti orang tua itu akan meminta kembalian kalau meminta sesuatu darinya.

"Ancam nyawa Khy kalau kita buat macam tu" balas Tuan Leois pada cadangan Tuan Khy tadi.

"Lagipun dia sekarang ni susah nak detect mana kedudukan dia" ujar Tuan Yunho dan yang lain menaikkam kening keliru.

"Maksud kau Yunho? " tanya Tuan Aike.

"Macam yang korang tahu dia pengetua dekat sekolah anak-anak kita right? Lepas kejadian tu dia dah tak datang kerja" jelas Tuan Yunho.

Tuan Aike berkerut dahi.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Nov 02, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Pertama Dan Terakhir {J•J•H}Where stories live. Discover now