"Huh! Semput! " rungut Fiezi."Kaki aku sakit! " keluh Lynn.
"Memang tercabut la kaki aku macam ni" gumam Aena sambil terlari.
"Weh! Weh! Seluar aku londeh!! " jerit panik Khey sambil berlari yang langsung memegang seluarnya yang londeh. Tak boleh berhenti nanti kene ceramah.
"Jamal speck aku jatuh! Jangan pijak! SIAPA PIJAK AKU LUDAH! " pekik Lynn dari kejauhan. Specknya jatuh tadi dan tidak sempat diambil.
29 orang murid sedang berlari di padang. Dengan mengeluarkan rungutan dan keluhan mereka disaat berlari dipadang.
Dah la ade senior selain tahan sakit dikaki kene tahan malu jugak depan senior.
"Fighthing friends! " jerit ku memberi semangat kepada mereka semua dari kejauhan.
Dengar ke tak lantak la janji aku sudah salurkan semangat pada mereka yang berada di hujung padang.
"Dah berapa pusingan diorang lari? " tanya Cikgu Nargis yang baru saja kembali setelah menitipkan arahannya kepadaku kerana ada mesyuarat yang perlu dihadiri.
"Baru 3 round cikgu"
"Sampai balik mereka kena lari..." ujarnya agar tidak lupa.
"Mati la classmate aku" batinku sambil tersenyum kecut melihat Cikgu Nargis.
"Kalau sampai rehat je... Tak boleh ke cikgu? Saya kesian kan diorang karang mati anak orang kita yang susah cikgu" rayuku. Ini juga untuk sahabatku aku taknak diorang mati dulu dosa banyak tu. Lagi-lagi si Khey dengan Fiezi.
"Hahaha kamu ni pun Yumi serious sangat. Yela sampai rehat je" tawanya.
La jadi aku kene tipu la ni? Ke cane...
Tapi nasib baik, sekurang-kurangnya lebih baik sikit dari sampai balik.
"Cikgu bila boleh stop ni?! " jerit Lucas.
"Lari la dulu Luc! Kamu baru 4 round orang lain dah 5 round! " balas Cikgu Nargis yang sedar Lucas tertinggal bas.
Menggeleng kepalanya melayan perangai anak muridnya satu itu. Pelik-pelik saja.
"Yumi jom" ajaknya.
"Ha? Nak pergi mana? " heranku.
"Nak pergi kantin, cepat" ajaknya tiba-tiba.
Lain pula personalitinya tadi tegas kini lembut pula.
Skip kantin...
Ku dan Cikgu Nargis sampai dikantin dan duduk. Dia berfikir mahu memesan apa.
"Kamu rasa classmate kamu suka apa? " tanyanya tiba-tiba.
Dia tanya kita nyah yang baru masuk, tak tahu apa-apa. Dah la jenis tak ambik tahu pasal hal sekitar.
"Erm... Dari apa yang saya tengok diorang suka ayam.. " jawab suka hatiku. Tak tahu mat, tapi tengok mejoriti suka makan ayam.
"Air? " tanya Cikgu Nargis melihatku.
"Air yang manis.. "
"Ye cikgu tahu air manis, semua air manis dia jual tapi yang mana? Teh ais? Bandung? Oren? Sirap? Keladi? Coklat? Green tea? Milo? "
"Green tea cikgu" jawabku yang kali ni tidak asal memilih. Memang classmate aku hantu green tea.
"Okey kamu tunggu dekat sini cikgu nak pergi order" pergi meninggalkanku.
YOU ARE READING
Pertama Dan Terakhir {J•J•H}
Fanfic"...kau tunggu je nanti dah tak boleh tengok muka aku dekat-dekat macam ni" "Tinggal satu je lagi...." "Mama tunggu! " "Buku siapa? " "Sorry aku baca tanpa izin.." "Kau jangan kau dah janji, kata nak membesar sama-sama " "Raih mimpi kita semua sama...