Song Inspiration ; Glimpse Of Us by Joji
Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih
⭒⭒⭒
Dami kesat peluh yang merinik dengan tercungap-cungap. Dia membongkok, dengan posisi tangan yang ditahan pada lutut.
"Mihun! Apahal kau leceh sangat main ni? Sebab kau cuai bawak bola, team Opie menang!"Khai, yang sudah dikenali sebagai si mulut pedas membidik kesal.
Dami diam tak merespon.
Sewaktu perlawanan sukan antara kumpulan Opie dan kumpulan dia tadi, Dami tak boleh nak fokus, dan itu menjadi punca 'kekalahan' kumpulan mereka.
Punca utama kepada ketidakfokusan Dami dalam bermain, adalah buah hatinya, Ambreen Thurayya yang dari kelmarin tak berinya sebarang khabar berita.
Dami okay lah, faham kalau Ambreen tak respon chat dia malam semalam. Tapi ini sampai dah pukul 6.15 petang pun masih tak reply, risau lah Dami!
"Sorry do, Khai."ucap Dami perlahan.
Hanya mampu mengucapkan perkataan maaf. Nak ubah markah permainan pun tak boleh sebab wisel dah dibunyikan tanda pemainan tamat.
"Lain kali, kalau ada masalah cinta, jangan bawak pergi training!"tempik Khai seolah dia tak punya rasa kasihan. "Dahlah, Khai. Yang kau nak marah lebih-lebih apahal?"Opie segera mencelah.
Kalau dibiarkan, dan andai kata Dami hilang sabar, mahu lunyai wajah kacak Khai dikerjakan Dami.
Dami kalau dah marah, cannot handle.
Yang professional je boleh control. Contohnya Amee kesayangan Dami tu. Walaupun Opie tak pernah jumpa Amee tu, tapi dia yakin Dami mesti luluh kalau itu melibatkan Amee.
"Dah lah."lerai Opie segera. "Mihun, kalau kau ada problem, jangan bawak masuk padang. Kau professional kan? Takkan masalah personal bawak masuk sampai sini?"
Dami mengangguk kecil, "Sorry, Pie."
"Sokay. Nanti si Khai tu aku settled. Kau settled masalah kau, okay?"Opie tepuk bahu Dami, dan turut berjalan pergi. Meninggalkan Dami dan beberapa pemain lain.
Dami kesat peluhnya dan dengan lelah berbaring selamba di atas rumput hijau padang. Menatap langit petang yang mendung, seperti perasaannya kini.
"Where are you, cinta?"dia bergumam perlahan. Kerisauan memenuhi segala genap dan pelusuk dada. Tak pernah Ambreen menghilang tiba-tiba macam ni.
Mata ditutup seketika, cuba menghilangkan rasa gundah dalam hati, namun berakhir dengan Dami yang bertambah tidak tenang.
Dia menderam keras sebelum bangkit dan berjalan pergi.
Tujuannya, kondominium Ambreen.
⭒⭒⭒
Palang elektrik itu automatik naik saat melihat kereta Dami. Guard itu dengan cera menyapa lelaki itu, dan disapa sopan oleh Dami.
Lelaki itu parkirkan keretanya di kotak parkir yang disediakan, dan saat itu dia lihat Ambreen dari kejauhan.
Only with a t-shirt nipis dan seluar leggings.
"Oh my god, Amee."dia mengomel seketika sebelum keluar dari kereta dan sedikit berlari mendekati cintanya yang dari semalam menghilang.
"Sayang,"
"Mi... Kau buat apa dekat sini..?"soalan Ambreen kedengaran sedikit sinis pada pendengaran Dami. "Kau balik dari mana ni, Amee?"soal Dami lembut. Meski dia sedikit kesal dengan perlakuan Ambreen. Tangan di cantik diambil, dan digenggam lembut.
YOU ARE READING
Until I Found You [Lengkap]
Short Story⋆.ೃ࿔*:・ Silly Love Universe 𝗟𝗶𝘁𝘁𝗲𝗲 𝗟𝗼𝘃𝗲 𝗦𝘁𝗼𝗿𝘆, 𝗨𝗻𝘁𝗶𝗹 𝗜 𝗙𝗼𝘂𝗻𝗱 𝗬𝗼𝘂 ❝Aku jatuh cinta dengan segala yang diciptakan tuhan, bunga, senja, kupu-kupu dan kamu,❞ >>> "I would never fall in love again, until i found him...