Song inspiration; Mahika (speed up) by Aide & Janine Berdin
Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih
⭒⭒⭒
Ambreen labuhkan punggung di kerusi, dan dia menatap lama kertas di tangan. Dahinya berkerut tak senang.
"Ambreen,"seruan itu hanya dianggap tak wujud oleh Ambreen. "Ambreen, can we talk for a second..?"Ambreen mendongak, dan dapat dia lihat PD yang kurang dia gemar, Encik Jalani sedang berdiri di hadapannya.
"Kenapa, encik?"soal Ambreen kaku, lalu dia bangkit.
"Kita bincang dekat luar,"
"No. Here,"tegas Ambreen. Soalnya, Encik Jalani sangat-sangat terkenal di kalangan pekerja kerana sifat gatal dan sering menganggu pekerja wanita lainnya hingga membuatkan mereka tak selesa.
"Kita—"
"Di sini, atau tidak berbincang sama sekali. Only two options, encik."tegas Ambreen.
Di saat seperti ini, kebanyakan pekerja sangat mengagumi Ambreen kerana bersikap dingin. Hanya Ambreen yang berani menolak si ketua director.
Mata Encik Jalani meliar, tanda dia malu kerana Ambreen telah menolaknya secara terbuka di hadapan umum.
"Untuk project you, you dah fikirkan?"
Ambreen berkerut. "Yang mana, encik?"
"You'll start do interviews with your partner, I'll introduce him to you as soon as he arrives,"
"Kejap."Ambreen hentikan bicara Encik Jalani. "Bukan i dah cakap ke yang i tak nak ada partner untuk my report?"Ambreen rasa nak marah.
"But Ambreen— Oh, here he is! Your partner!"seorang lelaki yang baru masuk ke dalam studio terus dipanghil oleh Encik Jalani,
Dan saat itu juga nafas Ambreen rasa bagai terhenti, wajah itu mengingatkan dia kepada masa lalu yang menyakitkan. "Ambreen, ini Fabian. Fabian, this is Ambreen. You guys boleh lah berkenala—"
"I dah kenal dia."ucap Ambreen tenang.
Fabian tersenyum tenang, "But still, i need to introduce myself back. Hello, Ambreen. I'm Fabian Lee,"
Ambreen pandang telapak tangan Fabian yang terulur ingin bersalaman dengannya datar. "Ambreen Thurayya."dia memperkenalkan diri.
Encik Jalani yang tak senang dengan tatapan dari kedua manusia di hadapannya kini.
"Seems like you guys already know each other,"dia cuba mencairkan suasana namun nihil saat Ambreen yang menatap Fabian lama.
"I tak nak kerja dengan dia."ucap Ambreen nekad. Ini bukan soal perasaan dan luka lama yang membekas, tapi ini soal maruah dia.
Dia tahu bagaimana perangai Fabian. Lelaki itu sangat-sangat red flags, won't admit his fault dan akan terus-menerus menyalahkan orang lain. Dan pastinya, perkara itu pastinya akan menimbulkan masalah pada Ambreen pada hari mendatang.
"Unprofessional,"komen Fabian sengaja.
"I tak kerja dengan lelaki sembarangan,"
"Oh, you sure I'm that 'lelaki sembarangan'?"
"Yeah, that one problematic guy."
Fabian yang tadinya tenang terus berubah reaksi. Manakala Ambreen kembali tenang. Nak lawan mulut dengan Fabian ni senang ke, kau kena ada modal nak membalas je.
"See, Jal. She's unprofessional,"Fabian cuba memanipulasi pemikiran Encik Jalani, namun Ambreen terlihat tak endah.
"You know, once upon a time, there's a guy. I worked with him for such a long time, we fell in love, he borrowed some money from me but he end up dumped me."cerita Ambreen tenang.
YOU ARE READING
Until I Found You [Lengkap]
Short Story⋆.ೃ࿔*:・ Silly Love Universe 𝗟𝗶𝘁𝘁𝗲𝗲 𝗟𝗼𝘃𝗲 𝗦𝘁𝗼𝗿𝘆, 𝗨𝗻𝘁𝗶𝗹 𝗜 𝗙𝗼𝘂𝗻𝗱 𝗬𝗼𝘂 ❝Aku jatuh cinta dengan segala yang diciptakan tuhan, bunga, senja, kupu-kupu dan kamu,❞ >>> "I would never fall in love again, until i found him...