0.2: All these parties

3.4K 403 24
                                    

Songs inspiration : Every summertime.

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

⭒⭒⭒

Opie memasuki kafe kecil kesukaannya, ehem— selain kopi di sini, pemilik kafe ini juga menjadi kesukaannya. Dia terus menuju ke kaunter, dan menilik sekilas menu yang terpampang. Sengaja berlama-lama, sesekali mata melirik mencari keberadaan si pemilik kafe.

"Nak macam biasa ke encik?"soal cashier itu.

Opie berkerut. "Macam biasa?"soalnya bingung. "Bos pesan, kalau encik datang, bagi order biasa encik je. Latte ice tanpa gula."

Bos? Eh, crush Opie la bos dorang tu.

"Oh... Yeke.."cuping telinga memerah dengan senyum tertahan. Maknanya gadis itu sedar akan kewujudannya. Memikirkan fakta kecil itu membuatkan ribuan rama-rama singgah di perutnya. Ah, euforia saat dilamun cinta ini amat indah. 

"Bos..."Opie memberanikan diri. Mengingatkan sindiran dan perlian teman-temannya membuatkan dia cekalkan hati. "Bos korang ad—"

"Tasya, masuk belakang. Aku uruskan cashier."tepat-tepat waktu tu, Amara, si pemilik kafe muncul membuatkan Opie rasa nak lari menyorok sekarang ni.

Dup dap dup dap jantung ni aih.

"Ya, Encik. Ada apa nak jumpa saya?"soalnya dingin.

"Aaa— Um, macam tu—"

Aduhai, Opie kau sedang memalukan diri sendiri.

"Encik?"

"Jom kahwin."lancar sahaja ayat itu meluncur dari dua ulas bibir Opie. Tanpa si tuan empunya badan sempat mencerna isi ucapannya.

"Ha?"

"Ha?"Opie ikut sama blur. Tak sedar lagi ayatnya yang dengan sambil-lewa ajak anak orang kahwin. 

"Encik di bawah pengaruh alkohol ke?"

"Eh, bukan!"nafi Opie pantas.

"Dah tu kenapa ajak saya kahwin?"Amara bingung. Begitu juga Opie.

"Takpelah. Tak jadilah!"Dan Opie terus berlari keluar dari kafe dengan tangan menekup wajah. Ya Tuhan, malunya dia sekarang hanya tuhan yang tahu.

Segera dia mendail Khai. "KHAI AKU MALU SIAKKKK!"

"Kau ni bagi lah salam duluuu!"

"Dia mesti benci aku sekarang! Arghhhh, bodoh Roffie. Bodoh!"

Tak Opie sedar, Amara memerhatikannya lama sebelum tertawa kecil. Menurut Amara,

Lelaki itu comel saat gelabah.

Ambreen duduk diam di salah satu bangku, dan memerhati skrip miliknya lama. Reaksinya sangat-sangat datar, begitu berbeza dengan Ambreen saat sedang siaran langsung.

"Okay— cut!"laungan itu membuatkan Ambreen mendongak. Wartawan lain yang sedang melaporkan kejadian terkini ditilik sekilas.

Lelaki. Wartawan yang baru masuk team Ambreen.

Ambreen tak kenal. Dan malas nak kenal.

"Ambreen, get ready. After this your turn."suara Helmi, sang kameraman terdengar. Gadis itu hanya mengangguk, dan dia bangkit. Namun saat itu juga bunyi notifikasi yang sudah dia khaskan untuk Dami kedengaran.

Terus dia lihat skrin alat eletronik petak persegi itu.

Dami

- sayang
- free petang ni?
- jom teman aku training

Until I Found You [Lengkap]Where stories live. Discover now