Song inspiration ; Beautiful by Bazzi
Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih
⭒⭒⭒
Dami labuhkan duduk di atas tanah, dengan peluh yang mencucuri seluruh tubuh. Eimir bagi rehat 30 minit, dan sudah semestinya Dami akan ambil kesempatan itu untuk menelefon Ambreen.
Namun nihil. Sedari semalam, Ambreen langsung tak merespon kepada setiap chat darinya.
"Busy sangat ke dia ni? Ish,"mula lah Dami mengomel tak jelas. Mangsanya? Mestilah Khai. Naik merah telinga Khai dengar Dami membebel entah apa-apa dekat dia.
"Weh Mihun, tengok dia ni."bukannya kisah tentang omelan dan kekesalan Dami, Khai justeru langsung mengalihkan topik.
"Apa?"yang dah kesal, kalau dicelah, makin bertambahlah kekesalan itu. Khai tunjukkan skrin telefonnya pada Dami, ada gambar seorang lelaki dan seorang gadis.
Gambar wajah lelaki itu tidak begitu kelihatan, namun wajah gadis itu... Jelas, itu Ambreen Thurayya.
"Cantik do reporter ni. Bila dia senyum... Fuh, walawey! Lawa gila!"
Dami segera meregut alat eletronik petak persegi itu dari tangan Khai, dan menatapnya lama. Ambreen pegang bunga. Dah lama dah ni. Kenapa baru sekarang viral?
"Mana dapat ni?"soal Dami, pura-pura tenang. Padahal tuhan je tahu macam mana gelabahnya dia sekarang ni. Dup dap dup dap lain macam jantung ni.
"Ada orang tu tunjuk gambar dia senyum dekat Twitter, first time dorang kata dorang nampak reporter tu senyum... So viral lah,"
Oh, Dami lupa. Selain dirinya dan mana serta Amza, mana ada lagi Ambreen senyum dekat siapa-siapa.
Oh. Maknanya, Ambreen mesti tengah gelabah jugak. Dah lah kantoi jalan dengan dia, walaupun muka Dami tak jelas terlihat.
Segera Dami lempar telefon Khai ke mana sahaja, dan membuatkan si empunya telefon menggelabah ingin menyambutnya. "SIAL LAH MIHUN SUP!"jerit Khai kesal.
Dami bangkit dan sedikit berlari ke arah Opie dengan nafas yang dibuat terengah, dengan sengaja dia buat gaya sakit dada.
"Pie!"seruunya panik.
"Ha, Mihun. Apahal?"Opie santai bertanya tanpa menoleh ke arah Dami. Mata fokus menatap kertas di tangannya, fokusnya tak lari.
"Aku nak izin balik, aku ada asma."
"Jangan mengada, aku kenal kau bukan setahun dua."dengan tegas Opie menyahut, santai dan tak terusik. Dami segera fikirkan jalan lain. Ah, dia panik! Dia panik!
"Aku sakit perut, Pie. Diarrhea."Dami kerutkan dahi dan pegang perut acah sakit. Acah-acah keracunan makanan.
"Jangan merepek,"
"PIEEEEEE MAK AKUUU ACCIDENT!"dah tak boleh nak fikir cara lain, Dami main rembat nama mak dia.
"Mak kau dah mati, gila."
Menusuk kalbu, walau Dami tak kisah pasal mendiang mamanya yang mati dalam penjara.
"Ayah—"
"Bapak kau jangan bawak, Dami Khalil."tegas Opie. Dia tahu salah silah keluarga Dami, dan setiap kisah silam mereka. Ayah Dami, abusive, and mental problems, dan selalu dengan tak malunya selalu memohon Dami untuk beri wang kepadanya.
Masuk pulak penjara sekali dengan mama Dami.
Nasib baik Dami diberi didikan yang baik oleh keluarganya. Ibu dah anggap Dami macam ahli keluarga dah, dan diasuh dengan agama yang baik.
YOU ARE READING
Until I Found You [Lengkap]
Short Story⋆.ೃ࿔*:・ Silly Love Universe 𝗟𝗶𝘁𝘁𝗲𝗲 𝗟𝗼𝘃𝗲 𝗦𝘁𝗼𝗿𝘆, 𝗨𝗻𝘁𝗶𝗹 𝗜 𝗙𝗼𝘂𝗻𝗱 𝗬𝗼𝘂 ❝Aku jatuh cinta dengan segala yang diciptakan tuhan, bunga, senja, kupu-kupu dan kamu,❞ >>> "I would never fall in love again, until i found him...