1.1: Rumah Ternyaman Buat Bersandar

3K 359 66
                                    

Song inspiration ; Somewhere Only We Know by Keanne

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

(mungkin sedikit menyakitkan, tapi itulah kehidupan xixix happy reading)

⭒⭒⭒

Dami ketuk stereng keretanya penuh sabar, menanti Ambreen yang tak kunjung keluar dari studio. Dah hampir setengah jam dia kena sidai ni.

Dami cuba sedaya upaya menahan diri dari tidak menyeru Ambreen sekuat hati. Kalau setakat tunggu 1-2 minit, dia faham lah. Ini dah setengah jam.

Mana dia tak panas bontot.

Dan beberapa minit setelah dia cuba merendam rasa hati, baru Ambreen terkocoh-kocoh keluar dari studio dengan tangan yang penuh dengan fail.

Dami hanya perhatikan Ambreen dengan tatapan datar. Nak marah, tapi sebaik dia comel. Tak jadi nak marah.

"Sorry Mi, lambat sikit. Tadi ada staff tu tertumpah kan kopi dekat studio. Sorry Mi,"bahkan dirinya belum masuk sepenuhnya ke dalam kereta, Ambreen dah menggelabah memohon maaf.

Dami ketawa kecil sebelum dia pakaikan seatbelt dengan teliti ke tubuh mungil Ambreen. "It's okay,"seketika, amarahnya lesap.

"Lately ni kau sibuk sangat, Amee."sengaja Dami cuba berbasa-basi, walhal dia mahu berbincang dengan Ambreen mengenai hal ini.

Perkahwinan mereka lagi dua minggu,

Namun tiada tanda Ambreen kisah mengenai perkahwinan mereka. Hanya dia yang bersemangat mengatur dan meneliti dewan serta ambil berat tentang majlis yang akan berlangsung.

Manakala cantiknya itu sangat fokus dengan kerja dan kehidupannya. Tak terusik dan tak sedikitpun meluangkan masa emasnya untuk Dami. Setidaknya untuk perkahwinan mereka.

Mungkin belum sepenuhnya bersedia untuk meninggalkan hidup bersendirian.

Mungkin.

"Haah, management suruh edit balik sistem... And of course semua reporter kena buat kerja lebih masa."jawab Ambreen tanpa sedar makna dibalik soalan Dami.

"Ooh,"Dami mengangguk kecil, dan dia remas stereng kereta perlahan. "Petang ni free ke tak sebenarnya?"soal Dami, sedikit sarkastik.

"Free, aku dah mintak day off dekat PD. Tapi nanti kena ganti one of the reporter sebab dah ambil day off. Unfair kan?"

Yeah, unfair for me, too.

"Petang ni pergi butik, kena tengok gaun baju kahwin kita."ucap Dami lembut dan Ambreen tersenyum dalam diam. "Wah... Dah nak kahwin! Tak sabarnyaa!"

Dami hanya diam, menanggapi ayat Ambreen dalam diam. Kalau mahu dia mengaku, ya, dia kesal dengan Ambreen. "Kau tolong tengok maps boleh, Amee?"

Dami keluarkan telefon dari poket dan dia hulur pada Ambreen. "Okayy,"sahut Ambreen lembut, dan dia sambut huluran Dami.

"Password dia apa, Mi?"soal Ambreen bingung.

"Our anniversary,"sahut Dami, dia fokus pada pemanduannya tanpa menoleh pada Ambreen. Manakala Ambreen, dia cuba memasukkan kata laluan di telefon Dami, namun berakhir dengan gagal.

"Salah lah, Mi."

Kepala Dami terus terteleng menghadap Ambreen. Wajahnya jelas menyatakan 'Are you being serious right now' manakala Ambreen menatap Dami polos.

"Kau ingat ke tidak tarikh anniversary kita, Amee?"soal Dami, masih lembut. Walau hatinya kian panas.

"Ingat lah! Ini salah, kenapaa?"soal Ambreen masih binggung. Sedikit serba salah sebenarnya. Padahal, dah betul dah tarikh anniversary dorang.

Until I Found You [Lengkap]Where stories live. Discover now