Song Inspiration ; I.F.L.Y by Bazzi
sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih
⭒⭒⭒
Khai keluar dari bilik persalinan dan dia dapati gadis itu sudah berada di bangku menunggu.
"Aca,"serunya dan gadis itu menoleh pelahan-lahan ke arah sumber suara. "Khai. Dah ke?"dia perlahan bangkit dengan tangan yang menjulurkan tongkat.
Khai tersenyum manis padanya. "Dah. Jom,"dia hulur tangan pada si cantik manisnya itu.
Asha menerawangkan tangan dan secara tak sengaja tersentuh tangan Khai. "Ops, sorry Khai."ucapnya menggelabah. Mata yang tak ada fungsi tak berkedip, menambah efek lucu pada mata Khai.
Khai terkekeh lucu, dan dia bertindak menggenggam tangan Asha. Gadis itu kaget, dengan keadaan mata yang tak berkedip.
"Hei, apa terkejut sangat ni sayang?"Khai cuit hidung itu gemas dengan kekehan kecil. Mengelus lembut kepala si tersayang.
"Terkejut Aca,"ucap Asha sambil memegang dada, sengaja buat-buat terkejut. Eh, memang terkejut pun. Khai memang anggap dia kesayangan lelaki tu, tapi tak pernah dia tunjuk pada publik yang mereka bersama.
Setakat Asha yang diam-diam mendengar riuh rendah mengenai Khai dari jauh saat sedang keramaian, dan Asha yang menanti Khai usai setiap latihan lelaki itu, sementelah ketiadaan media.
"Apa sayanggg ihh comelll~"Khai tarik kedua pipi gembil Asha gemas. Tak tahan tengok Asha ni, comel sangat. Mata cantik dia tu asyik terkedip lucu.
"Tak ada orang kan?"soal Asha perlahan. Mata bulatnya statik, tak berkedip. Sedikit resah, takut ada keberadaan media di mana-mana. Dia cuba lepaskan pegangan tangan Khai darinya.
"Tak ada orang, kalau ada pun— Khai nak dorang tahu yang Khai ni dah ada kesayangan. Nama dia Aca Nataca. Yang palingggg comell seduniaaa~"
Pipi Asha perlahan merona merah.
"Tadi Khai nampak ada orang tolak Ca. Ca okay? Tak ada luka?"Khai belek tubuh Asha. Mengambil alih tongkat khas Asha, dan menggantikan tangannya sebagai pembantu arah tuju Asha.
"Takpe, sakit sikit je. Sikit macam ni—" Asha tunjuk ibu jari dan jari telunjuk yang dirapatkan, menyisakan ruangan kecil. Tanda betapa sikitnya kesakitan yang dialami.
"Mana yang sakit, Ca?"soal Khai lembut.
"Sini, sini, sini, sini—"dengan jahil Asha tunjuk seluruh permukaan tubuhnya dengan random, berniat mengusik Khai. Khai ketawa lucu.
"Mmmmuah! Okay, dah okay dah! You'll get better, soon! Khai yakin!"Khai kucup tangannya, lalu diletakkan di pipi Asha. Menjadi pengganti kucupannya.
Asha ketawa lucu sebelum dia berjalan bersebelahan dengan Khai, sepenuhnya percaya pada Khai yang mengganti tongkatnya.
Asha, dia tak ada indera mata.
Tapi, Khai nampak jauh di sudut hati, Asha lah yang paling cantik, paling sempurna, paling indah. Dia terima Asha sebagai Asha. Seadanya.
Dan Asha,
Bersyukur dia ada Khai yang mampu menerima kekurangannya, dan mencintainya apa ada.
Both of them accept each other's weakness.
And that's what's make their love stronger.
⭒⭒⭒
Ambreen garu kepala yang terasa gatal dengan mulut yang memuncung menghirup air dari straw. Tukang make-up sedang sibuk mengesat peluh yang merinik di dahi Ambreen.
![](https://img.wattpad.com/cover/309387392-288-k697339.jpg)
YOU ARE READING
Until I Found You [Lengkap]
Cerita Pendek⋆.ೃ࿔*:・ Silly Love Universe 𝗟𝗶𝘁𝘁𝗲𝗲 𝗟𝗼𝘃𝗲 𝗦𝘁𝗼𝗿𝘆, 𝗨𝗻𝘁𝗶𝗹 𝗜 𝗙𝗼𝘂𝗻𝗱 𝗬𝗼𝘂 ❝Aku jatuh cinta dengan segala yang diciptakan tuhan, bunga, senja, kupu-kupu dan kamu,❞ >>> "I would never fall in love again, until i found him...