1.2: A Happy Ending For Them

3.1K 342 69
                                    

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

Song inspiration; Come Inside Of My Heart by Iv Of Spades

⭒⭒⭒

Ambreen menatap lama skrin telefon— Silap, melihat pantulan dirinya di kamera. "Akak, cepat lah, tangan aku lenguh lah!"Amza yang jadi tukang pegang telefon mengeluh kesal.

"Aza, muka akak nampak bengkak kan?"

Ada benjolan besar di bawah matanya, disebabkan ada budak kecil yang entah siapa— Ambreen tak kenal, melempar mainan mereka tepat ke wajahnya.

"Muka kau sama je, kak. Hodoh,"

"Aku cubit tetek kau, apa tak dapat."ugut Ambreen dan Amza hanya terkekeh suka. "Werk, tak takut, tak takut!"lidah dijelir gedik.

Ambreen berkerut. "Pegang elok-elok la telefon ni!"bentaknya saat Amza memegang alat eletronik petak persegi itu dengan main-main. Amza menurut. Ambreen kalau dah marah, mama pun terdiam.

"Tak sangka, esok kau dah kahwin, kak. Padahal baru haritu kau nangis sebab Abang Fabby mintak put—"

"Boleh jangan sebut nama dia? Dia pun dah kahwin dengan orang yang dia sayang kan... Let's just—"Ambreen tatap sang adik lembut, ada kilatan bahagia di matanya. "...move on,"

Dia dah ikhlaskan apa yang jadi.

Tak perlu orang lain ungkit kisah itu.

"Aku ada hati kena jaga. Apa Dami akan rasa kalau kau keep on ungkit nama Fabby depan dia? Dia maybe hoho-haha, nampak okay, nampak cool, but inside? Kita tak nampak, and kita tak tahu. Jadi stop okay, ungkit nama Fabby."

Amza mengangguk akur. "Sorry, kak."

"Kalau sorry, pegang telefon ni elok-elok. Nasib baik aku pakai inai, kalau tak—"

"Mama, tengok kakak!"Amza menyerang Ambreen namun gadis itu ukir senyum mereng.

"Mama, Aza sentuh kakak punya inai,"

"Amza Thalish!"mama melaung dari dalam bilik membuatkan Amza pasang wajah kesal. Manakala Ambreen jelir lidah kembali pada adiknya itu. "Werk,"

Sabar, Aza. Perempuan kan selalu menang.

Tiba-tiba, bunyi notifikasi mengganggu 'perbalahan' mereka. Ambreen terus membulatkan mata saat melihat nama yang tertera di skrin telefon, Dami video call.

"Aza, kejap! Jangan angkat call Dami lagi, sarungkan akak tudung."pinta Ambreen gelabah.

Amza letak telefon di lantai, dan secara tak sengaja jarinya tertekan butang hijau, tanda panggilan bersahut.

Amza bersegera ambil tudung sarung hitam lalu disarung ke kepala Ambreen. "Eh, sejak bila kau pakai tudung?"soal Amza hairan. Rasanya, dulu Ambreen yang selalu tolak kalau disuruh pakai hijab.

"Dah nak kahwin, kena lah start jaga aurat. Kesian laki aku nanti kena tanggung dosa aku,"jawab Ambreen tenang.

Tak tahu akan fakta bahawa Dami di hujung talian boleh mendengar bicaranya, dan sudah mulai tertawa manis. Blushing.

"Okay ke? Tak nampak rambut?"Ambreen tunjuk wajahnya, dan Amza dengan teliti menolak masuk rambut Ambreen yang terkeluar. "Okay, dah."

"Okay, kau pegangkan telefon tu."arah Ambreen, dan Amza menurut. "Eh, AKAK! CALL DAH LAMA ON LAH DARI TADI!"

Mata Ambreen membulat, manakala Amza menekup mulut, merasa bersalah.

"AZAAAAA!"

"Amee?"suara Dami yang sepertinya hairan dengan apa yang berlaku membuatkan Ambreen arahkan Amza pegangkan telefon itu semula untuknya.

Until I Found You [Lengkap]Where stories live. Discover now