0.8: Rapuh, And Wonder Women

2.4K 287 14
                                    

Song inspiration ; Pandangan Pertama (speed up) by RAN

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

⭒⭒⭒

Dami berjalan keluar dari stadium dengan senyum lebar, kemenangan milik mereka. Mereka berjaya. Berjaya masuk final lepas 14 tahun menanti peluang.

"Mi, nak pergi mana?"Khai menegur kuat.

"Aku nak kena balik hotel dulu. Ada yang aku kena call ni ha."Dami bersiap-siap.

Khai hanya guling mata malas. Amee dia lah tu. Sikit-sikit Amee, sikit-sikit cinta dia tu. Hairan Khai dibuatnya, lawa sangat ke Amee tu? Dah lah tak pernah tunjuk muka.

"Oh ha. Pergilah. Tapi, kau kena interview dulu."arah Opie. "Malas lah aku."Dami dah memang semangat gila nak call Ambreen ni.

2 weeks without Ambreen.

Feels like hell.

Memang game kalini Dami kena fokus dua kali ganda. Alhasilnya baru boleh masuk final.

"Tak interview, tak boleh balik."sisi ketua Opie keluar membuatkan Dami mengeleuh kecil. Mahu tak mahu, haruslah dia turuti arahan Opie.

"Khai?"kalau kita kena, kita kena make sure member pun kena sekali.

"Semua kena."

"APENIIII-"Khai yang dah ready nak balik hotel pun terpaksa lah letak beg miliknya semula dan menumbuk kesal bahu Dami secara main-main.

"Aku tak dapat jumpa Amee, kau tak boleh jumpa Aca! Fair and square! Wohohoho~"

Khai bertindak mencekak leher Dami kesal, "Aca, Aca. Aku je boleh panggil Aca! Kau tu, kena panggil dia Asha!"

"Tak nak tak na- Opie tengok Khai nii!"

Beberapa orang yang memerhati mereka tertawa kecil, tahu dah macam mana sifat asli pemain Malaysia itu.

Dami bersedia, Khai sibuk main-main touch-up make-up di wajahnya dan Dami hanya pasrah menyuakan muka. Dia tahu nak balik je sekarang ni.

Dah sampai Malaysia, kena tahan pulak untuk interview. Lagi-lagi mereka pulang dengan kejayaan besar, mestilah ramai yang akan menemu-ramah mereka.

Memikirkan itu, membuatkan Dami mengeluh.

Nak chat Ambreen, bagitahu yang dia dah sampai pun tak sempat tau masalahnya ni.

"Sabar, Mihun. Tak lari mana pun Amee kau tu."sindiran Khai menambah cemberut di wajah Dami. Memang lah budak ni, aku lepuk kang sia-sia hidup.

"Okay, Dami dah ready?"seorang gadis dengan pakaian formal dan tangan yang memegang mikrofon bertanya lembut pada Dami. Lelaki itu hanya mengangguk.

Oit, i saw the glimpse of him and Ambreen.

"Ready,"sahutnya.

Gadis itu berdiri di sisinya, sedikit dekat dengan posisinya membuatkan Dami sedikit hairan. Betul ke posisi dia rapat macam ni? Lelaki itu berganjak ke kiri, memberi ruang antara mereka.

Namun ruang itu ditutup oleh gadis itu. Baju mereka menempel membuatkan Dami jadi tak selesa dengan temu ramah ini.

Dia berganjak lagi, dan tetap sahaja gadis itu memusnahkan jarak yang Dami cipta.

"Jangan rapat sangat, nanti cinta aku merajuk,"selamba dia menegur, tak sedar yang kamera dah mula on, dan ribuan orang sedang melihat siaran langsung ini.

"Ha?"gadis itu menatap Damo kebingungan. Turut tak sedar tentang kamera yang sudah menyala.

"Jangan rapat-rapat, kena ada halal gap."Dami berlelucon dan gadis itu hanya ketawa kecil.

Until I Found You [Lengkap]Where stories live. Discover now