0.5: They Heal Each Other

2.6K 348 45
                                    

Song inspiration ; Know No Better by Justin Bieber

Sila jaga tatasusila dalam berkata-kata di ruangan komen. Terima kasih

⭒⭒⭒

Opie intai si cantik dari celahan buku yang dia acah-acah baca. Beberapa kali dia hembus nafas panik.

"Kau ni relaks lah."Khai di sebelah yang sedang asyik main dengan telefon mencelah. "Chill dude. Nak ngorat perempuan kena tunjuk kita chill, kalau gelabah dorang tak nak."

Senang bontot dia la cakap suruh tenang.

Opie garu pelipis dan hela nafas berat. "Dugaan hidup aku ni berat betul. Dapat pulak setan yang menyamar jadi kawan... Ish ish."

Khai mengangguk setuju, sebelum dia berjaya memproses apa yang Opie ucapkan. "Hei!"dia tepuk lengan Opie kuat.

"Siapa makan cili dia rasa pedas,"tenang Opie membalas.

"Aca, tengok Opie ni!"dengan gedik dia mengadu pada Asha yang sememangnya tidak berada di sini, tapi tetap di hati. Aicewah.

Opie kembali fokus pada intensinya sebelum berbual dengan Khai.

Dan nyatanya,

Intensinya sudah menghilang!

Amara dah tak ada dekat posisinya tadi!

"Khai Khai Khai!"dia menempik panik pada Khai di sebelah membuatkan Khai turut sama gelabah. "Kenapa kenapa kenapa?"

"Amara dah hilang."ucap Opie polos.

Sepi untuk beberapa saat.

"DIA KAN BOS CAFE NI—"terus mulut Khai ditekup dengan panik oleh Opie. Dapat kawan no sensor ni payah kan. "Cakap tu perlahan-lahan lah sial—"

"Ehem ehem,"deheman seseorang membuatkan Opie dan Khai serentak mendongak. Yang sedang dipergaduhkan sedang berada di hadapan mata.

Amara si pemilik cafe.

"Eh— Aku bukan gay tau—"Opie dan semua sifat gelabahnya. Dia dengan segera melepaskan tekupan tangannya di mulut Khai.

Khai pulak yang malu.

"Ni..."gadis itu catit sesuatu di kertas. Dia koyakkan, dan letak di atas meja. Tepat di hadapan Opie. Lelaki kacak itu baca setiap bait tulisan seperti si lugu.

Membuatkan Amara mati-matian tahan senyum.

Oh man, he's so cute.

"Ni nombor aku. Date first, 27 May. 10 pagi, tempat terserah kau."

Khai ternganga melihat betapa tenangnya gadis itu. Ni apahal kawan dia jadi macam orang kelainan upaya yang bisu ni?!

Oh tuhan, Khai tak sangka selugu ini Opie dalam hubungan percintaan.

Gadis itu tayang senyum manisnya sebelum berjalan pergi ke dapur semula. Opie menatap kertas dan Amara silih berganti.

Sebelum,

Tubuh itu rebah.

Pengsan dek dipanah cinta.

"Woih—!"

⭒⭒⭒

Dami berjalan keluar dari gym dengan kesal, dan masuk ke dalam kereta dengan emosi yang menunggu masa untuk meledak.

Dia rasa macam hari ni hari paling sial dalam seumur hidupnya. Bermula dari dia terlewat untuk latihan, dimarahi Eimir, tertinggal but hingga pada akhirnya dia dihalau pulang dan dihalau gym.

Until I Found You [Lengkap]Where stories live. Discover now