BAB 8

529 18 0
                                    

SUASANA di meja makan itu kelihatan begitu meriah dengan gelak tawa dan celoteh ahli keluarga Encik Daaim yang sedang menikmati makan malam bersama-sama. Wajah masing-masing begitu ceria dengan kehadiran Izzat Haris sebagai ahli keluarga baru mereka.

Dhia Humaira sedari tadi hanya menundukkan pandangan merenung butiran nasi di dalam pinggannya. Sesekali dia hanya akan memberi respons dengan senyuman kepada ahli keluarganya yang rancak berbual antara satu sama lain. Dhia Humaira lebih memilih untuk berdiam diri lantaran masih terasa segan dengan kehadiran Izzat Haris di dalam rumah mereka.

"Haa, tambahlah lagi nasi tu Izzat. Makan sampai kenyang. Jangan segan-segan dekat rumah walid ni. Banyak lagi ni lauk kenduri yang memang disimpan untuk pengantin. Sebab diaorang tahu pengantin tak sempat nak menikmati sangat semua ni tadi. Sofea, tambahkan nasi untuk Izzat tu."

"Baik walid." Dhia Sofea mencapai mangkuk nasi di sisinya dan meletakkan dua senduk nasi ke dalam pinggan Izzat Haris. Suaminya hanya tersenyum senang hati.

"Izzat dan Sofea ambil cuti berapa lama untuk kahwin ni? Dah ada plan ke nak pergi honeymoon dekat mana?" soal Dani Mikhail.

"Kitaorang dapat cuti seminggu je abang long. Kalau ikutkan Izzat nak bawa Sofea honeymoon dekat oversea tapi tu kena hold dulu lah. Tunggu cuti lain kali. Buat masa ni, mungkin kitaorang honeymoon dekat Pulau Redang je sebab abang ipar dan kakak sulung Izzat ada sponsor pakej honeymoon buat kitaorang."

"Oh macam tu. Okay apa dekat Pulau Redang tu. Abang long dengar pantai dekat sana cantik dan air laut sangat jernih. Boleh buat aktiviti snorkeling dan tengok terumbu karang."

"Ya abang long. Tak kisahlah honeymoon dekat mana-mana pun. Apa yang penting Izzat dapat habiskan masa berdua-duaan dengan Sofea. Erm Humaira, bila Humaira kena balik ke universiti ya?"

Dhia Humaira yang khusyuk menikmati makanannya terpinga-pinga apabila lengannya disiku oleh ibunya. Wajah Puan Durrah di sebelahnya dipandang dengan wajah berkerut.

"Dhia, jawablah soalan abang ngah tu. Abang ngah tanya tadi, bila Dhia kena balik ke Jengka?"

"Oh hari Isnin next week dah mula kuliah jadi mungkin Dhia balik ke sana hari Ahad lah kot. Kenapa ya?"

"Tak adalah, kalau Humaira nak balik ke sana hari Jumaat, boleh abang ngah tolong hantarkan. Sebab kami nak bertolak ke Terengganu hari Jumaat.Tidur semalaman di bandar KT sebelum pergi ke pulau pagi Sabtu tu."

"Ooo, tak apalah. Dhia naik bas dengan kawan Dhia je nanti. Tiket pun dah beli. Biasa time cuti, universiti ada sediakan bas catar untuk pelajar-pelajar balik ke destinasi masing-masing."

"Okaylah kalau macam tu. Hati-hati semasa naik bas nanti, jaga keselamatan diri tu. "

Dhia Humaira hanya mengangguk sebelum meneruskan suapannya. Setelah selesai makan malam, Dhia Humaira mengutip satu persatu pinggan mangkuk dan gelas yang digunakan sebelum dibawa ke sinki untuk dicuci.

"Biar Dhia yang cuci semua ni. Ummi rehat je lah. Kesian ummi penat seharian layan tetamu."

Dhia Humaira menyabun satu persatu pinggan mangkuk yang kotor. Baru sahaja pili air dibuka untuk membilas, Dhia Humaira tersentak apabila ada tangan yang terlebih dahulu mencapai pinggan mangkuk yang bersabun untuk dibilas.

"Biar abang ngah tolong Humaira. " ujar Izzat Haris sambil tangannya ligat membilas pinggan mangkuk sebelum diatur di atas rak pengering.

"Eh tak apalah, Dhia boleh buat semua ni." tegah Dhia Humaira.

"It's okay, sikit je ni. Erm, Dhia. Abang ngah harap Dhia tak kisah kalau abang ngah panggil Dhia dengan nama Humaira."

"Tak apa, mana-mana pun boleh janji abang ngah selesa.  Sebab Dhia atau pun Humaira, dua-dua tu memang nama Dhia."

Dhia...CintakuWhere stories live. Discover now