BAB 9

526 17 0
                                    

JEMARI Dhia Humaira lincah menekan satu persatu butang pada kalkulator saintifik Casio di hadapannya lalu memasukkan formula untuk menyelesaikan permasalahan bagi latihan statistiknya. Setelah mendapat jawapan yang dikehendaki, tangannya mula menari di atas buku latihannya menulis jawapan tersebut sebelum dia beralih ke soalan latihan yang seterusnya. Sesekali tangannya menekup mulut menahan kuap.

Jarum jam sudah menginjak ke angka 11. 30 minit malam dan Dhia Humaira bersendirian di ruang tamu rumahnya menyelesaikan latihan statistik yang diberikan oleh pensyarahnya untuk diselesaikan sewaktu cuti. Ibu bapa dan abang Dhia Humaira sudah lama dijemput lena manakala kakak dan abang iparnya juga turut berkurung di dalam bilik selepas sahaja makan malam tadi.

Kedua-dua belah kaki Dhia Humaira dibawa bersila di atas sofa dan telefon bimbitnya yang berada di atas meja dicapai. Aplikasi YouTube dibuka dan Dhia Humaira mencari lagu untuk dipasang bagi menemani kesunyian dan menghilangkan rasa mengantuknya.Seketika kemudian, suara merdu Aina Abdul menerjah halwa telinganya.

Sepinya di dalam hati
Dirundung pilu rasa perih
Sendirian aku berbisik
Oh merintih

Takkan pernah aku mengalah kecewa
Biar gelita badai melanda
Tak terhapus perit jiwa
Ku berserah
Teguh berdiri dan terus bermimpi

Dhia Humaira yang sedang leka mengetuk meja dan kalkulatornya seolah-olah sedang mengetuk papan kekunci piano dan ikut sama menyanyikan lagu Sepi tersebut terus tersentak saat mendengar suara deheman seseorang. Pantas dia berpaling ke sisinya dan wajah Izzat Haris yang sedang mengulum senyumnya menyapa pandangan. Dhia Humaira automatik berhenti menyanyi dan menekan butang pause pada telefon bimbitnya.

"Ehem, boleh tahan sedap juga Humaira nyanyi. Suara pun dah nak hampir sama dengan Aina Abdul tu." puji Izzat Haris seraya melangkah ke arah sofa bertentangan dengan Dhia Humaira.

"Er abang ngah. Abang ngah buat apa ni? Tak tidur lagi ke? Kuat sangat ke suara Humaira tadi?" Dhia Humaira menggaru dagunya yang tidak gatal, pipinya yang semulajadi merah semakin memerah akibat menahan malu tertangkap sedang syok menyanyi oleh abang iparnya itu.

"Abang ngah dah tidur tadi tapi terjaga sebab haus. Abang ngah tengok lampu dekat ruang tamu masih terpasang, tu yang datang jenguk. Tak sangka Humaira ada dekat sini. Humaira tengah buat apa tu?"

"Assignment statistik yang pensyarah bagi. Nak kena hantar bila dah mula kuliah nanti. Erm Kak Sofea dah tidur ke?"

"Dah, pukul 9. 30 lagi dah lena. Dia cakap nak kena dapatkan tidur yang cukup untuk majlis bertandang esok."

"Erm ye, betul lah tu. Kalau tidur tak cukup, mudah penat nanti. Mana nak kena layan tetamu yang datang lagi. Abang ngah pun pergilah tidur. Maaflah kalau suara Humaira tadi kuat sangat sampai ganggu orang nak tidur. Humaira memang kena kuatkan suara sebab taknak kasi mengantuk."

"Eh tak ada apalah. Humaira memang suka menyanyi eh? Kak Sofea pun ada beritahu abang ngah yang Humaira suka menyanyi."

"Siapa je yang tak suka menyanyi walaupun suara dan tempo tu lari jauh ke lautan dalam."

"Tapi suara Humaira okay je, sedap je didengar. Tak adalah sumbang pun. Erm kalau macam ni, bolehlah Humaira jadi duet partner abang ngah untuk majlis esok ye?"

"Duet partner?" dahi Dhia Humaira sudah berlapis seribu.

"Ya. Abang ngah ingat nak buat kejutan untuk tetamu. Nyanyikan satu lagu dengan Kak Sofea untuk hiburkan tetamu. Tapi Kak Sofea cakap dia taknak sebab suara dia tak sedap. Dia yang cadangkan abang ngah duet dengan Humaira."

"Eh taknaklah. Seganlah Humaira, dahlah dekat majlis esok tu ramai orang. "

"Alaa bolehlah Humaira. Cuma kali ni je abang ngah minta tolong daripada Humaira.Humaira tak kasihankan abang ngah dan Kak Sofea ke?"

Dhia...CintakuWhere stories live. Discover now