BAB 17

454 12 0
                                    

DHIA Humaira menuangkan air panas ke dalam  sebuah mug yang telah berisi serbuk malt coklat lalu tangannya ligat mengacau minuman tersebut. Setelah itu, sebuah mug lagi dicapai di atas rak pinggan sebelum dia membancuh susu Enfamama A+ untuk kakaknya. Langkah kakinya kemudian diatur ke arah ruang tamu di mana kakaknya, Dhia Sofea sedang bersantai sambil menonton televisyen.

Dhia Humaira menghenyakkan tubuhnya betul-betul di sebelah kakaknya di atas sofa berangkai tiga jenama Harvey Norman. Mug berisi susu di tangannya dihulurkan kepada Dhia Sofea yang sedang leka mengunyah kacang badam dan pistachio.

"Nah, susu untuk akak. Akak tengah tengok cerita apa tu?"

"Terima kasih Dhia. Ni akak tengah layan drama Penthouse. Best cerita ni, rugi kalau Dhia tak tengok."

"Ya lah akak. Jangan lupa tau minum susu tu sampai habis. Nanti bising pula abang ngah kalau tahu akak tak minum susu lagi. "

"Baiklah Dhia. Ni mesti abang ngah Whatsapp Dhia kan, minta ingatkan akak supaya minum susu."

"Haaa tahu tak apa! Eh abang ngah tu dah tak ada kerja lain ke nak buat? Kalau boleh setiap saat kot dia nak Whatsapp Dhia. Sekejap tanya akak tengah buat apa, masih pening dan muntah lagi ke? Lepas tu tanya akak tengah buat apa, dah makan ke belum? Siap pesan suruh Dhia beri akak minum susu 2 kali sehari dan masak makanan yang berkhasiat sahaja untuk akak. Tu pun belum masuk lagi pesanan penaja dia yang panjang berjela mengalahkan gerabak kereta api. Naik rimaslah Dhia ni! Dhia tahulah nak jaga kakak Dhia sendiri. Abang ngah kalut sangat tu dah kenapa? Agak-agaknya kejam tak kalau Dhia block je nombor abang ngah tu untuk tempoh seminggu ni lah?" rungut Dhia Humaira panjang lebar. Dhia Sofea pula hanya meledakkan ketawanya mendengar bebelan adiknya.

"Alah, janganlah marah husband akak. Abang ngah tu mana pernah tinggalkan akak lama-lama sejak kitaorang kahwin. Tu yang dia risau semacam je. Lagipun akak kan tengah pregnant, mesti dia risau kalau apa-apa jadi dekat akak."

"Ya tapi masalahnya perlu ke sampai asyik nak hantar mesej je dekat Dhia? Tu dah macam abang ngah tak percayakan Dhia je. Dhia bolehlah jaga akak dengan baik. Haaa buktinya selama dua hari Dhia temankan akak ni, mana pernah lagi Dhia biarkan akak terkontang kanting seorang diri dan mati kebuluran. "

"Ya lah Dhia sayang. Nanti akak cakap dekat abang ngah ya supaya jangan risau sangat. Akak dengan baby dekat dalam ni sihat je sebab ada Maksu yang cantik lagi baik tolong jagakan kitaorang. Thanks a lot, Dhia." ujar Dhia Sofea seraya tersenyum nipis, perutnya turut diusap perlahan penuh kasih.

"You are welcome, akak. Dhia buat semua ni pun sebab Dhia sayangkan akak dan bakal anak saudara Dhia. Tak sabar nak tunggu dia lahir. Agak-agak lelaki ke perempuan eh? Tapi kalau Dhia lah kan, Dhia teringin nak ada anak saudara lelaki pula sebab Dhia kan dah ada dua orang anak saudara perempuan. Perut akak tu dah boleh scan ke untuk tahu jantina baby?"

"Belum boleh lagi Dhia, nanti kandungan dah masuk 5 bulan baru boleh scan untuk tahu jantina baby. Tapi kalau nak tahu jantina yang tepat, seeloknya ketika usia kandungan 7 bulan. Abang ngah pun memang nak sangat anak sulung kitaorang ni lelaki. Akak pula tak kisah apa pun jantina baby. Apa yang penting, akak dapat lahirkan baby dengan selamat dan baby membesar dengan sihat."

"Insya-Allah akak. Dhia doakan semoga semua urusan akak sepanjang mengandung sehinggalah melahirkan nanti sentiasa dipermudahkan Allah."

------

DHIA Humaira yang sedang hanyut dibuai mimpi sedikit tersentak apabila merasakan tubuhnya digoncang oleh seseorang. Automatik kedua-dua belah kelopak matanya terus terbuka dan matanya mencari gerangan siapakah yang telah berani mengganggu lenanya. Wajah Dhia Sofea menyapa pandangannya.

Dhia...CintakuWhere stories live. Discover now