BAB 16

510 10 2
                                    

DHIA Humaira menuangkan bahan-bahan yang telah dikisarnya tadi iaitu campuran bawang merah, bawang putih, halia, cili kering dan belacan ke dalam kuali. Tangannya ligat mengacau bahan tumisan tersebut dan sesekali dia terbatuk kecil apabila aroma bahan tumisan tersebut menusuk ke dalam rongga hidungnya. Kemudian, Dhia Humaira memasukkan sedikit serbuk kunyit dan serbuk kari ke dalam bahan tumisannya itu. Pada hari itu, Dhia Humaira belajar memasak asam pedas ikan jenahak daripada ibunya, Puan Durrah.

Memang menjadi rutin hariannya sejak bercuti ini, Dhia Humaira akan dikerah oleh ibunya untuk membantu kerja-kerja memasak di dapur. Menurut ibunya,  seorang perempuan itu harus tahu memasak, sekurang-kurangnya masakan yang sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Barulah senang apabila sudah berumahtangga nanti, tak adalah asyik menjamu suami dan anak-anak dengan makanan yang dibeli sahaja.

"Ummi, lepas pecah minyak ni boleh terus letak ikan ke?" soal Dhia Humaira.

"Ya Dhia. Pastikan bahan tumisan tu betul-betul garing. Jangan lupa masukkan asam jawa tapi jangan banyak sangat, nanti terlebih masam kuah asam pedas tu."

"Okay ummi. Lepas dah masuk ikan nanti, nak letak apa pula?"

"Dhia tambah air secukupnya untuk buat kuah, bagi ikan betul-betul tenggelam dalam air. Lepas tu masukkan daun kesum, garam dan gula secukup rasa. Haa, kerisik jangan lupa letak. Itulah bahan penyedap resepi asam pedas ni. Bila kuah dah betul-betul mendidih dan ikan tu agak dah masak, baru Dhia masukkan bendi dan tomato ya."

"Baik ummi.  Wah tak sangka nak masak asam pedas ni tak adalah rumit sangat pun sebenarnya. Cuma kena rajin je lah."

"Ya Dhia. Ummi suka masak sendiri je semua masakan, baru lah puas hati. Kena dengan selera tekak ni sebab kita boleh adjust garam gula sendiri, yang dekat kedai tu kadang-kadang tak kena dengan selera langsung. Lagi satu, bila masak sendiri ni kebersihan lebih terjamin. Sementara Dhia cuti ni lah boleh ummi ajar Dhia masak semua makanan favourite Dhia. Nanti senang masak sendiri je kalau Dhia teringin nak makan."

"Boleh juga tu ummi. Dhia pun nak juga pandai masak sendiri makanan favourite Dhia. Erm ummi, jadi ke Kak Sofea nak balik ke sini?"

"Insya-Allah jadi. Sebab tu lah ummi masak lebih sikit hari ni. Kasihan abang Izzat, asyik makan nasi bungkus je sebab Kak Sofea memang tak boleh masak terus. Bila dia hidu bau tumisan pun dah termuntah-muntah."

"Oh ye ke? Teruk juga eh alahan Kak Sofea tu. Memang semua perempuan mengandung macam tu ke, ummi?"

"Biasalah tu kalau di awal-awal kehamilan terkena alahan. Bila kandungan dah makin membesar, alahan tu hilang dengan sendiri. Setiap perempuan pun tak sama alahan yang mereka alami. Ada setengah orang yang alahan teruk sampai tak larat nak buat apa-apa pun sampai kena warded di hospital, ada yang alahan cuma di trimester pertama saja dan ada juga yang tak ada alahan langsung. "

"Eh biar betul sampai kena masuk wad? Eii taknaklah Dhia nanti! Tak sanggup nak hadap semua tu. Hari tu Dhia tengok Kak Sofea asyik muntah je sepanjang perjalanan dari Kuantan ke Shah Alam, memang kasihan sangat."

"Itulah namanya pengorbanan seorang ibu, Dhia. Wanita yang dapat alami semua tu adalah sangat bertuah kerana tak semua direzekikan mampu bergelar ibu. Memang tak dinafikan penat dengan alahan dan usung perut yang besar selama 9 bulan, tapi semua itu seakan terhapus sebaik sahaja melihat anak kami lahir dan membesar dengan sihat di depan mata. Begitu besarnya jasa seorang ibu, sebab itulah dalam Islam, kita dituntut agar menghormati ibu. Dhia mungkin akan faham semua ni apabila Dhia bergelar ibu nanti."

"Ya ummi. Terima kasih sebab dah bersusah payah mengandung, lahirkan, susukan dan besarkan Dhia, Kak Sofea dengan abang long. Dhia sayang ummi. Semua jasa dan pengorbanan ummi selama ini tak dapat Dhia balas walau dengan apa cara sekali pun."

Dhia...CintakuWhere stories live. Discover now