BAB 37

641 11 0
                                    

JARUM jam sudah menginjak ke angka 10.30 minit malam. Suasana di teratak kecil yang menjadi kediaman keluarga Hawani sejak lebih 20 tahun lalu masih lagi meriah apabila sanak saudara berkumpul dan saling bertukar-tukar cerita. Kaum wanita masih lagi sibuk di dapur membasuh dan menyimpan semua peralatan yang digunakan sewaktu kenduri kahwin siang tadi. Di ruang tamu pula, Faiz sedang ralit beramah mesra dengan bapa mertua dan ipar duainya.

"Wani tu seorang anak yang manja. Maklumlah dia satu-satunya anak perempuan abah. Abah harap sangat Faiz dapat bentuk dan bimbing dia jadi seorang isteri yang solehah. Isteri yang sentiasa patuh dan taat pada suami." ujar Hashim, bapa Hawani.

"Insya-Allah abah. Abah tak perlu risau. Faiz akan jaga Wani sebaik mungkin dan akan sayang dan bimbing dia untuk jadi seorang isteri yang solehah. Terima kasih abah sebab percayakan Faiz untuk ambil alih tugas untuk jaga Wani."

"Sama-sama Faiz. Abah akan sentiasa doakan semoga rumahtangga Faiz dan Wani dilimpahi rahmah, sakinah dan mawaddah daripada Allah."

"Abah tu bukannya apa, Faiz. Abah risau Wani tak dapat jadi isteri yang baik. Ya lah, dengan perangai manja dan keanak-anakan dia lagi. Bila dia beritahu nak kahwin, kitaorang semua terkejut. Tak sangka adik perempuan kami dah besar, dah boleh kahwin dah." sampuk Hazwan, abang sulung Hawani.

"Betul tu Faiz. Harapnya lepas dah kahwin ni hilanglah sedikit perangai manja dia tu. Kalau tak, haru hidup Faiz nanti. Dapat isteri yang manja 24 jam." sambung Hazami, abang kedua Hawani.

"Tak apa lah abang long dan abang ngah. Faiz okay je kalau Wani nak bermanja dengan Faiz. Lagipun dengan siapa lagi dia nak bermanja kalau bukan dengan suami sendiri, kan?"

"Eh sembang, sembang juga. Dah lewat malam ni. Kamu semua tak mengantuk lagi ke? Kasihan Faiz ni, mesti penat seharian asyik layan tetamu tadi."

"Ya lah abah. Kitaorang ni tak apa tidur lewat. Faiz ni kan pengantin baru. Mesti Wani dah tertunggu-tunggu mana suami dia tak masuk bilik lagi."

"Pergilah masuk bilik kamu dulu, Faiz. Kamu rehat je. Esok boleh sambung lagi bersembang."

"Baiklah abah. Faiz minta diri dulu. Assalamualaikum dan selamat malam."

Faiz tunduk mencium hormat tangan bapa mertuanya dan abang-abang iparnya sebelum mengatur langkah ke arah bilik tidur Hawani. Setibanya di hadapan bilik tidur tersebut, pintu diketuk perlahan dengan perasaan gugup. Kemudian langkahnya diatur perlahan memasuki bilik tidur yang dihias cantik dan penuh romantik.

"Er, Wani tak tidur lagi ke?" soal Faiz sambil matanya mencuri pandang ke arah isterinya yang sedang sibuk memakai pelembap muka pada wajahnya.

"Belum, Wani tunggu abang. Lamanya abang dekat luar tadi. Abang bersembang dengan abah, abang long dan abang ngah ke? Korang sembang apa je?" Hawani tersenyum manis memandang Faiz yang kacak berbaju Melayu navy blue.

"Ya, abang saja nak beramah mesra dengan keluarga baru abang. Kitaorang tak ada lah bersembang apa sangat pun. Cuma abah titipkan pesanan kepada abang, supaya jaga satu-satunya anak perempuan dia dengan sebaik mungkin." ujar Faiz seraya membelai perlahan rambut hitam pekat separas bahu milik Hawani.

"Oh ye ke? Abah memang risau bila Wani cakap nak kahwin. Risau sangat kalau Wani tak dapat jalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan baik sebab abah masih anggap Wani kecil lagi. Nasib baiklah selepas Wani dan mak pujuk, abah benarkan juga kita berkahwin."

"Biasalah tu, bapa mana yang tak risau nak lepaskan tanggungjawab untuk jaga anak perempuan mereka dekat lelaki lain. Tapi Wani jangan risaulah, selagi abang masih bernyawa, abang akan jaga Wani sebaik mungkin, hanya sayang dan cintakan Wani seorang je. Abang akan cuba jadi suami yang terbaik buat Wani."

Dhia...CintakuWhere stories live. Discover now