BAB 32

1K 17 0
                                    

TAMAN Bunga Keukenhof pada hari itu kelihatan begitu sesak kerana dipenuhi oleh para pengunjung yang datang dari seluruh pelusuk dunia. Keunkenhof atau dalam bahasa Belandanya bermaksud Kebun Dapur merupakan sebuah taman bunga yang terletak di Lisse, Belanda dan merupakan salah satu taman bunga yang terbesar di dunia. Tarikan utama yang terdapat di taman tersebut sudah tentulah bunga tulip beraneka warna yang ditanam. Selain bunga tulip, terdapat juga bunga lain yang turut ditanam seperti mawar, lily, hyacinth, orkid, daffodil, iris, snowdrop dan lain-lain yang tidak kurang juga cantiknya. Taman Bunga Keunkenhof dikhabarkan hanya dibuka untuk tumpuan pengunjung setahun sekali sahaja, iaitu pada musim bunga sekitar bulan Mac hingga Mei.

Izzat Haris dan Dhia Humaira berjalan berpegangan tangan menyusuri kawasan taman bunga tersebut. Wajah masing-masing kelihatan sangat ceria dan bibir mereka tidak lekang dengan senyuman menikmati keindahan pemandangan di taman bunga tersebut. Baik Dhia Humaira mahupun Izzat Haris, mereka berdua tidak sesekali melepaskan peluang untuk mengabadikan gambar kenangan berlatarbelangkan keindahan bunga tulip pelbagai warna yang ditanam sebagai penyeri taman tersebut.

"Are you happy, love?" soal Izzat Haris di celahan rimbunan bunga tulip beraneka warna yang sedang dirakam olehnya.

"Yes, of course I'm happy, hubby! Akhirnya tercapai juga hasrat love nak tengok kecantikan bunga tulip di hadapan mata. Selama ini hanya mampu tengok dalam gambar je. Ternyata bunga tulip ini memang betul-betul cantik. Thank you so much hubby sebab bawa love honeymoon dekat sini." ujar Dhia Humaira seraya mengucup sekilas pipi kanan Izzat Haris.

"You are welcome, love. Hubby pun rasa sangat gembira sebab dapat buatkan isteri hubby gembira. Hubby pun sebenarnya dah lama teringin nak datang ke sini, akhirnya baru kesampaian."

"Oh really? But wait a second hubby! Sejak bila hubby jadi mat bunga?" soal Dhia Humaira dengan nada berbaur curiga.

"Kenapa? Salah ke kalau hubby minat bunga? Is it a crime for me to love flowers?" wajah Dhia Humaira dipandang dengan riak tidak puas hati.

"No! Bukan macam tu lah, hubby. Tapi tak ke pelik tiba-tiba je hubby minat bunga. Itu yang love sedikit musykil sebab jarang sangatlah nak jumpa lelaki yang minat bunga ni. "

"Bunga-bunga ciptaan Allah kan semuanya cantik. Jadi inilah satu caranya untuk kita memuji dan mengagumi kebesaran Allah yang menciptakan pelbagai variasi bunga. Hati hubby pun rasa tenang je apabila lihat bunga-bunga dekat sini yang cantik dan berkembang mekar. Hubby sampai terfikir, kalaulah rumah kita ada halaman yang luas macam ni, hubby akan serikan dengan pelbagai jenis bunga."

"Ya lah, hubby. Cantik betul kan bunga-bunga ciptaan Allah ni. Tak jemu mata memandang. Erm kalau hubby nak ada taman bunga yang cantik macam ni juga, nampak gayanya kita kenalah pindah ke rumah baru yang ada halaman yang luas. Nanti bolehlah kita berkebun sama-sama tanam bunga."

"Insya-Allah, love. Ada rezeki lebih nanti, hubby akan bawa love dan Irfan pindah ke rumah baru yang lebih luas dan selesa. Love doakanlah semoga hubby sentiasa dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan kerja, okay?" tutur Izzat Haris seraya mengelus lembut pipi isterinya.

"Insya-Allah hubby. Nama hubby sentiasa meniti di bibir love, dalam setiap sujud. Love sentiasa doakan yang terbaik buat keluarga kecil kita." Dhia Humaira mengukirkan senyuman paling manis saat menatap lembut mata Izzat Haris, suami yang paling dicintainya.

"Love nak tahu tak? Bunga tulip ni kan ada makna yang berbeza mengikut warnanya. Tulip ungu melambangkan royalti dan kesempurnaan. Bagi orang Belanda, tulip ungu dimaksudkan sebagai cinta pandang pertama. Tulip merah melambangkan cinta abadi manakala tulip kuning sering digunakan untuk mengungkapkan persahabatan. Tulip merah jambu melambangkan penghargaan dan harapan yang baik. Penghormatan dan perdamaian adalah makna dari tulip putih dan tulip oren pula melambangkan semangat."

Dhia...CintakuWhere stories live. Discover now