Raisha menjilat aiskrim tak ingat dunia, Cristy menggeleng. Aiskrim kepunyaannya telah habis dimakan, lain pula dengan Raisha yang beli dua batang aiskrim.
"Ica, aku nak tanya sesuatu."
"Tanyalah." laju bibir itu menjawab.
"Tapi aku nak jawapan jujur dari kau. Boleh?"
"Okay." Alis diangkat.
"Go on."
Cristy tarik nafas panjang.
"Siapa Tuan Dez?"
Uhuk! Uhuk!
Raisha batuk beberapa kali. Tersekat aiskrim yang dimakannya kerana soalan maut Cristy.
"Kau jangan panggil nama dia boleh tak? Muncul depan mata kau baru tahu."
Mata Cristy membulat. Macam tahu-tahu aje ada orang menyeru, kini sebuah kereta mewah diparking di seberang jalan. Lelaki yang keluar dari kereta dengan mask di muka ditatap tak percaya.
"Kenapa kau nak tahu?" soal Raisha tak suka.
Aiskrim yang masih tinggal separuh dimakan begitu saja, kepala yang membeku tidak diambil peduli. Soalan Cristy yang penting ketika ini.
"Kenapa cara percakapan, pandangan dia...." Anak mata mereka bertaut dari jauh.
"Sepertinya ada sesuatu yang dia nak cakap tapi tak terluah." Raisha genggam tangan Cristy.
"Ada baiknya kau tak perlu tahu hal Dez. Dia bukannya orang biasa macam kita. Dez lelaki bahaya, bila-bila masa dia boleh bunuh kau dan aku." ucap Raisha serius.
"Tapi...kenapa dia tak bunuh aku?" Raisha ketap bibir. Takkan nak bagitahu hal dulu kan?
"Aku tak tahu apa motif Dez datang sini. Aku sayang kau Cris, aku tak nak apa-apa berlaku dekat kau."
"Kau kenal Dez?" Berat hati Raisha angguk.
"Aku tahu semuanya tentang dia."
"Termasuk kejadian aku dan dia berkenalan?" Raisha angguk nak tak nak.
"Kenapa eh? Aku tak ingat langsung siapa Dez dulu." Cristy meraup kasar mukanya. Payah!
"Cik?" panggilan dari seseorang menganggu perbualan mereka berdua.
Raisha angkat punggung, melihat anak buah Dez buatnya laju genggam tangan Cristy.
"Kita balik Ris."
"Join me for lunch." arah Dez tidak mahu dibantah.
Kedua tangannya dimasukkan ke dalam poket. Kedua anak matanya tak lepas tatap muka kemerahan milik Cristy. Sama ada panas ataupun malu.
"Cristy tak akan ikut kau." tegas Raisha.
"Guess what?" Alis itu naik sinis.
"I didn't ask you." Miring bibir itu tersenyum.
"Kurang ajar!"
Sepantas kilat, Adam menghalang Raisha dari memukul Dez.
"Biarkan je." Ujar Dez mendatar.
Raisha mendengus geram. Tautan mata antaranya dengan Cristy tidak dilepaskan. Jam tangan miliknya diketuk beberapa kali.
"Lunch." keras nada lelaki itu. Kedengaran begitu memaksa.
Cristy menatap geram Dez. Lelaki itu memberi isyarat agar dia masuk ke dalam kereta miliknya, laju Cristy menggeleng.
"I am so hungry, i could eat you, Ris...." Senyum jahat dipamer. Nadanya juga keras sekali.
![](https://img.wattpad.com/cover/292087764-288-k228397.jpg)
YOU ARE READING
The Dez (COMPLETE) ✅
Acción🅵🆁🅴🅴 🆁🅴🅰🅳🅸🅽🅶 'Dez' Dia terlalu misteri, seorang lelaki tampan juga dingin yang muncul dalam hidupnya. Banyak teka teki yang masih belum terungkap. Tanda tanya makin berlegar dalam benak fikirannya. Persoalan yang tidak jemu dibisiknya, si...