Bab 32

93 8 0
                                    

Selesai solat, Cristy bermalasan di atas katil. Matanya menatap lama siling. Sebenarnya dia sedang menanti kepulangan Dez. Tak menyabar nak menunggu lebih lama, Cristy ambil langkah mudah turun ke tingkat bawah. Suara familiar kedengaran bergema kerana itu kakinya semakin perlahan melangkah.

"Kau tak jumpa Dev tadi?" Soal Adam sambil mengunyah kerepek dalam balang.

Mereka kini sedang berada di ruang tamu. Pulangnya Dez, terus dia menerpa dan menanyakan tentang kejadian tadi. Sungguh rugi dia tak join sekali. Untung Adli selalu join Dez. Adam tak tahu kenapa, tapi Dez selalu tak bagi dirinya beraksi lebih. Malah, Adam tidak mengenali banyak anak buah Dez. Kenal pun hanya bersua muka bukannya melakukan kegiatan bahaya seperti orang lain. Tembak-menembak.

"Aku tahu, lorong yang aku serang tadi tempat mereka tapi Dev sepertinya dah tahu aku akan datang sana." Dez menyisip sedikit air coffee bancuhan sendiri ke bibir.

"Macam mana dia boleh tahu?"

Dez angkat bahu.

"Mungkin firasat dia tahu bahawa dia akan mati hari ini." Kata Dez senafas tanpa menunjukkan reaksi apa-apa. Beku saja.

"Aku percaya, rancangan Dev tidak hanya sampai di situ." Bibir itu mengutarakan firasat hatinya.

"Dev seorang pendendam. Mustahil untuk dia lepaskan aku macam tu je. Malah sejak dulu, dia tidak pernah percayakan aku. Dia lebih memilih untuk percaya orang luar. Aku tak boleh paksa dia untuk dengar dan percaya cakap aku sebab itu terlalu mustahil. Dalam dunia ni, sebaik mana pun kau hulur kebaikan dekat manusia. Tidak semua akan menerima dengan tangan kanan. Ada manusia yang tak bersyukur menerima dengan tangan kiri bersama dendam dan kebencian." Ujar Dez panjang.

Sebetulnya, itulah dunia. Terlalu kejam bukan?

Apa yang keluar dari bibirnya benar-benar terjadi pada dirinya sendiri dan sungguh, ia sangat menyakitkan.

"Kau tak takut ke kalau-kalau Dev jadikan Cristy sebagai sasaran?"

"Aku kenal Cristy. Cristy boleh jaga diri dengan black belt taekwondo yang dia kuasai. Aku cuma risaukan benda lain." Kendur suara Dez semacam dah putus asa.

Adam perasaan, banyak kali lelaki itu mengeluh dan meraup banyak kali mukanya.

"Apa kata kau berbincang-"

"Berbincang takkan menyelesaikan masalah. Aku kenal Dev dah lama. Dia takkan semudah itu memaafkan aku." Potong Dez tak sempat Adam habiskan kata.

"Sampai bila kau nak bagi si Dev tu pijak kepala kau? Kau nak something jadi dekat si Cristy dulu baru kau nak bertindak ke? Kau jangan jadi bodoh boleh tak? Kau boleh sayang dia tapi jangan sampai sayang kau berlebihan sangat!" Tak gentar Adam berlawan kata dengan Dez.

Malas nak bertikam lidah lebih panjang, Dez keluar dari situasi tegang itu. Sedetik, dia perasaan sesuatu kerana itu kakinya sudah tidak melangkah lagi. Anak matanya terpaku pada insan yang baru turun dari tangga.

"Nak pergi mana? Awak ada banyak hutang dengan saya. Banyak kali awak tinggalkan saya berdua dengan Adam. Untuk kali ni, saya nak awak spend time dengan saya sebagai permintaan maaf." Tegas Cristy. Tidak lupa, memasang raut wajah angkuh pakej tangan bersilang dada.

Riak wajah Dez terpapar seperti biasa. Dingin tidak tersentuh. Sama sekali tidak kesah jika perbualan mereka tadi didengari Cristy.

"Nak keluar pergi mana?" Soal Dez satu ayat dari ulas bibir itu.

"Jom!"

Cristy keluar rumah diikuti Dez di belakangnya. Adam mengeluh berat. Tubuhnya disandar ke belakang.

The Dez (COMPLETE) ✅Where stories live. Discover now