Bab 33

79 6 0
                                    

Cristy cuba merapati Krystal. Dia berasa sedih dengan keadaan Krystal yang terlihat kurus melidi dan cengkung. Tak lalu nak makan agaknya sampai tubuh perempuan itu benar-benar berlainan dari dalam gambar yang Raisha berikan padanya.

"Kenapa datang sini?" Soal Krystal tak ada mesra langsung.

"Kenapa kakak cakap dengan adik macam ni? Tak baik tau!"

Dia mencuba meraih tangan Krystal. Namun cepat-cepat ditepis. Cristy terasa dengan perlakuan kasar Krystal tapi langsung saja dia buat tak ada apa-apa berlaku.

"Akak tak rindu adik?" Krystal menggeleng.

"Kenapa kau nak rindu anak yang telah dibuang ni?"

"Papa dan Mama buat semua ni bersebab. Mereka jatuh miskin, itu sebabnya mereka tinggalkan salah satu dari kita kepada orang lain untuk dijaga."

Cristy betul-betul menjaga lisannya. Risau jika ada yang membuat Krystal terasa.

"Kau tak payah nak jaga hati aku sangat. Mama dan papa memang tak suka aku sejak dulu. Itu sebabnya dia pisahkan aku dan kau. Aku tak nak dengarlah keluarga kita dah jatuh miskin atau tak. Buat anak boleh pulak? Kalau fikir masalah semua tu, semua orang akan buang anaklah! Alasan tak logik langsung!" Kasar Krystal keluar isi hatinya. Tak ada tapis langsung.

Seketika, Cristy terdiam. Dia tak tahu apa yang patut dia katakan pada kakak kembarnya. Ada betul apa yang dikatakan Krystal tapi pada masa yang sama, mereka tak hadap apa yang Mama dan Papa mereka lalui. Belum mendapat gelaran itu. Nak cakap banyak pun, tak baik. Boleh mengundang berdosa kerana menuduh sesuatu yang tidak sepatutnya.

"Kau ingat aku suka dengan kehidupan aku? Mak bapak angkat aku suka merendahkan aku. Kau ingat mereka baik sangat dekat aku? Dia siap cakap dekat aku yang aku ni anak kutip. Takde orang nak anak macam aku. Bukan tu je, mereka layan aku macam sampah! Jual aku sana sini dan dipertemukan dengan si Dez tu. Kau beruntung, sekurang-kurangnya takde orang buang kau macam mana mereka buang aku!" Lampias Krystal panjang bersama linangan air mata.

"Ris mintak maaf. Maafkan Ris, kak..."

Tubuh Krystal dipeluk erat-seeratnya. Tolakan demi tolakan yang diperolehnya namun tetap Cristy memilih untuk tidak melepaskan tubuh itu.

'Allah, apa yang patut Ris lakukan sekarang?'

Mereka berdua sama-sama menderita. Krystal menderita dengan kehidupan sebagai pelacur manakala dia menderita kerana dilayan seperti boneka yang tak ada harga diri oleh Dez. Kedua-duanya menyakitkan.

"Maafkan Ris, Ris yang sepatutnya dibuang bukan kakak. Maafkan Ris...Maaf kak...." Lirih Cristy berkata.

"Sudahlah kau! Adik tak tahu diri! Aku dibuang disebabkan kau! Apa lagi kau nak dari aku? Sekarang kau rampas Dez dari aku. Lepasni apa pulak? Semua yang aku ada kau nak. Memang aku tak layak pun dapat kehidupan sempurna macam kau. Kau aje yang beruntung, aku tak!" Berdas-das tembakan Krystal berikan pada Cristy.

Mereka berdua sama-sama menangis tapi Cristy lah yang paling banyak menangis kerana serba salah. Lain pula dengan Krystal yang hanya berpura-pura.

"Adik akan lakukan apa saja untuk kakak. Kakak cakap je, kakak nak apa? Adik akan buat yang terbaik untuk dapatkan kemaafan dari akak." Cristy leraikan pelukan mereka. Kedua tangan Krystal diraih lalu digenggam erat.

"Tolong maafkan adik. Tolong kak..." Rayu Cristy banyak kali ungkap ayat yang sama.

'Peluang cerah!'

"Betul adik akan buat apa saja untuk akak?" Seakan manipulate, soalan itu keluar dari bibir Krystal.

Cristy laju mengangguk.

The Dez (COMPLETE) ✅Where stories live. Discover now