PINTU rumah dibuka dan dia mencari kelibat Adeena di dalam rumah, suis lampu dibuka dan dia mencari
"Sunyi betul, biasanya dia selalu ada dekat dapur" bisik Zafriel sendirian. Telefon diambil dari kocek seluar dan nombor Adeena di dail
'maaf nombor yang anda dail tidak dapat dihubungi sila cuba sekali lagi'
Zafriel mencampak telefon di sofa, bibir diketap dan dinding ditumbuk untuk lepaskan geram pada Adeena
"Mana pula perempuan tu pergi" baru sahaja Zafriel ingin duduk bahunya disentuh dengan seseorang
"Abang?" panggil Adeena perlahan. Badan Zafriel laju dipeluk
"Deena rindu" ujar Adeena dan dia masih lagi memeluk badan Zafriel, perfume Zafriel juga dihidu. Bau yang dia sangat rindui
"Pergi mana? Kenapa tutup lampu? Kenapa abang call tak jawab?" Tanya Zafriel, rambut Adeena yang terjuntai diselit
"Deena solat tadi, phone Deena matikan. Deena tutup lampu sebab deena duduk dalam bilik, Kalau ada abang lampu dekat ruang tamu selalu buka" jelas Adeena sedikit sedih
Zafriel hanya mengangguk dan dia mencapai beg pakaian lalu naik ke atas
Adeena senyum sendiri dan dia naik ke atas
Sampai di bilik Adeena menarik tangan Zafriel ke katil. Mata coklat bersinar memandang mata hitam Zafriel
"Abang boleh tak esok kita pergi shopping? Deena lama dah tak shopping dengan abang, deena nak kita luangkan masa bersama macam dulu" ujar Adeena dan di memainkan jari Zafriel
"Eh ,mana cincin perkahwinan kita? Dan kenapa ada cincin yang deena tak pernah nampak abang pakai?" Tanya Adeena, dia merenung wajah Zafriel yang tiba tiba sahaja berubah
"Cincin ni abang beli sebab nampak cantik dan cincin perkahwinan kita abang simpan" balas Zafriel dengan senyuman kecil
"Abang mengantuk, esok mama suruh sarapan rumah dia jadi jom tidur" lampu bilik ditutup dan mereka berdua tidur dengan aman
ADEENA memandang Zafriel yang senyum sendiri di hadapan phone. Hati dia juga tertanya-tanya, suaminya mesej siapa sampai senyum macam tu?
"Abang? makanlah nanti makanan tu sejuk" ujar Adeena lembut dan dia duduk di hadapan Zafriel. Zafriel hanya mengumam dan terus bermain telefon
"Abang?" Panggil Adeena sekali lagi
Zafriel yang merasa bosan terus bangun dan naik ke bilik tidur, makanan yang di masak oleh Adeena lansung dia tidak sentuh
selesai sahaja makan Adeena naik ke bilik dan dia terus tidur dan dia menghuraikan Zafriel yang merenungnya
"Sayang" panggil Zafriel manja. Mata Adeena sudah berkaca, dia ingin menangis tapi dia tahan
"Saya tak boleh layan awak" ujar Adeena lembut, kain selimut ditarik sehingga paras dada dan dia menutup mata
"Nak jadi isteri derhaka ke?" Marah Zafriel. Dia memandang tajam belakang tubuh Adeena
"Saya tak boleh solat,faham faham je la" balas Adeena dan dia sambung menutup mata
"huh,kalau aku tahu jadi macam ni aku dah tak balik sini" bisik Zafriel pada diri sendiri
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Action[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...