Bab 27

16.7K 624 6
                                    

SELESAI majlis persandingan abangnya Adeena naik ke bilik untuk mengemas pakaian dan pakaian milik Zafriel. Zafriel memaksa untuk pulang ke Malaysia, katanya ada kerja dengan seseorang yang amat penting

Hajat Adeena tidak tercapai ingin menjelajahi negara Perancis itu

"cepat lah, malam ni kita kena sampai airport" gesa Zafriel. Geram pula dia dengan Adeena

"abang sabarlah, kenapa tak boleh nak sabar ni? Apa hal penting sangat dekat sana tu?" Tanya Adeena dengan suara sedikit tinggi. Hilang sudah sabarnya bila dengan Zafriel

Kalau Zafriel bukan suaminya , mungkin wajah kacak ini menerima tamparan dari dia

"Tak payah nak sibuk hal aku, kau lakukan sahaja tanggungjawab sebagai isteri" ujar Zafriel dan dia menjeling Adeena tajam. Dia tidak suka Adeena mengambil tahu halnya. Baginya bila Adeena mengambil tahu hal dirinya

Adeena seolah olah kongkong

Zafriel mebawa beg pakaian dan keluar dari bilik lalu mencari teksi untuk dihantar ke airport

Zafriel mebawa beg pakaian dan keluar dari bilik lalu mencari teksi untuk dihantar ke airport

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

SAMPAI SAHAJA di KLIA Zafriel senyum ceria

"Abang suruh pak Sham hantar sayang ke rumah mama okay?" Ujar Zafriel dan dia mendail pemandu upahnya

"Kenapa? saya nak balik rumah kita. Abang nak pergi mana?" Tanya Adeena dan dia memeluk lengan sasa Zafriel

Zafriel menepis dan dia memandang wajah jelita Adeena dengan pandangan seperti singa ingin makan mangsa

"aku ada urusan. Macam yang aku cakap, nak jumpa seseorang yang penting dalam hidup" ujar Zafriel dan dia memberi senyuman pada Adeena

"dia ke saya lagi penting? saya ini isteri awak Zafriel" kata Adeena. Dia cuba sabar

"Dia lagi penting dari kau. Kau jadi isteri aku bukannya ada function pun" dia berkata begitu dan menuju ke arah kereta Honda CR- V Hybrid berwarna putih

Adeena hanya melihat kereta itu meluncur keluar dari airport. Dia meramas pakaian

"Deena? mana beg? Mari sini pak Sham bawa" kata pak Sham lembut dan dia mengambil beg pakaian Adeena untuk diletak dalam bonet

Pintu penumpang dibuka untuk Adeena masuk

"Tuan Zafriel suruh saya hantar ke rumah Puan Shila" Ujar pemandu itu dan dia kereta selamat berjalan

Zafriel Laaith | 𝐂Where stories live. Discover now