MEMBULAT MATA ADEENA membaca mesej dari Haidar. Dia tidak percaya pula Zafriel sudah pun bercerai dengan Ain
"Macam mana dia boleh cerai?" Tanya Adeena pada Aeman. Kasihan pula dia mendengar syarikat dan kereta Zafriel lesap selepas dia menceraikan Ain
"Ain curang dengan dia.. berdua duaan dalam rumah kau dik" balas Aeman sambil mengaul nasi di dalam pinggan
Adeena hanya mengangguk tanda memahami jawapan dari Aeman
"Pasal syarikat dan kereta tu betul ke?"
Aeman menelan nasi dan dia memandang Adeena
"Ya, duit syarikat Ain dan bapa dia ambil. Pasal kereta tu abang yang buat" kata Aeman dan dia sengih tidak bersalah
"Kenapa? Bukan ke dia bayar kereta? Kenapa abang ambil kereta dia?" Tajam sahaja Adeena memandang wajah Aeman yang sengih tidak bersalah itu.
kecik besar kecik besar sahaja dia melihat abangnya ini,nak saja dia cincang!
"Saja"
Membulat mata Adeena mendengar balasan dari Aeman
"Abang nak bagi dia terseksa , alah dua hari je. Nanti abang suruh lah dia hantar balik kereta tu" kata Aeman dan dia bangkit dari kerusi untuk membasuh pinggan yang digunakan olehnya
"Suka hati abanglah, janji abang bahagia" balas Adeena dan dia naik ke bilik meninggalkan Aeman sendirian dia dapur
"Tak baik awak buat Zafriel macam tu, kesian" kata Laila di belakang Aeman
"saya tarik kereta dia je, chill lah" Aeman ketawa perlahan
Laila menggeleng dan dia mengusap perutnya yang masih belum besar
"Jangan ikut perangai abah kamu ya bakal anak ibu" kata Laila dan dia ketawa melihat Aeman mencebik
"Kalau anak kita ikut perangai awak, dua puluh empat jam merajuk dan menangis" kata Aeman dan mencuit perlahan hidung mancung milik isteri.
"Haihlah isteri kenapa cantik sangat ni" Kata Aeman di dalam hati
"Anak saya biarlah"balas Laila dan dia masuk ke bilik tidurnya
Tercengang Adeena melihat abangnya itu
"Dah macam ulat bulu" kata Adeena. Batal terus niat ingin ke dapur
ZAFRIEL MERENUNG TELEFON YANG SUDAH PECAH akibat dibalig. Sakit hati bila Adeena tidak menjawab panggilan dan mesej darinya
"Dia nak jadi isteri derhaka ke tak jawab panggilan dari suami? Huh" omelnya sendiri. Dia bangun dari kerusi solek dan mengambilnya telefon yang masih baru di dalam almari yang khas untuk menyimpan barang barang elektrik
Lalu dia turun ke bawah dan kelibat Puan Norshila dicari
"Mama" Zafriel memang Puan Norshila kuat. Puan Norshila berhenti bercakap dengan jiran
"Okaylah Maz, anak aku panggil tu. Kalau ada apa apa ketuk atau telefon sahaja aku" kata Puan Norshila dan dia pergi kepada Zafriel yang menunggunya di ruang tamu
"Kamu nak apa panggil mama ni?" Tanya Puan Norshila dan dia mengambil tempat di sofa
"Mama, kenapa Deena tak jawab call Zaf? Dia tukar nombor telefon ke?" Tanya Zafriel
"Mungkin" balas Puan Norshila. Dia ada sahaja nombor telefon baru Adeena tapi malas mahu memberi pada Zafriel
"Zaf nak pergi rumah abang dia" kata Zafriel dan mencari kunci kereta milik Ezekiel. Jumpa sahaja kunci kereta milik Ezekiel dia sengih
"I'm coming baby" bisik Zafriel sendirian. Dia tidak sabar ingin berjumpa dengan Adeena
Dia ingin minta maaf dengan Adeena dan mahu tebus kesalahan pada Adeena
SAMPAI SAHAJA DI DEPAN rumah Aeman, Zafriel mengerut hairan. Gelap sahaja rumah ini
Dia buka pintu kereta dan mengetuk pintu jiran
"Assalamualaikum" dua kali dia mengetuk akhirnya pintu dibuka juga
"Waalaikumussalam,cari siapa ya?" Tanya pemilik rumah lembut. Dia menilik Zafriel dari atas sampai bawah
Zafriel senyap. Tidak selesa dengan pandangan perempuan di hadapan ini
"Mana pemilik rumah sebelah ini ya?" Tanya Zafriel lembut
"Dah pindah" balas si perempuan. Selepas itu Zafriel cepat cepat masuk ke kereta
Malas mahu lama lama di sana, takut pula orang menganggap dia ni apa pula
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Action[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...