ADEENA tersenyum melihat Aisha membawa buah dan coklat cair untuk dicicah. Malam ini dia dan Aisha mahu melihat movie.
Sudah lama mereka berdua tidak melihat movie bersama
"seramnya hantu tu" ujar Adeena. Wajah cantiknya disorok pada bantal kecil yang berada di sofa
"alah akak , tak ada lah seram mana. Chill wo" ujar Aisha tenang dan dia tergelak kecil melihat wajah Adeena pucat kerana takut akan hantu di dalam drama itu
"Tapi hantu tu seram lah walaupun drama" selimut Aisha dicuri dan dia menutup wajahnya
"Hahah,make up tu yang seram"
2 jam kemudian...
"Huh,habis pun" Adeena senyum lega melihat movie hantu telah pun habis ditonton
"Jom tidur kak, Isha mengantuk huff" ujar Aisha. Sudah berpuluh kali dia menguap
"Jom, tapi sebelum tu mari lah kita solat isyak dulu" ujar Adeena dan dia naik ke atas bersama Aisha
DI PAGI HARI Aisha mengajak Adeena ke taman untuk bersenam
"Isha, tunggu akak" laung Adeen kuat supaya Aisha yang sudah jauh itu dengar
Aisha yang mendengar laungan Adeena berhenti dan dia berpatah balik menunggu kakak iparnya sampai
Adeena tercungap-cungap. Ini pertama kali dia berjoging dan melakukan aktiviti di luar, selalu melakukan aktiviti bersenam di gym
"Kak,minum air dah macam tak cukup nafas Isha tengok" Adeena menghulurkan Air pada Adeena. Adeena laju menyambar dan rakus dia meneguk air
"Slow slow kak" Aisha tergelak kecil . Telefon dicapai dan dia bermain telefon sementara menunggu Adeena menyapu ubat pada anggota badan
"Kalau akak rasa sakit lagi kita boleh balik" ujar Aisha lembut
"Tak apa. Aisha pergilah, kak deena tunggu Aisha" ujar Adeena dan dia memberi senyuman lembut
Aisha mengangguk dan dia bangun dari bangku untuk meneruskan berjoging
Adeena melihat Aisha sudah jauh, dia termenung memandang tasik. terimbas memori, memori dia menemani Zafriel berjoging pada hari minggu.
menitis air mata apabila memori itu terimbas kembali. Sedang leka dia merenung tasik seseorang menyentuh bahu
"Jauh termenung? Teringat akan siapa? Suami kesayangan awak ke?" Tanya Haidar
"Boleh saya duduk?"
"Silalah"
Haidar senyum dan dia duduk di sebelah Adeena
Tisu diambil dari poket dan diberi pada Adeena supaya mengelap air mata di pipi
"Deena kenapa menangis?" tanya Haidar prihatin
"Saya overthinking. Saya takut Zafriel ada perempuan lain di belakang saya" ujar Adeena dan dia mengelap air mata yang turun
Haidar tersenyum dan dia memandang Adeena sebelum dia bekata
"Overthinking, tidak pernah memberitahu hal sebenar" Ujar Haidar dan di senyum kecil
"Don't cry my love, my heart hurt when see you cry" kata Haidar. Kalau Adeena isterinya, sudah pasti dia akan lapkan air mata Adeena setiap kali Adeena menangis
"Aku dan kamu pernah merancang menjadi 'kita' tapi itu hanya sebuah cerita yang tidak berjaya dirangka. Cerita yang mewujudkan luka dan kecewa" ujar Haidar dan dia menunduk memandang lantai
"Haidar harap Adeena jodoh Haidar. My heart beats faster when I'm with you"
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Action[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...