tiga hari kemudian...
AEMAN SETIA MENUNGGU ADEENA di depan bilik bersalin
"Abang" seru Adeena lembut dan dia senyum melihat wajah Abangnya di depan
"Andai Deena meninggal selepas melahirkan anak , deena nak abang bagi anak anak deena dekat Zafriel boleh?" Minta Adeena. Pipi sudah basah dengan air mata
Aeman mengesat air mata yang laju turun
"Deena akan selamat, deena akan jaga anak ni bersama Zafriel" bisik Aeman. Dia cuba membuang fikir negatif
Selepas itu, doktor menolak Adeena masuk ke dalam bilik bersalin
"Aku nak call Zaf, aku rasa tak sedap hatilah" kata Aeman. Dia mengambil phone dari beg laila dan nombor telefon milik Zafriel ditekan
1 minit kemudian.. Zafriel akhirnya menjawab panggilan dari Aeman
"Zaf.. Deena dah bersalin, cepat datang Zaf" kata Aeman di dalam panggilan . Dia menangis di depan Laila
Haidar dan Laila mencuba menenangkan Aeman
"Man, Deena akan selamat janganlah menangis man" kata Haidar. Dia mengusap bahu Aeman
"Semalam aku.. Mimpi Deena tinggalkan aku" kata Aeman dengan tangisan. Buat pertama kali dia mimpi sebegitu
"Mainan tidur je tu" kata Laila
"dear, abang takut mimpi tu jadi kenyataan sahaja. Abang tak sanggup kehilangan orang yang abang sayang" kata Aeman. Dia memeluk Laila
Tangisan dihambur. Laila pula mengusap rambut Aeman supaya Aeman berhenti menangis
Risau pula tangisan Aeman makin kuat
ZAFRIEL LAJU MEMECUT keretanya
"Ya Allah, selamatkanlah isteri dan anak aku" kata Zafriel. Dia terkejut mendengar berita dari Aeman
"Sayang, abang doa sayang selama bersalin. Walaupun abang tiada di sisi sayang" kata Zafriel. Kakinya menekan minyak
Kereta miliknya bergerak laju, semua lampu isyarat di langgar olehnya
Minyak ditekan supaya kereta bergerak laju . Dia ingin cepat sampai ke Kelantan
Di dalam hati tidak putus berdoa supaya Adeena dan anaknya selamat
Makin kuat ditekan sehinggalah
BAMH!!
"Allahuakbar" sebutnya sebelum pandangan mula jadi kabur dan gelap
Darah mulai keluar dan membasahi bajunya yang putih serta jalan juga dibasahi dengan darah milik Zafriel
Semua datang menyerbu dan mengakat Zafriel lalu di bawa ke dalam ambulans
"Abang.. lamanya Deena dekat dalam" kata Laila risau. Hatinya berdetak kencang
"Kalau Deena meninggal macam mana?" Tanya hati Laila
"Allah Laila, kenapa aku fikir macam ni" kata dia pada diri sendiri. Fikiran yang tidak elok cuba dibuang
Dia tidak mahu fikir benda negatif
"Abang takut mimpi abang jadi kenyataan... Hikss" kata Aeman. Dia menangis lagi di bahu Laila
Dia tidak mahu kehilangan orang tersayang
"Insyaallah takkan jadi apa apa" kata Haidar dan mengambil tempat bersebelahan Aeman
3 jam kemudian...
Bilik bersalin akhirnya terbuka dan doktor perempuan dan dua jururawat keluar bersama dua bayi di dalam Baby Newborn Trolley
"Saya ada satu berita sedih dan berita gembira" kata doktor perempuan yang bernama Dr. Alisa
Jantung Aeman berdetak laju mendengar berita sedih yang disebut oleh Dr. Amalina
"Okay. Apa berita gembira tu?" Tanya Aeman. Baik dia tanya berita gembira terlebih dahulu
"Puan Adeena selamat melahirkan bayi kembar. Lelaki dan perempuan, tahniah ya" kata Dr Amalina dengan sengihan lebar
"Dua dua sihat" sambungnya lagi
"Siapa suami puan Adeena boleh kah iqomat dengan bayi ya" kata jururawat yang tidak bertudung itu dan dia menolak bayi itu ke Haidar
"Berita sedih?" Tanya Laila. Lengan sasa Aeman di pegang
"Berita sedihnya... maafkan saya Adeena tidak dapat diselamatkan. Dia meninggal selepas melahirkan kedua dua anaknya"
"Dan juga dia sempat jugalah kucup dua dua bayi ini" kata Dr Amalina. Dapat dia lihat wajah Aeman yang sedih itu
"Saya minta diri dulu"
"Doktor tu kata apa tadi? Deena meninggal?" Tanya Aeman. Dia memandang wajah Laila yang sudah basah dengan air mata itu
Laila mengangguk perlahan. Sebak dia melihat Aeman
Haidar mengusap pipi anak lelaki dan anak perempuan Adeena, setitik air matanya jatuh dan terkena pipi bayi perempuan
he lost his first love..
"Walaupun mama awak dah tiada di atas dunia ni, tapi dia sempat kucup awak berdua" kata Haidar perlahan
Kedua dua bayi merengek bila tidurnya diganggu
"Maafkan mama awak ya sayang, maafkan mama awak Kerena tidak sempat memberi kan awak berdua susu" kata Haidar
-Adeena Aleeya binti Luqman
-die : 8:30 PM. Khamis,14 september"Man , Zaf accident. Dia koma" kata Haidar. Terkejut dia melihat mesej dari rakannya dari Perak yang bekerja di hospital itu
kitonyo dok pandai tulis sad scene . Maaf jika bab ini ada kekurangan
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Acción[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...