ADEENA termenung memandang pada secawan kopi, kedua dua kawan Adeena memandang pelik pada tingkah Adeena
"Leeya? Kau okay ke? Ada masalah dengan suami?" Tanya Nimra, bahu Adeena diusap
"Aku pelik lah, kenapa semenjak ni suami aku perangai dia makin lain. Selalu tengok handphone, bila tengok handphone senyum sendiri macam orang yang baru di lamun cinta" jelas Adeena. matanya sudah pun berkaca tunggu masa air mata jatuh
Nimra menggengam tangan Adeena
"Mungkin dia chat dengan suami aku kot,suami aku dan suami kau kan kawan baik" ujar Nimra lembut. Dia tak nak Adeena berfikir yang bukan bukan
"Mungkin diaorang bersembang benda lawak ke" tambah Elena.senyuman manis diberi pada Adeena
"Kenapa aku rasa Zafriel ada perempuan lain eh?" Tanya Adeena pada Nimra dan Elena, Elena dan Nimra diam
"Jawab la,aku tanya ni" gesa Adeena,bahu Nimra dan Elena ditolak lembut
"Aku rasa kau tak demam ni sebab tu fikir benda negatif ni" balas Nimra
"Jangan fikir yang bukan bukan, Zafriel kan sayangkan kau" kata Elena cuba menyedapkan hati Adeena
"Tapi perasaan sayang boleh hilang juga kalau seseorang bertemu dengan orang lain" balas Adeena, senyuman kecil diberi pada Nimra dan Elena
"Mungkin Zafriel dah tak sayangkan aku kot, mungkin aku tak cantik atau aku tak dapat bagi dia zuriat" Nimra dan Elena memandang silih berganti apabila mendengar apa yang dikatakan oleh Adeena
ZAFRIEL tersenyum lebar melihat Ain di depannya
"My wife" bisik Zafriel di tepi telinga Ain, belakang Ain di peluk dan dia letakkan dagu di bahu Ain
"Rindu" bisik Zafriel, rambut Ain diambil dan dihidu
"baby boy saya ni manja la" Ain berpusing memandang wajah Zafriel dan hidung Zafriel dipicit sehingga merah
"sakit lah baby" suara dibuat buat manja dan badan Ain dicepung lalu di bawa ke bilik
"Comel comel" baru sahaja dia mahu mencium bibir Ain telefon menjerit diminta untuk angkat
"Apa?"
"..."
"Esok je lah,ni dah malam aku penat"
"..."
"Ya ya"
Panggilan telefon tamat
"Menyusahkan" keluh Zafriel. Ada saja Adeena ingin mengacau dia bila bersama dengan Ain
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Ação[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...