ADEENA duduk di dapur, tolong menolong apa yang patut
"Ini menantu Shila ke? Cantik" ujar salah seorang mak cik dengan ikhlas
"cantik tapi sayang tak ada anak lagi"
Rasa sedih menyelubungi diri apabila mendengar apa yang dikatakan oleh mak cik bawang
"Zah. Anak , jodoh, ajal dan rezeki ketentuan Allah SWT. Mungkin dia tak ada rezeki lagi" puan Orked memberi senyuman pada Adeena, bahu Adeena diusap
"Deena pergi lah dekat depan" arah puan Orked . Dia risau Adeena sedih
Adeena senyum dan mengikut apa yang disuruh oleh puan Orked, perlahan lahan dia bangun dari duduk dan menuju ke ruang tamu untuk menyambut tetamu yang hadir
SELESAI MAJLIS TAHLIL TAMAT, dia mencari kelibat Zafriel"Mama mana Zaf? Deena nak balik tapi dia tak ada, kereta pun tak ada" ujar Adeena lembut. Puan Norshila yang rancak berborak terus berhenti dan memandang wajah jelita Adeena
"Oh Zaf, dia kata ada hal jadi dia balik. Zaf tak bagitahu dekat Adeena ke?"
Adeena menggeleng
"Hm, Deena balik lah dengan kiel . Mama lambat lagi nak balik" ujar puan Norshila dan dia menjerit nama Ezekiel supaya datang jemari
1 minit Ezekiel berada di depan puan Norshila
"Ya, ada apa mama?" Tanya Ezekiel dengan suara lembut
"Kiel hantar Deena balik rumah boleh? Abang Zaf kamu ada hal" kata puan Norshila. Ezekiel menangguk setuju
"Deena? Jom la"
Laju Adeena mencapai beg sandangnya.
kereta lamborghini urus berwarna kelabu dihidupkan dan keluar dari perkarangan rumah milik Puan Orked
Suasana di dalam kereta sunyi dan hanya bertemankan radio sahaja.
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Action[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...