"DARLING I PREGNANT" ujar Ain ceria. Wajah Zafriel bertukar ceria
"Betul ni? Tahniah baby" Zafriel memeluk Ain . Bahagia
tanpa sedar seseorang memerhatikan dengan cemburu
"Ya Allah, kenapa aku cemburu" bisik Adeena perlahan, perasaan cemburu cuba di buang tetapi gagal
"I nak call mama , mesti dia gembira kan! Alang alang tu boleh lah buat kenduri doa selamat" kata Zafriel ceria. Nombor Puan Norshila diangkat
tetapi tidak diangkat, sudah banyak kali dia menelefon anggota keluarganya. Semua tidak angkat
"nanti kita pergi rumah mama malam ni ya? I tak sabar nak bagitahu"
"Kenapa bahagia bila i mengandung anak you? Adeena mengandung you tak ceria macam ni pun" bicara Ain membuat Zafriel terserentak
"because, i tak cintakan dia. I nak anak dari orang i cintakan" balas Zafriel dan dia menyentuh perut Ain yang masih kempis
Kata kata Zafriel membuat hati Adeena hancur sekali lagi
KEESOKAN PAGINYA Zafriel dan Ain bangun terlebih awal untuk pergi ke rumah keluarganya. Zafriel mengunci rapat pintu rumah, dia tidak mahu Adeena keluar rumah sementara mereka berdua tiada di rumah ini
Dia tahu setiap kali Adeena terasa hati dan sedih dengannya pasti Adeena akan berjumpa dengan Haidar. Dia tidak mahu Adeena berjumpa dengan Haidar kerana Adeena miliknya
"darling cepatlah" laung Ain. Zafriel cepat cepat pergi ke kereta
Adeena hanya melihat dari atas. Dia mahu keluar tetapi Zafriel mengunci pintu rumah dan bilik, semua kunci Zafriel bawa bersama
"mama lapar sayang, tapi macam mana mama nak keluar?" Adeena berkomunikasi bersama bayi dalam kandungan
DI RUMAH KELUARGA MILIK ZAFRIEL Ain senyum manis bila kedua ibu bapa Zafriel memandangnya
"Mimpi apa datang sini?" Tanya Puan Norshila malas malasan
"Zaf ada berita gembira" kata Zafriel ceria
"Bagitahu lah" gesa Aisha. Aisha dari dapur mengambil tempat bersebelahan Puan Norshila
"Ain mengandung" kata Zafriel bersama nada ceria
semua di ruang tamu hanya senyap
"Zaf nak buat kenduri doa selamat boleh tak?" Kata Zafriel pada Tuan Kamil. Tuan Kamil senyap dan memandang pada isterinya, Puan Norshila
Puan Norshila menjeling
"Buat lah dekat rumah mak Ain, mama buat kenduri doa selamat untuk Deena sahaja" balas Puan Norshila dingin
"Deena tak penting untuk keluarga ni, Ain kan menantu mama. Deena tu bila bila masa sahaja boleh buat kenduri doa selamat untuk dia , tak payah buat pun tak apa" kata Zafriel sedikit kasar
Puan Norshila mencabut selipar dapur di kaki dan di baling pada Zafriel, selipar itu tepat terkena pada hidung Zafriel
Zafriel mengeluh sakit pada hidung
"Mama"
"Mama tak pasti itu anak Zaf atau anak orang lain, kalau nak buat doa selamat boleh buat dekat rumah mak dia"
"Dan menantu mama ada seorang sahaja" usai kata begitu Puan Norshila bangkit dari sofa dan menuju ke dapur. Rasa panas dalam hati
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Action[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...