SEMINGGU KEMUDIAN..
Hari ini Ain sudah pun boleh keluar dari hospital
"Kita pergi rumah mama" kata Zafriel sambil fokus ke arah Jalan. Ain mengangguk
"Okay" balas Ain sambil mengunyah kerepek yang dibeli tadi
"abang... Haritu buat apa kat Deena? Dah heret dia ke balai polis ke? Ain harap lah dia kena kena hukuman penjara seumur hidup, disebabkan dia kita hilang bayi tau" kata Ain sedih dan gembira. Tidak sabar dia melihat Adeena meringkuk dalam penjara
"belum lagi. I tak faham kenapa lah Haidar dan abang dia tu bela sangat perempuan macam tu? tak silap hari bulan bakal anak saudara dia pun akan bunuh. Takut seluruh ahli keluarga dia dan i je kena bunuh dengan perempuan macam tu" ujar Zafriel . Dia mengusap tangan Ain supaya tidak sedih lagi
"Itulah, cepat cepat heret dia ke balai"
"Perempuan macam tu tak layak jadi ibu" sambung Ain dan dia senyum sinis
"Apa yang you cakap semua betul, 100% i setuju" Zafriel senyum bangga dengan Ain
Betullah apa yang Ain kata itu, Adeena tidak layak jadi ibu kepada anak anaknya
"Apa kata, lepas sahaja Deena melahirkan you ambil sahaja budak tu" cadang Ain . Dia mahu melihat bagaimana Adeena menderita selepas kehilangan bayi
"Lepastu boleh lah polis tangkap dia, mesti you tak nak kan anak you ada mak banduan. Mesti anak you malu ada mak macam tu" kata Ain lagi dan lagi
ZAFRIEL MENCERITAKAN apa yang telah terjadi pada Ain
"Mama tak percaya. Adeena takkan buat macam tu, mama kenal Deena macam mana" Kata Puan Norshila. Dia langsung tidak percaya dengan kata-kata anaknya
"Takkan pula Zaf nak menipu" balas Zafriel tidak puas hati
"Awak nak back up perempuan pembunuh?" Tanya Tuan Kamil tidak puas hati, jatuh kasihan melihat wajah Ain yang kelihatan sedih itu
"Saya kenal Deena macam mana, dia takkan buat macam tu Deena tahu mana dosa dan pahala" balas Puan Norshila. Dia tidak sanggup mendengar tuduhan buat Adeena
"Back up lah perempuan macam tu, tak silap hari bulan awak pula yang kena bunuh dengan dia. Barulah awak tahu perangai dia macam mana" usai kata begitu Tuan Kamil bangkit dari sofa dan dia memandang wajah Puan Norshila tajam
Dia pun susah percaya dengan cerita Zafriel tapi melihat wajah Ain yang nampak sedih dan suram dia terus percaya
Dia berharap Adeena mendapat balasan
"Saya kenal Adeena macam mana, dia takkan buat macam tu dekat orang yang dia kenal dan orang dia sayang. Dia tahu dosa dan pahala juga, jangan sesekali fitnah menantu saya" pesan Puan Norshila pada Tuan Kamil, dia membalas tatapan tajam Tuan Kamil
"Dan, jangan panggil menantu saya pembunuh" usai kata begitu Puan Norshila keluar dari rumah. Kalau duduk di situ makin stress dia dengan perangai Tuan Kamil Itu. Entah setan apa yang merasukinya
TERPEJAM MATA ADEENA menikmati kemanisan buah manggis di kampung milik arwah ibunya"Adik jangan makan banyak sangat nanti sakit perut" pesan kakak iparnya, Laila. Dia senyum kecil melihat perut Adeena yang makin besar itu, tidak sabar dia ingin melihat Adeena memegang bayi yang comel itu
"Baik" balas Adeena sambil senyum kecil. Dia turun dari wakaf dan membasuh tangan yang comot dengan buah manggis itu
Lalu dia duduk kembali di wakaf sambil meminum air kosong yang dituang olehnya
"Lambat lagi ke Haidar nak turun dari pokok rambutan tu? Dah macam monyet pula Deena tengok dia duduk lama lama atas pokok rambutan tu" kata Adeena dan dia tertawa melihat Haidar di atas pokok rambutan itu
"Cepat sikit Haidar" gesa Aeman. Galah di ambil dan dia mencucuk paha Haidar
"Sabar gila" balas Haidar geram. kalau Aeman cucuk dia tak pasal pasal jadi OKU, kalau dia jadi OKU tidak bolehlah dia berkahwin dengan Adeena nanti
"Hahaha, monyet" Aeman membaling galah ke tepi, nasib lah tidak terkena kereta kesayangan milik Haidar
"Kena kereta aku , aku patahkan kaki kau dan aku cubit cubit kau nanti" balas Haidar geram dan dia turun dari pokok rambutan lalu berjalan ke arah wakaf
"Ini rambutan yang Deena minta itu" Haidar memberi rambutan pada Adeena dan dia senyum manis
"menyampah" ujar Aeman sedikit kuat. Memang menyampah dia tengok Haidar bersweet dengan Adeena
"Abang cemburu kan? Alaa saya kan ada dekat tepi ni" Laila si sebelah Adeena mengenyit mata pada Aeman . Suka dia melihat telinga Aeman merah
"Eww menyampah" kutuk Haidar. Wajah dibuat geli melihat Aeman malu malu kucing ketika bersama Adeena
"Pasal Ain dan Deena , erm kat rumah Deena dan Zaf tu ada CCTV tak?" Tanya Haidar. Dia menatap lembut wajah cantik Adeena, indah sungguh ciptaan Allah ini
"Ada, Haidar nak tengok ke?"
Haidar mengangguk dan Adeena memberi telefon miliknya pada Haidar
10 minit kemudian....
"Kenapa Deena tak tunjuk sahaja video ini pada Zafriel? Kalau tunjuk dia takkan tuduh Adeena" ujar Haidar tegas. Sakit telinga mendengar Zafriel memanggil Adeena dengan gelaran pembunuh
"Tak mengapa lah. Biar dia tahu sendiri, lagipun dia dah tak percayakan Deena lagi" balas Adeena dan dia memandang ke arah sawah padi yang berhadapan dengan wakaf ini
saya akan update spoiler di ig/ tt ♡.
YOU ARE READING
Zafriel Laaith | 𝐂
Action[ cerita ini hanyalah rekaan semata mata, Don't take it seriously. Jika ada typo sila abaikan, saya malas nak edit ] 1st sad story by shafiysz 𝐊𝐧𝐨𝐰 𝐚𝐬 𝐇𝐞𝐫 𝐂𝐫𝐮𝐞𝐥 𝐚𝐧𝐝 𝐀𝐛𝐮𝐬𝐞 𝐇𝐮𝐬𝐛𝐚𝐧𝐝 - Aku Cuma Punya Hati ( Mytha Lestari ) ...