Special Chapter 1

16.9K 458 27
                                    

15 tahun kemudian....

ZAFER MEMANDANG KUBUR MILIK ZAFRIEL DAN ADEENA. Air mata mengalir

"Ayah, mama. Maafkan Afer, Afer gagal jadi seorang abang yang baik buat Aylin" kata Zafer sedih. Arwah Adeena dan Zafriel pasti kecewa kerana dia tidak dapat mendidik Aylin ke arah jalan yang benar

Selepas itu dia bangun dan menggulung tikar yang kecil dan dipegang olehnya lalu dia mengambil botol berisi air dan dijirus di kedua dua kubur

Pulang sahaja dari kubur dia terkejut melihat Adiknya dan sepupunya, Amni berdua duaan dengan lelaki yang tidak dikenali

"Lyn? Astagfirullah" dia berlari ke arah Aylin dan menarik Aylin dari pelukan lelaki itu

"Apa yang kau orang berdua buat ni? Suka sangat malukan umi dan Walid" marah Zafer pada Aylin dan Amni. Amni hanya diam

Aylin menjeling Zafer

"Bisinglah abang ni, umi dan walid tak bising pun" kata Aylin garang, matanya coklatnya memandang mata hitam milik Zafer tajam

"Adik, apa dah jadi dengan adik ni? Dulu tak macam ni pun" kata Zafer. Adiknya sudah berubah 100%, dari bertutup terus tidak bertutup

"Bingit lah" usai kata begitu Amni menarik Aylin Dari Zafer, benci pula dia melihat Zafer

"Amni, Amni nak bawa adik Abang afer ke mana?" Tanya Zafer. Dia mengejar langkah Amni dan Aylin yang sudah pun berada di luar

Amni tidak menjawab. Kereta yang terparking di luar rumah dinaiki

Zafer mempercepatkan langkah, sampai di sahaja di kereta berwarna merah itu

Kaca kereta yang dinaiki oleh Amni dan Aylin di ketuk namun tidak dibuka

"Lepaskan Adik abang Amni" jerit Zafer setelah kereta berwarna merah sudah jauh dari kawasan rumah

Haikal hanya memandang Zafer dengan tatapan prihatin

Kesian juga dia melihat Zafer yang susah payah menjaga maruah Aylin

"Kau memang dah melampau Amni" kata Haikal dan dia mengeluarkan telefon dari kocek seluar trek

"Kau memang dah melampau Amni" kata Haikal dan dia mengeluarkan telefon dari kocek seluar trek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aku tak suka lah dengan abang aku tu" kata Aylin. Tangan disilang pada dada , dia mencebik mengingati Zafer yang terlalu menasihatinya

"Aku pun. Berlagak alim" kata Amni dan dia melorek senyuman sinis

"Kalau boleh, aku nak suruh dia berambus dari hidup aku. Suka sangat control hidup aku" kata Aylin sambil mengikat rambutnya

Amni senyum sinis. Dia hanya fokus memandu sahaja

Sesekali dia membalas

"Kalau dia betul betul tak ada dalam hidup kau?" Amni jongket kening memandang Aylin yang sudahpun senyap

Hujung mata melihat lampu isyarat yang masih merah

"Aku suka. Tenang sikit" balas Aylin tanpa rasa bersalah. Telefon di dalam beg diambil dan mesej kesayangan di tekan

35 minit masa berlalu akhirnya dia sampai juga ke rumah. Aylin turun dan masuk ke rumah

Dia memandang Zafer dengan kebencian

Zafer menunduk melihat pandangan Aylin

Aeman melihat terus menarik Aylin dan dia memberi satu penampar buat Aylin. Aylin terkedu

Ini pertama kali , bapa saudaranya buat sebegini

"Apa Walid ni?" Tanya Aylin. Sakit pipinya akibat ditampar oleh Aeman

"Lyn, hormat abang kamu. Semenjak ni Walid tengok kamu makin kurang ajar dengan abang kamu" kata Aeman perlahan. Dia menggeleng kecewa dengan sikap Aylin

Aylin sudah pun terjebak dengan perangai liar Amni

"Lyn benci Walid" kata Aylin. Baru sahaja kakinya ingin melangkah naik Haikal datang menampar pula pipi mulusnya

Wajah yang putih bertukar merah

"Jaga mulut kau tu sikit Aylin, Walid dan Umi jaga kau. Jangan melampau sangat" kata Haikal dingin. Matanya mencerlung tajam memandang wajah Aylin yang sudah merah

"Aylin benci semua , terutamanya abang Zafer" kata Aylin dingin

"Walaupun Aylin bencikan abang, abang sayangkan Aylin. Abang takkan sesekali bencikan Aylin" kata Zafer. Dia tidak akan membenci darah daging sendiri

 Dia tidak akan membenci darah daging sendiri

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Zafriel Laaith | 𝐂Where stories live. Discover now