HITAM & PUTIH 06

5.4K 83 1
                                    

Hari terus berlalu.Dan akhirnya tibalah hari dinantikan oleh Datuk Rajagopal dan Dato Kadir.Majlis akad nikah antara putera dan puteri mereka,Raj dan Nur diadakan di rumah keluarga Dato Kadir.

Majlis diraikan dan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat ,beberapa orang kenamaan,VIP dan ahli politik.Suasana menjadi meriah di kediaman milik Dato Kadir dengan iringan kompang dan lagu kahwin.

Nur kelihatan sangat jelita,wajahnya manis dihiasi dengan solekan dari mak andam terkenal.Nur mengenakan baju kurung rekaan moden putih mutiara berlabuci di bahagian dada dengan tudung bawal dan veil berwarna putih , manakala Raj mengenakan lengkap baju melayu,bersongkok dan bersampin berwarna putih mutiara sedondon dengan pengantin perempuan. 

"Aku terima nikah Nur Afiqa Ilyana Binti Aryan Hakimi dengan mas kahwinnya RM1000 ringgit tunai" lancar Raj mengucapkan lafaz akad nikah di hadapan tok kadi.

Tok kadi bertanya kepada saksi di tepinya,semuanya tersenyum mengatakan lafaz itu sah.Dan bergema ucapan amin dan tahniah dari ahli keluarga yang hadir dan hanya dengan sekali lafaz, Nur telah menjadi isteri kepada Raj atau nama islamnya Arif Selvararaj Abdullah.

Ketika upacara membatalkan air sembahyang, Raj terpandang kelibat Ratika yang mengenakan gaun kelabu di luar kediaman Dato Kadir yang turut hadir menyaksikan majlis pernikahan itu dengan wajah yang sugul. 

"This is the beginning Raj,I will sacrifice everything until you achieve what is belongs to you, only one year and u will be mine" terngiang-ngiang kata-kata Ratika di fikiran Raj sehingga Raj terpaksa tertunduk akur dengan paksaan Ratika yang menyuruhnya untuk mengahwini Nur.

Raj serba salah,masih keliru kenapa dia harus korbankan cinta kepada Ratika.Jauh disudut hatinya,timbul prasangka Raj terhadap Ratika.Adakah Ratika tulus menyintainya? Adakah harta milik bapanya yang diimpikan Ratika? Sesekali Raj merasakan Ratika yang seolah olah memandang hartanya dan bukan cintanya.

Wajah Nur ditatapnya , biji matanya yang berwarna coklat dan bibir munggil berona gincu merah jambu membuatkan pandangannya terkaku terus ke wajah isterinya itu. Raj menyarungkan sebentuk cincin emas dijari manis Nur sebelum gadis itu mencium tangannya.Raj kemudian mengucup dahi Nur sebagai tanda selesai acara membatalkan air sembahyang.

 Majlis itu diakhiri dengan doa kesyukuran dan jamuan makan buat tetamu yang hadir yang diadakan di halaman rumah.Lauk pauk disajikan memang kelas atasan. Selepas majlis tamat,tetamu mulai beransur pulang.

Nur dan Raj yang sejak dari awal tidak putus melayan tetamu kepenatan.Nur terlebih dahulu bergerak masuk ke bilik pengantinnya dan segera mencapai telefon bimbit , dilihatnya berpuluh pesanan masuk masuk ke dalam aplikasi Whatsaap mengucapkan tahniah. Walaupun ini adalah hari gembira,namun entah kenapa Nur terasa sebak.

Dr Nur hanya mengeluh,membaca satu persatu tanpa membalas sebarang mesej yang dibacanya.Tiada mesej dari Harman,sedikit membuatkan dirinya kecewa.Entah kenapa Nur ternantikan ucapan tahniah dari lelaki itu.

Setelah selesai membaca mesej,Nur segera mencapai tuala untuk mandi bagi menyegarkan kembali tubuh badannya yang melekit berpeluh. Sewaktu kakinya melangkah masuk ke dalam tandas biliknya, dia terdengar bunyi ketukan di luar biliknya diiringi bunyi pintu dikuak dari luar, Nur memandang Raj yang sedang masuk ke dalam biliknya.

Nur tidak mempedulikan Raj dan segera masuk ke bilik air untuk membersihkan diri.Tubuhnya terasa segar apabila disirami air dari pancuran itu. Selesai membersihkan diri, ketika kakinya menjejak keluar tandas, Nur teringat akan kehadiran Raj di biliknya sebentar tadi,lantas Nur bergegas keluar dan segera mencapai bajunya yang telah diletakkan di atas katil.

Nur memandang sekeliling dan Raj tiada kelihatan.Baru Nur sedari ketiadaan Raj,mungkin masuk memeriksa ke  mana dirinya berada,fikir Nur.Selesai menukar baju Nur duduk di atas katil.Wajahnya sugul dan ketika itu Raj yang kembali ke kamar Nur duduk dibibir katil memerhati kan Nur. 

Hampir menjerit Nur apabila kelibat Raj yang duduk dikatilnya, dia langsung tidak perasan kehadiran Raj disitu. 

"Sejak bila awak duduk situ? I thought you are outside," ujar Nur. 

Raj yang tidak bersuara hanya melihat kelakuan Nur sahaja,dia berasa sangat janggal berada disitu, Raj tidak tahu mahu kemana,ahli keluarganya sudah pulang.Rakan-rakannya tidak ramai hadir.Malahan tetamu yang lainnya bukanlah orang yang Raj kenali. 

Walaupun dia cuba untuk bergaul, tetapi dia tetap tidak biasa.Raj sudah biasa dikeliling rakan-rakan dari bangsanya sahaja.Akhirnya Raj membuat keputusan kembali ke bilik Nur kerana merasa kekok dan janggal. 

"I feel like I'm done here,I really need to move out from this house." ujar Raj memandang Nur.

 Nur terkejut mendengar ucapan Raj itu.Tidak sampai 24 jam sudah mahu pindah keluar.

"Are U serious?" Nur mahukan kepastian.

"Maybe we can stay in my apartment?. I'm not comfortable with the surrounding, like I am stranger here" jelas Raj.

Nur memahami keadaan Raj, kalau dia ditempat Raj pun dia akan berasa tidak selesa tanpa orang yang dikenali disisi.Malahan berlainan bangsa pula.

Nur hanya mengangguk.

"Maybe U right.maybe we should stay separately,I dont mind if you feel the same, i already have a house in Sri Pulai". jelas Nur.

Raj berpaling ke arah Nur dan menunjukkan riak wajah tidak setuju.

"No..we can't live separately.If my family come visited. They will suspect us..Anyway today i will go back to my house for house cleaning, and tomorrow get ready to move in my house, there seem easy for us to talk about this marriage there". ujar Raj bingkas bangun dari katil dan berlalu keluar.

 Nur terkebil-kebil mendengar kata-kata Raj.Ianya lebih kepada arahan yang perlu dipatuhinya.

Raj turun ke bawah,berbual mesra dengan ibu dan bapa mertuanya.Raj sempat meminta izin pulang dengan memberikan alasan ingin memastikan majlis resepsi di sebelah keluarganya berjalan lancar.Walaupun rasa agak janggal,namun Dato Kadir mengizinkan Raj pulang. 

Majlis itu akan diadakan 3 hari selepas majlis di rumah Dato Kadir,akan di Hotel Shangri-La berdekatan kediaman mewah keluarga Raj.Majlis yang dirancangkan menelan belanja puluhan ribu ringgit tetapi semuanya ditanggung oleh Datuk Rajagopal.

Nur menghempas tubuhnya dikatil empuk miliknya, bilik itu dihias rapi oleh Puan Faridah Bee, hiasan dari langsir, cadar dan set bilik tidur pengantin, semuanya ditukar dengan warna putih, sesuai dengan tema majlis pernikahan yang diatur. 

Terbayang di fikiran Nur,reaksi yang terpancar wajah gembira Dato Kadir dan Datin Faridah Bee ketika meraikan pernikahan puteri tunggal mereka. Tapi apakan daya, pernikahan ini hanya lakonan semata mata, hanya perkahwinan atas kertas yang menunggu setahun untuk tarikh luput.


HITAM & PUTIH WARNA KEHIDUPANWhere stories live. Discover now