HITAM & PUTIH 02

7.6K 107 8
                                    

DIALOG DI DALAM BAHASA TAMIL

"Kan dah banyak kali saya cakap..Saya tak nak.Saya tak nak kahwin dengan budak Melayu tu..kenapa masih nak paksa saya? " bentak Raj kuat.

Datuk Rajagopal yang duduk di sofa menyorot ganas matanya memandang anak lelaki keduanya itu meluahkan perasaan.

"Raj,dengar sini..Appa cuma minta kau berkorban untuk keluarga sedikit sahaja..Selama ini,apa kau minta dari Appa semua dia tunaikan..Takkan kau tak boleh nak bantu Appa sekarang?" soal Logan dengan rasa tidak puas hati dengan sikap adiknya itu.

"Abang,ini bukan masalah bantu ke apa.Ini soal masa depan aku.Aku boleh ikut semua yang Appa minta tapi bukan yang ini.Ini aku tak sanggup.Kenapa aku pulak kena buat? Kan kau yang paling taat,sepatutnya kau lah yang buat semua ni " ujar Raj kembali.

"Raj,kau cakap apa ni? Kau tak nampak ke aku dah kahwin sekarang.Mana boleh aku buat benda ni,kau tu bujang lagi.Aku rasa kau patut ikut cakap Appa,selama ini pun pernah Appa minta apa-apa dari kau?" soal Logan kembali.

"Abang,kau tahu tak kalau aku nak kahwin dengan budak tu,aku tak boleh paksa budak tu masuk agama Hindu.Undang-undang negara ni tak benarkan.Kau tahu tak? Kalau aku kena kahwin dengan dia,aku pulak yang kena tukar.Kau tau kan aku tak suka terikat dengan benda-benda macam ni.Lagi satu kau tau tak bila masuk agama dia nanti,orang lelaki kena potong kote? kau nak ke?" soal Raj.

Logan terkedu mendengar kata-kata adiknya.Benar seperti apa yang Raj terangkan.Mereka dibesarkan berpuluh tahun dalam agama Hindu,kepercayaan agama mereka sangat lain dan Logan akui bukan mudah untuk seseorang itu mengubah agama.

Namun Logan cuba membalas apa yang diberitahu Raj tadi dengan pendapatnya sendiri.Ada sahaja alasan dicipta oleh Logan untuk memaksa adiknya menuruti permintaan bapa mereka. Tapi semuanya tetap ditolak mentah-mentah oleh Raj.

Kedua adik beradik itu terus bertekak.Saling menyalahkan antara satu sama lain.Saling tuduh menuduh.Dari perkara kecil sehingga perkara besar.Dari hal remeh-temeh semasa zaman ramaj juga diungkit.Datuk Rajagopal hanya memerhatikan tingkah laku kedua beradik itu,anaknya hasil perkongsian hidup dengan bekas mendiang isterinya.

Hati Datuk Rajagopal terusik dan sakit melihat kedua anaknya itu terus bertekak.Dari hal perkahwinan Raj berlarutan ke hal lain yang sepatutnya tiada dalam perbincangan ini.Saling tuduh menuduh, ungkit mengungkit hal-hal yang tidak berkaitan dan hal yang sudah lama berlalu.

Datuk Rajagopal adalah bekas salah seorang wakil rakyat di kawasan itu.Beliau pernah menjadi ADUN selama 2 penggal disitu sebelum mengambil keputusan bersara selepas tewas dalam PRU yang lepas.Datuk Rajagopal tewas kepada calon yang lebih muda darinya dengan majoriti hampir 4000 undi.Satu tamparan besar buatnya setelah menjadi wakil rakyat disitu.Kerana itu Datuk Rajagopal bersara dari arean politik dan mahu menumpukan perhatian terhadap perniagaannya.

Datuk Rajagopal memiliki beberapa syarikat yang terlibat dalam bidang eksport dan import.Datuk Rajagopal juga mempunyai beberapa lot unit kedai yang disewakan sekitar kawasan itu.Semuanya kekayaannya mudah diperolehi sewaktu dirinya menjadi ahli politik.Rasuah,salah guna kuasa dan memakai kabel besar sudah sebati dengan dirinya. 

"Diam !! " jerit Datuk Rajagopal.

Lelaki tua bermisai lebat itu bangkit dari sofa,mengurut misainya.Rambutnya sudah hitam disulam uban putih,tanda penuan jelas terpancar di wajahnya yang mula berkedut.Datuk Rajagopal cuba menenangkan dirinya,nafasnya naik turun dengan kuat.

"Raj,dengar sini..Dengar apa yang Appa nak cakap" ujar Datuk Rajagopal.

Raj diam mengangguk.

"Dengar sini,Appa minta kau kahwin dengan budak Melayu tu sebab kau kena faham.Bapanya Dato Kadir tu my best friend since sekolah.Orang dia baik,family dia pun semua baik-baik.Dia pun ada bisnes yang bagus.Kalau anak dia kahwin dengan kau,kau pun akan dapat share dalam syarikatnya nanti." jelas Datuk Rajagopal.

"Tapi Appa,saya tak minat bisnes..Saya ni doktor" terang Raj.

"I know Raj..I know..tapi sampai bila kau nak ulang alik pergi balik ke hospital?sampai ke tua? nanti Appa tiada kau dan Logan kana take over company kita juga.Sekarang Appa sihat,bolehlah Appa urus..Masa depan nant,bila Appa tiada,siapa nak jaga?" soal Datuk Rajagopal semula kepada Raj.

" Itu biar masa saja tentuka,Appa" jawab Raj.

" Dengar sini Raj,harta Appa banyak sekarang.Kau dan Logan sahaja anak Appa.Asset Appa sekarang dah berjuta nilainya.Kalau kau tetap nak tolak permintaan Appa,fine. Appa akan buang nama kau dari senarai nama wasiat Appa" jelas Datuk Rajagopal.

Raj terdiam seribu bahasa mendengar kenyataan yang terkeluar dari mulut bapanya itu.

🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋🦋

Nur Afiqa Ilyana ternganga mendengar kata-kata dari ibu angkatnya itu.Wanita lewat 50-an itu sudah dianggap seperti ibu kandungnya sendiri walau dirinya sekadar anak angkat.

" Betul ke apa yang Nur dengar ni,Mama?" soal Nur.

Wanita itu mengangguk lemah.Sebenarnya wanita ini tidak sampai hati membenarkan puteri kesayangannya ini dinikahkan dengan lelaki berlainan bangsa dan agama,namun suami memujuk dan berkeras mahukan Nur berkahwin dengan pemuda itu yang juga merupakan anak sahabat baik sejak zaman sekolah.

" Nur, please..Mama tak tahu nak cakap apa lagi.Papa kau berharap sangat kau dapat tunaikan permintaan dia ini.Lagipun sejak kau duduk dengan kami,kami tak pernah minta apa-apa pun.Mama harap kau setuju.Mama merayu,Nur" ujar Datin Faridah Bee merayu kepada anak gadis yang dipeliharanya sejak dari kecil lagi.

Nur terdiam.Air matanya dirasakan mahu mengalir tetapi ditahannya sedaya upaya.Tidak mahu ianya terlihat oleh ibu angkatnya itu.Nur tidak sampai hati.Walaupun ibunya menyebut merayu,tapi bagi Nur ianya seumpama paksaan.

Terlintas di fikiran Nur satu pantun yang sangat popular sewaktu zaman sekolah rendah dahulu.

"Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati"

Terketar-ketar bibir Nur menjawab.

"Baiklah"

HITAM & PUTIH WARNA KEHIDUPANWhere stories live. Discover now