HITAM & PUTIH 01

11.3K 122 5
                                    

DIALOG DI DALAM BAHASA TAMIL

"Saya tak akan setuju..Kenapa nak paksa saya? Why you don't understand ? Damnit" 

Bentak Selvaraj lalu mematikan perbualan telefon bimbitnya seraya menghempas tubuhnya disisi Ratikadevi,kekasih hatinya.

Selvaraj ,atau dikalangan keluarga dan rakan-rakannya lebih selesa dipanggil Raj.Ratikadevi atau nama manjanya,Ratika segera memeluk lengan Raj dan menarik wajah Raj rapat kewajahnya.

"Baby, sabar lah..Jangan emosional sangat, just relax and calm..I kan ada dengan you sekarang.." rayu seorang gadis.

Wanita itu menghampiri wajah Raj yang masih masam mencuka.Dengan senyuman sinis wanita bernama Ratika tanpa segan silu mencium pipi Raj sambil mendekatkan lagi tubuhnya dengan tubuh lelaki itu.

Raj yang terang sang dengan belaian Ratika bertindak balas dan Ratika membiarkan pinggangnya dipeluk dan Raj yang mula mencium pipi dan lehernya.

Ratika tahu Raj amat menyayanginya, tetapi jika sanggup melepaskan harta warisan orang tua Raj semata mata kerana mahu menolak perkahwinan yang dirancang dirasakan sesuatu perbuatan yang sia-sia buat Raj.

"Raj..you kena sabar..You sendiri tahukan Appa macam mana.Jangan buat hal sekarang..Think about us ..Kita kan dah bincang hal ni." ujar Ratika.

Ratika merasakan sesuatu perlu dirancang agar dia dan Raj masih dapat bersama namun pada masa yang sama mereka dapat mewarisi harta Datuk Rajagopal jika beliau mati nanti.Otak Ratika asyik berfikir apakah rancangan yang sepatutnya mereka ambil.

"Heyyy.. I'm talking to you baby" rengek Ratika tergelak kecil  kerana geli dengan ciuman Raj di lehernya.

Ratika menjungkit bahunya dan menolak dada Raj agar ciuman Raj terhenti disitu.Raj turut teresengih dan berusaha untuk meneruskan perbuatan nakalnya.

"Can i have you tonight darling?" Raj berbisik ditelinga Ratika.

Ratika tersenyum "Not tonight baby,my shift tonight" Ratika sengaja mencium bibir Raj membuatkan Raj kembali memeluk kuat dirinya seolah tidak mahu melepaskannya.

Ratika membiarkan sahaja Raj memeluknya,bau tubuh badan Raj selalu menggoda jiwa Ratika.

Ratika merupakan Staff Nurse di Hospital Pakar Colombia bersama Raj,tetapi Raj hanya bekerja mengikut shift,jadualnya tidak menentu ada sebelah pagi,ada malam manakala Ratika perlu bekerja mengikut normal shift yang telah ditetapkan tetapi ada kala perlu hadir jika ada hal kecemasan.

Perkenalan Ratika dan Raj mula menerbitkan bibit-bibit cinta ketika Ratika ditugaskan untuk menjadi assistant nurse Raj yang merawat seorang pesakit tua yang menghidap penyakit buah pinggang tahap serius,seorang  lelaki lewat 50-an berbangsa india itu yang layak dipanggil bapa kepada mereka.Raj dan Ratika yang kerap merawatnya sudah menganggap lelaki yang dikenali dengan Muthusamy itu seperti bapa mereka di hospital itu.

Muthusamy sentiasa mengatakan bahawa Raj dan Ratika kelihatan secocok bersama sehingga wujud perasaan suka dan sayang antara mereka berdua.Raj dan Ratika tersenyum apabila diminta untuk bercinta.Muthusamy hidup sendirian,sehinggakan pada saat akhir hayat terakhirnya dihembus hanya ditemani Raj dan Ratika.

Sejak itu hubungan mereka menjadi cukup rapat sehinggakan mereka pernah terlanjur beberapa kali di hospital,di dalam pejabat Raj dan juga dirumah sewa Raj.Mereka tinggal bersama seolah seperti pasangan suami isteri.Raj juga berjanji mahu melamar Ratika dan mereka berdua ingin mendirikan rumahtangga.

Tetapi dalam diam,hubungan mereka disedari oleh bapa Raj,Datuk Rajagopal.Hubungan mereka itu tidak mendapat keizinan Datuk Rajagopal yang merasakan Ratika tidak sekufu dengan taraf keluarganya.

Datuk Rajagopal begitu berang dan tidak merestui hubungan Raj kerana Raj masih meneruskan hubungan dengan Ratika walaupun banyak kali ditegur dan ditentang.Datuk Rajagopal memberikan amaran kepada Ratika bahawa beliau tidak akan sekali -kali bersetuju jika mereka berdua mahu berkahwin.

Keadaan itu mewujudkan pertelingkahan antara Raj dan Datuk Rajagopal,mengeruhkan lagi  hubungan mereka sebenarnya telah awal lagi retak sewaktu Datuk Rajagopal mahu memperisterikan seorang doktor wanita.Namaya ialah Dr. Charusmita dan hanya lebih tua 5 tahun usianya dari Raj. 

Ditambah pula ketika itu,ibunya baru 6 bulan meninggal dunia,jadi Raj memang tidak bersetuju dengan perkahwinan bapanya namun bapanya tetap berkeras mahu berkahwin lain.Perkahwinan baru Datuk Rajagopal ternyata mendatangkan perbalahan antara dua beranak itu.

Abang sulung Raj,Loganathan atau Logan,sebaliknya menyokong tindakan bapanya berkahwin lain manakala Raj tetap dengan keputusannya membantah.Raj merasakan bapanya tidak tidak menghormati mendiang Datin Reshnu.Raj yang terkesan dengan kehilangan ibunya terus menganggap bapanya cepat lupa diri.

Logan banyak kali meminta Raj bersabar dan belajar menerima keputusan bapanya.Logan mahu Raj berlapang dada menerima kehadiran ibu tiri dalam kehidupan mereka,memandangkan bapa mereka sudahpun lanjut usia.Namun Raj tetap membantah sehinggakan Logan kehilangan kata-kata.Setiap teguran dari Logan,ada sahaja jawapan balas dari Raj. 

Raj sekalipun tidak pernah memanggil ibu mudanya itu dengan pangilan Amma, walaupun Dr. Charusmita menggelar dirinya Amma kepada Raj. Raj merasakan Dr. Charusmita hanya mahukan harta ayahnya berbanding menjadi isteri yang baik kepada Datuk Rajagopal.Jarak usia 30 tahun dilihat terlalu besar antara Datuk Rajagopal dan isteri barunya membuatkan Raj merasakan ibu tirinya hanya berminat dengan harta bapanya sahaja. 

Sejak itu Raj mula menjauhkan dirinya daripada Datuk Rajagopal dan Dr. Charusmita dengan membawa haluan diri berseorangan sehinggalah dirinya terjumpa dengan Ratika yang mula membuatkan Raj lupa tentang kesulitan dan kesunyian hidupnya. 

Perasaan sayang itu sentiasa mekar apabila melihat betapa tabahnya Ratika dengan kata-kata hinaan dan makian daripada Datuk Rajagopal terhadap kekasihnya selama mereka tinggal bersama.




HITAM & PUTIH WARNA KEHIDUPANWhere stories live. Discover now