Malam itu, Raj pulang ke rumah Ratika tanpa senyuman, niatnya untuk pulang sebentar petang tadi mengambil beberapa pasang baju di rumahnya lalu keluar dengan segara tidak kesampaian setelah apa yang dilihatnya petang itu.Raj tidak menyangka Nur akan berpakaian seksi sebegitu ketika berada di rumah bersendirian.Raj mengambil keputusan untuk berada lebih lama dirumahnya namun kesal kerana Nur tetap tidak menampilkan diri,tidak langsung melangkah keluar dari biliknya.
Sengaja Raj memasang kuat suara di televisyen diruang tamu, dengan niat menggangu Nur.Kebiasaanya Nur akan segera keluar bilik dan menegur Raj memintanya memperlahankan suara sebelum kembali ke kamarnya namun tidak kali ini.
Melihat Nur tidak memberi reaksi terhadapnya,Raj mengalah dan hampa.Segera Raj mengambil beberapa barangnya lalu kembali menuju ke rumah sewa Ratika.Kini apabila berada di rumah Ratika,entah kenapa Raj mulai merasakan rindu apabila terbayangkan kelibat isterinya.
"Do i really miss her or I just want her body?" getus Raj sendiri.
Ratika yang hairan melihat kekasihnya mundar-mandir segera menepuk pinggul Raj dan memeluk Raj.
"Whats up baby? You seem upset? Did i miss something?" pujuk Ratika.
Raj yang mengelamun membalas pelukan Ratika, ditenungnya wajah kekasihnya itu,perasaannya keliru. Keliru dengan dorongan hatinya yang kini berbelah bagi dengan perhubungannya dengan Ratika kekasih gelapnya dan isterinya yang sah, Nur.
Raj amat mencintai Ratika, tetapi sejak hari pertama pernikahannya jiwanya terasa kosong, dia seperti hanya melampiaskan nafsu terhadap Ratika tanpa wujud rasa cinta di dalam hatinya seperti awal perkenalan mereka dahulu.
Sebelum ini,Raj menjalani hidup melakukan maksiat tanpa sebarang larangan kerana kerana dirinya adalah seorang kafir.Raj sangat seronok,hanyut dalam kehidupannya yang bebas tanpa pegangan agama.Judi, seks bebas,minum arak sudah sebati dengan dirinya.
Kehadiran Ratika menyebabkan Raj sentiasa kalah bila diulit kekasihnya itu, lebih lebih lagi bila batangnya dibelai rakus oleh Ratika.
******************************************************************************
Masa berlalu,hari silih berganti.Perayaan Raya Deepavali sudah hampir tiba, Dato Rajagopal awal-awal lagi telah menghubungi menantunya,Nur agar turut sama dapat hadir merayakannya.
Dato Rajagopal juga memohon kepada Nur supaya dapat hadir awal kerumahnya untuk membantu ibu mertuanya Dr. Charusmita membuat persiapan, lebih-lebih lagi sehari sebelum hari perayaan, mereka akan mengadakan sembahyang memperingati mendiang ibu Raj, Datin Reshnu.
Maka terlalu banyak kerja yang perlu diatur bagi memastikan majlis sambutan Deepavali pada tahun ini lancar dan disambut meriah oleh mereka sekeluarga.
Walaupun sudah lanjut usia,Dato Rajagopal masih gagah dan mampu memberi zuriat.Hasil perkahwinan dengan Dr Charusmita, mereka dikurniakan 2 orang anak,seorang perempuan dan seorang lelaki, tetapi kerana umur mereka yang masih kecil,Dr Charusmita tidak sampai hati mereka membuat itu dan ini.
Nur akur dengan permintaan Dato Rajagopal.
Sebelum tiba perayaan Deepavali ,Nur menghantar pesanan teks ringkas kepada Raj untuk memaklumkan tentang permintaan bapa Raj.Nur meminta izin untuk tidur di rumah mertuanya memandangkan Dr Charusmita sendiri meminta Nur untuk bermalam sahaja disitu bagi memudahkan urusan sebelum majlis dan perayaan bermula.
Walaupun pesanannya tidak dibalas , Nur yakin Raj akan tetap membacanya dan mengizinkan dirinya bermalam disana memandangkan ini adalah sambutan Deepavali pertama mereka bersama setelah perkahwinan mereka.
Hampir dua hari Nur bermalam disana, suasana agak meriah kerana Dr Charusmita dan Dato Rajagopal bersama sama memastikan rumah mereka dihias cantik.Lampu pelita dihiasi sekeliling rumah. Sesekali lagu rancak Tamil dan Hindustan dimainkan, segala kuih muih seperti maruku dan laddu juga mula disediakan, berserta banyak lagi manisan lain yang disediakan.
Nur kerap membantu Dr Charusmita dalam menyiapkan hiasan dan hidangan sambil dibantu oleh beberapa orang yang diupah.Dr Charusmita pula tidak lokek berbual tentang diri dan keluarganya.Kadangkala Dr Charusmita berbual mengenai hal dunia perubatan.Adakala nasihat tentang kehidupan diselitkan.
Pengalaman berkahwin dengan bangsa berlainan benar-benar membuka latu lembaran baru buat Nur,perkahwinan antara 2 bangsa berbeza adat esam dan budaya yang jarang-jarang berlaku ini juga memberikan satu ruang baru buat Nur untuk memahami tentang adat dan agama bangsa lainnya berbanding adat dan agamanya.
Dengan keramahan keluarga mertuanya, Nur tidak berasa janggal berada disitu, malahan menghormati agama mereka dan menerima sahaja adat yang dibawakan selagi tidak bertentang dengan akidah dan adat orang Melayu.
Malam itu seperti biasa Nur akan tidur di bilik atas,bilik milik Raj sewaktu zaman bujang remaja bersebelahan bilik bacaan di tingkat atas.Bilik Raj yang paling hujung sekali di tingkat atas itu diubahsuai dijadikan bilik untuk Raj dan isterinya jika mereka balik bermalam disitu.
Setelah seharian bertungkus lumus,bermandi peluh dalam menyiapkan pelbagai urusan sebelum perayaan Deepavali, Nur yang letih berpeluh segera ke bilik itu untuk membersihkan diri.
Setelah mandi menyegarkan tubuh badannya, Nur merebahkan diri di atas katil setelah memakai baju tidur berkain satin berwarna hitam, dengan berbalutkan selimut tebal berwarna merah saga, Nur terlena setelah letih dengan segala pekerjaan yang telah dilakukan bersama ibu mertuanya.
***********************************************************************************************
Nur terjaga dari tidur apabila mendengar bunyi kaki berjalan di lantai koridor atas, lampu dibirai katilnya sudah terpadam, mungkin Dr Charusmita yang memadamnya, fikir hati Nur.
Nur bangun dan duduk dibibir katil,membetulkan rambutnya yang kusut memeriksa dirinya,Nur kaget,Nur melihat butang baju tidurnya terbuka dan cepat-cepat Nur membetulkan butang bajunya,hampir menampakkan pangkal buah dada montoknya.Bimbang jika ada orang lain masuk ke bilik itu.
Merasakan semuanya sudah baik,Nur kembali berbaring di tengah tengah katil, bunyi hentakan kaki kembali lagi, entah kenapa Nur merasakan seperti ada kehadiran orang lain dibilik itu.Adakah itu Dr Charusmita lagi? soal Nur di dalam hatinya lagi.
Nur bangun bergerak ke birai katil dan membuka lampu meja.Cahaya dari lampu neon yang berwarna jingga menyala namun sekadar membolehkan Nur melihat.Nur terperanjat melihat kehadiran seseorang di dalam bilik itu.
Seorang lelaki yang hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju berjalan ke arahnya,Nur segera menutup badannya dengan selimut.Tidak disangka Nur akan kehadiran Raj dibilik itu. Raj dengan tanpa rasa bersalah mendekatinya dan mula duduk di katil yang sama. Nur terasa janggal dan pelik apabila Raj merebahkan tubuhnya diatas katil dengan hanya memakai seluar pendek tanpa berbaju.
Raj menoleh memerhatikan air wajah Nur yang berubah cuak dengan kehadirannya.
" My father want me to stay here and assist them too, they will be shock and weird if see me sleep outside or in sofa, so I hope you don't mind to share bed with me until Deepavali". ujar Raj seakan dapat membaca persoalan yang bermain main difikiran Nur.
Nur seperti sedikit terganggu dengan kenyataan yang datang dari mulut Raj, maklumlah mereka memang tidak pernah tidur sekatil, inikan pula tidur dalam keadaan separuh berbogel.
"I dont mind if you wear anything , i will never cause a scene because we had the deal, i hope you can relax yourself and please switch off the lamp". balas Nur pula.
Raj terus berbaring menghadap pintu bilik yang bertentangan dengan Nur. Dia memberikan isyarat agar Nur kembali menutup lampu neon di birai katil. Kata kata Raj itu sedikit sebanyak melegakan hati Nur dan pada masa yang sama menimbulkan geram, entah kenapa rasa mahu sahaja ditinju sahaja muka Raj dengan kata-katanya itu yang acuh tak acuh itu.
Nur kembali berani melabuhkan punggung di atas katil yang sama, dia mula berbaring menghadap tirai yang juga bertentangan dengan tubuh Raj, selimut baldu ditarik erat agar menutup tubuhnya.
Nur terus terlelap tanpa memgendahkan kehadiran Raj disisi. Tetapi, lain pula dengan Raj yang dilihat gusar berbanding tadi, dia cuba melelapkan mata tapi seakan tidak berdaya.
YOU ARE READING
HITAM & PUTIH WARNA KEHIDUPAN
SpiritualSebuah karya asal dari penulis akupendosa(yang terlupa password Wattpad) .Jalan cerita diolah semula bagi merancakkan lagi jalan cerita. Kerana engkau isteri Ku ingin kau mengerti bahawa hidup ini Tak semudah yang kita janjikan Yang kita janjikan Ke...