1 ♡

20 3 0
                                    

Eliana pov

" Lyna .. Kita mandi dulu sayang. Lepas tu mama suapkan ubat," tanpa memandang, aku memujuk Lyna yang sudah dua hari demam. Tangan aku pantas mengambil kain tuala. Saat aku berpaling memandangnya, terus aku tergamam. Tuala yang ada di tangan terjatuh ke lantai. Tubuh Lyna menggigil dan tegang. Mata ke atas, mulut berbuih. Aku menerpa, panik. Air mata entah bila merambu keluar. Lyna aku ambil dan dukung keluar bilik. Dalam keadaan panik, hanya perkataan hospital terlintas dalam benakku. Tudung, aku capai dengan tangan kiri. Beg dan kunci kereta aku sambar tanpa melihat. Tubuh Lyna terus menggigil tanpa henti. Terasa membahang panas. Dalam takut dan panik, aku berlari keluar menuju ke kereta dan memecut laju ke hospital.

Kereta dibrek mengejut di hadapan unit kecemasan. Aku turun dan terus membuka pintu sebelah penumpang dalam suara serak dan wajah bekas air mata, Lyna aku dukung erat.

" Kenapa puan? " Petugas di bahagian kecemasan menyoalku. Matanya memandang Lyna di dalam pelukan.

" Lyna de.. demam..! Tadi, badan dia tiba - tiba menggigil dan mata terbeliak ke atas, " sedaya upaya kucuba terangkan keadaan sebenar. Badanku menggigil. Entah bila Lyna diambil dari pelukanku.

" Tenang puan. Puan pergi parking kereta dulu dan datang ke zon kuning. "

" Tapi... "

" Kami jaga dan berikan rawatan. Puan parking kereta dulu kemudian datang ke sini. "

Mendengar pujukan petugas kecemasan itu, aku cuba bertenang. Menarik nafas dan berusaha memanggil kembali semangatku. Aku angguk dan senyum risau. Lyna terpaksa aku tinggalkan di dalam jagaan mereka.

10 minit kemudian aku kembali ke bahagian kecemasan dan terus ke zon kuning . Pintu ditolak dan tangisan nyaring Lyna kedengaran. Aku cepatkan langkah mendekati Lyna yang sedang dikerumuni oleh 3 orang perugas kecemasan.

" Mamaaa...! Mamaaaa..! " serak dan pilu. Meronta dalam lemah.

" Mama ada dekat sini sayang." Tangan kecil Lyna aku pegang dan kepalanya ku usap.

" Anak puan dah berapa hari demam? Suhu dia tadi 40°C . Kami dah masukkan ubat dan air. Sebelum ni, dia demam, kena sawan jugak ke? " Soalan bertalu - talu ku jawab dengan gelengan. Mulut terasa kering. Rasa risau dan takut menakluki hati.

" Hari ni hari kedua. Saya bagi ubat demam biasa. Check suhu dia tak lebih daripada 38°C . Dia pun aktif macam biasa. Makan minum ok. Tapi tiba - tiba sebelum Maghrib tadi, dia kejang masa saya nak mandikan," jawabku.

" Berapa lama dia kejang tu, macam mana keadaan dia ketika tu?"

" Saya tak pasti. Tak sampai 5 minit kot. Sebab saya terus angkat dia ,bawa dia ke sini. Tangan, kaki keras dan tegang. Tangan merengkok. Kaki pun sama."

Dan macam - macam soalan lagi yang mereka tanya. Aku jawab sekadar yang termampu. Lyna pula tidak mau duduk atas katil. Dia mau didukung. Tangan nya kuat memelukku seolah - olah takut aku meninggalkannya.

" Suami puan mana? Anak puan kena masuk wad untuk pemantauan. Jadi kena uruskan pendaftaran masuk wad di kaunter 1," jelas pembantu perubatan itu.

Aku diam. Lyna masih kuat memelukku. Saat ini hatiku luluh. Rasa tak terdaya, dengan Lyna yang sakit dan urusan yang perlu aku uruskan. Lyna seolah - olah faham yang aku kena tinggalkan dia sekejap. Semakin erat dia memaut tubuhku.

Faham dengan keadaanku, pembantu itu bersuara " puan bagi saya mykid dan duit RM1, saya tolong uruskan."

Terkebil - kebil aku memandangnya seketika, sebelum tanganku menggagau ke dalam beg mencari mykid dan duit.

" Terima kasih. " Suara kukawal. Cuba menahan sebak di dada

✧・゚: *✧・゚:*

Pukul 12 tengah malam Lyna dibawa ke wad. Dia masih tak melepaskan aku. Ketika nurse mahu mengambilnya, Lyna meraung kuat dan tak mau melepaskan pegangannya. Nurse itu mengalah. Belakang Lyna ditepuk lembut , memujuk.

" Nurse nak timbang berat dan tinggi je, bukan nak ambil dia pun. Tak nak lepas langsung dari mama dia. Kesian mama, penat dukung adik," pujuk nurse itu.

Aku senyum mendengarnya. Dalam masa yang sama, aku turut berbisik memujuk Lyna agar mendengar cakap nurse itu. Lyna geleng lemah. Pautan dileherku tidak dilepaskan malah semakin kuat. Aku berasa tercekik.

" Lyna, tercekik mama ni!" Tangannya cuba aku leraikan. Leher aku terasa sakit. Dalam sakit pun,tenaganya kuat.

" Lyna lepas kejap je, mama tak tinggal. Nanti mama dukung balik," pujukku sekali lagi. Lyna tetap geleng kepala.

" Kenapa ni?" Suara garau penuh prihatin menegur dari belakang. Aku berpaling dengan Lyna masih lagi dalam dukungan ku. Proses mengambil timbangan berat dan tinggi tersangkut lagi. Seorang lelaki kurus berbaju biru gelap, berkulit putih dan berkaca mata menghampiri kami.

" Adik ni tak nak lepas mama dia, doktor. Tak boleh nak timbang berat dan ukur tinggi lagi ni. Kesian mamanya," adu nurse yang sedari tadi memujuk Lyna.

Terasa mata doktor memanah ke arahku, aku tunduk berbisik di telinga Lyna. Memujuknya supaya mendengar cakap nurse. Namun Lyna tetap degil. Masih lagi menyembunyikan wajahnya di celah leherku. Tak ingin langsung orang lain menyentuhnya.

" Adik.. Doktor ada choki choki, nak tak?" Umpan doktor lelaki itu.

Aku sempat pandang namanya di dada . Han. Doktor Han. Aku kulum senyum. Aku biarkan Doktor Han memujuk Lyna pula. Hatiku resah dan berdebar. Kedudukan kami agak rapat. Aku perasan nurse senyum - senyum memandang kami.

"Doktor Han pujuk, siapa tak terpujuk," usik nurse. Mungkin dah terbiasa dengan cara pujukan dan layanan Doktor Han. Nurse tadi beredar menguruskan seorang lagi pesakit cilik yang dibawa ke wad.

" Nak choki choki ni tak? Yang ni last doktor ada. Tak nak, doktor bagi jat baby ni."

" Baby mana boleh makan choki choki lagi. Tal ada gigi," Lyna bersuara lemah. Sempat lagi Lyna membalas kata - kata doktor lelaki itu. Takut sangat tak dapat choki choki. Bila dah keluar suara tu, berarti pujukan Doktor Han berhasil. Hati aku lega bila pautan tangan Lyna di leher melonggar.

Doktor Han senyum apabila melihat Lyna mengangkat muka dari celah leherku. Mata digosok - gosok. Aku usap kepala Lyna. Kebiasaannya, kalau demam, Lyna akan jadi dua kali ganda manjanya.

" Kita timbang berat dan ukur tinggi dulu. Nanti baru doktor bagi choki choki ni. " Sengaja Doktor Han tunjuk dan kemudian simpan choki - choki di dalam poket bajunya.

Tangan dihulurkan untuk mengambil Lyna. Tanpa sebarang gesaan, Lyna menyambuy huluran itu dan berpindah ke dalam dukungan Doktor Han. Aku memandang mereka dengan bibir digigit sedikit kuat. Menahan sebak yang mencengkam dada. Teringatkan bekas suamiku. Tapi tak ada didalam ingatan ini, layanan penuh kasih sayang daripadanya. Lyna tak pernah merasai belaian kasih abahnya.

Cekap Doktor Han menguruskan Lyna. Aku hanya mengikut mereka bila nurse menunjukkan katil Lyna. Doktor Han meletakkan Lyna dan mula melakukan pemeriksaan rutin. Lyna diam, tidak meragam lagi. Di tangan nya ada choki choki. Hatiku lega.

Selepas melakukan pemeriksaan tindak balas saraf , Doktor Han memujuk dan menidurkan Lyna. Dalam masa yang sama, seorang doktor pelatih datang menghampiri kami, membawa laptop. Dia bagaikan sudah biasa dengan kelakuan Doktor Han. Lyna sudah lena. Doktor Han mula menyoal aku. Soalan yang sama ditanyakan ketika di bahagian kecemasan tadi. Aku mengulangi jawapannya sekali lagi. Doktor pelatih itu pula mencatat maklumat setiap maklumat yang aku berikan.

" Kita akan pantau 24 jam. Kalau tak ada sawan lagi dan tak demam, kita akan benarkan balik." Aku angguk faham. Hati terasa lega. Lebih - lebih lagi melihatkan Lyna sudah tidur pulas.

" Terima kasih doktor " Doktor Han angguk. " Sama - sama ." Senyumannya iklas dan manis.

✧・゚: *✧・゚:*

Maaf jika ada typo atau pun tersalah bahasa atau lain" .

𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾Where stories live. Discover now