Doktor Han pov
Aku sengaja berlegar - legar di hadapan lif, seolah- olah menunggu lif untuk turun. Padahal aku sedang menunggu seseorang. Sebulan sudah berlalu, namun tidak ada tanda - tanda mama Lyna mahu menghubungiku. Jadi, aku mulakan langkah pertama hari ini. Aku selalu mengintai Lyna setiap lagi off day. Kak Nani pula sporting, macam tahu- tahu sahaja aku rindukan Lyna, jadi dia akan membawa Lyna ke kolam setiap petang. Kali ini aku tidak mahu mengintai lagi. Aku mahu berdepan dengan Lyna. Mahu menjerat Lyna masuk ke dalam jerat kasihku.
Ting! Pintu lif terbuka. Aku angkat muka dan pandang ke dalam lif. Lyna melangkah keluar sendirian. Aku senyum. Lyna anak yang bijak dan pandai berdikari.
"Lyna?" Tegurku seolah- olah terkejut.
" Uncle doktor!!" Jerit Lyna , terkejut. Tentu tak menyangka terjumpa aku di sini.
Laju dia berlari memelukku. Aku angkat dan dukung tubuh kecilnya. Ciuman hinggap di pipiku bertalu- talu. Aku ketawa terharu. Leherku dipeluk erat. Aku juga memeluk erat tubuh kecil itu. Senyum melebar, tidak mampu lagi aku lindungi perasan sendiri.
Kulihat Kak Nani yang berdiri di pintu rumahnya, manguis - nguis birai matanya. Terharu melihat gelagat kami.
" I miss you sooo much uncle," luah si kecil itu.
" I miss you too" aku balas balik. Pipinya menjadi sasaran bibirku. Lyna ketawa mengekek.
"Lyna dah cakap dah kat mama, uncle mesti rindukan Lyna juga. Tapi mama tak nak percaya. Mama marah Niny lagi Kata jangan sebut dah pasal uncle .Uncle sibuk dan dah lupakan Lyna!" Tidak menyempat-nyempat, Lyna terus mengadu perihal mamanya. Jelas nada suaranya tidak hati puas
Aku gosok kepalanya. Aku sudah dapat mengagak, tidak semudah itu mama Lyna akan menerima lamaran aku Tapi tunggu, tak lama lagi dia akan terima juga
"Uncle faham Jadi Lyna kena rahsiakan dulu pertemuan kita, jangan beritahu mama"
Laju Lyna angguk.
"Uncle tak kerja ke?"
"Uncle cuti hari ni. Nak swimming dengan uncle tak?"
"Naaak!"
Kak Nani senyum.
"Saya bawa Niny swimming sekejap kak Nanti tengah hari saya hantar."
"Iyalah. Lyna jangan nakal-nakal."
Lyna angguk. "Tapi kalau nakal sikit tak pe kan?" Polos Lyna bertanya. Aku ketawa. Kepalanya aku usap. Rinduku terubat.
✧・゚: *✧・゚:*
Lyna pov
"Mama hantarkan."
Aku geleng kepala "Tak payahlah mama Lyna dah besar Dah pandai baca dan menulis Dah pandai naik turun lif sendiri. Lagi pun rumah ibu 2 tingkat atas je Lyna tahulah " Tanganku bercekak pinggang Yakın diri. Aku boleh jaga diri Lagipun apartment ini ada pak cik guard Selamat! Orang jahat mana boleh masuk dalam bangunan ini
"Mama risau, takut Lyna silap tingkat je "
"Mana ada pernah silap Mana ada?" Aku tak pernah silap tapi Mama yang pernah tersilap tekan sampaikan terlepas tingkat 7, rumah ibu.
Mama mengeluh dan menggeleng kepala Aku tahu mama sudah mula mengalah, membenarkan aku pergi sendirian. Aku terus senyum lebar Mendepangkan tanganku dan memeluk tubuh mama Mama cium ubun-ubunku Walaupun semalam mama marah aku sebab bertanyakan uncle doktor, aku tidak sampai hati hendak merajuk lama -lama. Kasihan mama Aku tahu, mama curi-curi menangis ketika aku tidur malam tadi
Aku tak fahamlah hati mama ni. Aku tanya uncle doktor je, berapi muka mama Selepas itu, diam-diam menangis. Adakah mama pun rindu uncle doktor juga?
Pelukan aku lepaskan Aku mendongak pandang mama.
Senyuman mama manis. Aku senyum kembali.
"Cepat pergi Ibu tengah tunggu tu Mama dah whatsapp ibu."
"Baik mama. Mama bawak kereta elok-elok tau! Nanti balik, belikan Lyna gula-gula," pesanku sambil sengih tunjukkan gigi susu yang tersusun cantik. Aku banyak makan gula-gula pun, gigi tetap cantik sebab aku gosok gigi 2 kali sehari
Mama geleng kepala "Semalam mama dah beli. Hari ni nak lagi? Nanti rosak gigi Niny"
"Mana ada. Orang gosok setiap harilah Mana ada rosak. Aku bangkang balik. Tak puas hati.
"Budak-budak tak boleh makan gula-gula selalu."
"Boleh Tengok ni!" Aku senyum manis nampak gigi.
Mama tengok aku sampai bertaut keningnya
"Manis tak senyuman Lyna"
Mama angguk
"Sebab Lyna makan gula-gulalah, sebab itu senyuman Lyna jadi manis!" Aku sengih gedik sambil kenyit mata.
Mama ketawa dan gosok kepala aku.
"Okey, Lyna betul Mama salah. Petang nanti mama belikan gula-gula."
"Yeah! Thank you mama,Sayang mama Muaah!!!"
Terus aku berlari masuk ke dalam lif yang kebetulan terbuka Aku lambai mama sampai pintu lif tertutup rapat. Aku senyum suka.
Ting!
Pintu lif terbuka dan aku terus keluar. Dan langkahku terhenti Mata tunak memandang sekujur tubuh tinggi di hadapanku. Senyum menyambutku.
"Uncle doktor!!!" Jeritku dan terus berlari memeluknya "I miss you sooo much," ucapku sambil tangan mem erat leher uncle doktor
"I miss you too, "balas uncle doktor.
Aku jarakkan wajah dan tak berkelip memandangn uncle doktor Macam tak percaya, aku jumpa lagi dengan uncle doktor Semalam baru mama marahkan aku selalu bertanyakan uncle doktor Uncle doktor sibuk dan tak ingatkan aku lagi
"Uncle ingat Lyna? Rindukan Lyna?"
Uncle doktor angguk. "Iya...setiap hari uncle ingatkan Lyna"
"Tapi mama kata uncle sibuk. Dah lupakan Lyna." beritahuku dengan suara perlahan. Sampai hati mama tipu Lyna
"Mama tak tahu." Aku diam.
"Mama tak tahu tapi mama boleh saja telefon uncle, tanyakan?" Balasku tak puas hati.
Dalam masa yang sama aku perasan ibu di muka pintu rumahnya memandang kami sambil tersenyum.
"Ibu, inilah uncle doktor yang Lyna cerita tu. Hencem tak?"
"Laa Iya ke? Handsome" balas ibu sambil senyum. Tapi tidak pula ibu nampak terkejut
"Ibu dah kenal uncle doktor ke?"
"Lama dah ibu kenal Uncle doktor tinggal sebelah rumah ibu ni "
Aku pandang ibu, kemudian uncle doktor.
"Kenapa ibu tak cakap??" Rajukku. Sampai hati ibu. "Laaa, Lyna yang tak tanya ibu kenal ke tak uncle doktor"
Terus aku terdiam. Tapi aku tetap berada dalam dukungan uncle doktor Uncle doktor diam sahaja mendengar aku berbual dengan ibu. Aku rasa macam tak nak tinggalkan uncle doktor lagi.
"Nak swimming dengan uncle tak?" Tiba-tiba uncle
doktor bertanya.
"Naaak!" Aku balas suka. Tentulah hendak
Kemudian aku dengar uncle doktor bercakap dengan ibu
"Saya bawa Lyna swimming sekejap kak Nanti tengah hari saya hantar"
✧・゚: *✧・゚:*
YOU ARE READING
𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾
FanfictionLyna : kanak - kanak yang aktif dan cerdik. Tiba - tiba demam sawan membuat mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad , Lyna berkenalan dengan Doktor Han, Doktor pediatrik yang bertugas di...