Eliana pov" Pagi ni Lyna dah boleh keluar. Tapi kalau demam sawan lagi, kena terus ke hospital," ujar Doktor Fatin.
Aku senyum lega mendengarnya. Tapi lain pula dengan Lyna, dengar sahaja doktor cakap dia boleh balik, wajah Lyna terus mendung. Dia tunduk bermain dengan hujung bajunya. Memang tabiat dia, bila merajuk ataupun tak suka sesuatu.
Aku menarik nafas panjang. Lyna, semakin besar , semakin banyak perangai baru. Aku pula sudah hendak naik malu hendak tinggal lama - lama di wad ini. Sebab Lyna juga.
" Kenapa ni? Lyna tak nak balik ke?" Tanya Doktor Fatin apabila dia perasan perubahan Lyna.
Lyna geleng kepala. Wajah semakin menunduk. Aku yakin sekejap lagi wad ini akan banjir air mata.
" Uncle doktor dah tak sukakan Lyna ke? Dia tak datang pun rawat Lyna." Balas Lyna, tercebik - cebik mulutnya. Matanya sudah berair. Kemudian dia baring meniarap, menekup wajah ke bantal dan menangis.
Terasa wajahku sudah bertukar warna hijau. Lyna tak teragak - agak tunjuk perangai ' comelnya ' pada semua orang. Aku ketap bibir.
" Lyna.. Boleh tak behave sikit. Jangan buat perangai malukan mama!" Aku tunduk berbisik. Mengawal nada suara agar hanya dia sahaja yang dengar. Kalau ikutkan hati, mahu sahaja kucubit - cubit paha Lyna.
" Adalah uncle doktor datang malam tadi, tapi Lyna dah tidur, kan?" Nurse yang menemani Doktor Fatin bersuara.
" Uncle doktor tu siapa?" Tanya Doktor Fatin. Pelik pula mendengarkan nya. Dia berkerut kening.
" Doktor Han, doktor!" Nurse Lisa tolong jawabkan sambil tersenyum - senyum.
" Ohh.. I know.." Balas Doktor Fatin sambil angguk penuh makna. Ada senyuman nipis di bibirnya.
Aku pula, tak usah cakap lah, wajah sudah macam chameleon. Setiap detik bertukar warna. Semuanya gara - gara Lyna dan uncle doktor tu.
" Sekejap ye, doktor call uncle doktor Lyna." Ujar Doktor Fatin sambil mengeluarkan phone dari beg sandangnya.
" Eh! Tak apa doktor. Lyna ni mengada - ngada. Sekejap lagi dia ok lah. Tak perlu kacau Doktor Han."
Aku cepat - cepat menghalangnya, takut lagi panjang salah faham nanti.
" Tak apa, tak apa. Doktor Han walaupun cuti, sentiasa on kalau bab patient. "
Dengar sahaja Doktor Fatin hendak call Doktor Han, terus Lyna berhenti menangis dan mengesat air mata dengan belakang tapak tangan nya. Elok dia bangun dan duduk bersila dengan mata penuh berharap, memandang Doktor Fatin. Aku, apa lagi, terpaksa gigit bibir menahan rasa geram yang semakin membuak - buak dalam hati.
" Han, you kat mana?"
" Oh, ok." Talian terputus dan ketika itu juga Doktor Han muncul di muka pintu bilik medikal 1.
Doktor Fatin pandang Doktor Han penuh makna. Doktor Han pula macam langsung tidak kisahkan renungan rakan sejawatnya . Dia terus melangkah mendekati kami. Doktor Han segak berkemeja biru lembut dan memakai tali leher.
" Jadi tak lama lagi lah eh?" Bisik Doktor Fatin.
" Kita sama - sama doakan doktor. Dah lama sangat membujang tu," balas nurse, mengusik.
Aku pula buat - buat tak dengar. Tak ingin ambil tahu apa yang sedang mereka sibuk bualkan. Sibuk memujuk Lyna.
" Bukan you off day ke hari ni?" Tegur Doktor Fatin.
" I tukar dengan Wong. Dia ada hal," balas Doktor Han.
Nampak saja Doktor Han, Lyna terus bangun.
" uncle doktor..." Nyaring suara Lyna memanggilnya. Siap didepangkan tangan minta didukung.
YOU ARE READING
𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾
FanfictionLyna : kanak - kanak yang aktif dan cerdik. Tiba - tiba demam sawan membuat mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad , Lyna berkenalan dengan Doktor Han, Doktor pediatrik yang bertugas di...