6 ♡

5 2 0
                                    


Lyna pov

" Bye uncle dokter..!" Mataku terus memandang uncle doktor sehingga hilang dari pandangan. Kemudian barulah aku panjat duduk di depan bersama mama. Seat belt aku tarik.

" Mama, bila kita nak jumpa uncle doktor lagi? " aku pandang mama penuh harapan. Tapi mama buat - buat tak dengar cakap aku. Aku kecewa. Baru sekejap aku tinggalkan uncle doktor, hatiku sudah merinduinya. Uncle doktor baik, handsome pula, sebab tu aku jatuh cinta dengan uncle doktor.

Tapi mama macam tak sukakan uncle doktor. Muka mama serius sangat bila bercakap dengan uncle doktor. Tak senyum langsung, malah mama macam tak suka aku cium uncle doktor.

' Mama tak sayang Lyna lagi. Mama dah macam abah!' Hatiku merajuk. Aku tunduk monyok, tidak mahu tengok mama lagi.

Mama diam sepanjang perjalanan balik ke rumah. Aku curi jeling - jeling. Mulutku memuncung panjang. Tapi mama tidak ambil kisah pun. Aku semakin terperuk kecewa dan tunduk bermain dengan jari - jariku sendiri.

" Lyna.. Kita dah sampai," ucap mama. Kereta dimatikan enjin.

Aku diam. Buat - buat tak dengar apa yang mama cakap. Diam dan tunduk bermain lagi dengan jari - jari sendiri.

Aku dengar mama membuka pintu kereta, kemudian keliar dan membuka bonet belakang mengambil beg. Barulah selepas itu pintu di tepiku dibuka.

" Cepat keluar, kita dah sampai." Beritahu mama lagi, suara mama tetap lembut sambil memandangku.

Aku angkat muka dengan mata tajam menjeling mama. Mama buat - buat tidak faham dan langsung tidak melayan rajuk protesku. Mama tunduk bukakan tali pinggang keselamatan dan dia sempat lagi mencium pipi aku. Seolah - olah tidak ada apa- apa yang berlaku. Marahku terpujuk apabila mama mencium aku, tapi aku tetap menunjukkan muka masamku.

" Ke nak mama dukung?" Suara mama lembut memujuk. Ah! Mama memang tahu aku merajuk marahkannya.

Aku diam tidak menjawab, sebaliknya aku turun kereta sendiri dan berjalan laju tinggalkan mama.

" Lyna! Tunggu mama sayang," jerit mama. Aku berpaling dan sengih, tapi sedikit pun tidak memperlahankan larianku.

" Lyna, STOPPP!" Jeritan mama kali ini mematikan langkahku. Tapi aku tidak berpaling melihatnya.

" Tak dengar ke mama jerit tadi?" Bebel mama apabila sampai di sebelahku.

" Baru baik demam, terus tak dengar cakap. Demam lagi kali ni, mama tinggalkan terus dekat hospital tu," ugut mama.

" Nak, nak! Nanti boleh jumpa uncle doktor lagi. Uncle doktor baik," jawabku. Lagi aku suka masuk hospital.

" Huh! Tak ada masa uncle doktor nak layan budak gedik ni," ejek mama, sambil jeling mata ke atas.

Aku tarik muka.

" Tak nak kawan mama.. Huwaaa...! "

Mama ketawa dan menarik aku memeluk pinggangnya.

                                ✧・゚: *✧・゚:*

Doktor Han pov

Dengan berat hati aku lepaskan mereka pulang ke rumah. Selepas meluah perasaan tadi, aku berasa lega. Biarlah orang kaya terlalu singkat atau cepat perkenalan ini, tapi tidak menghalang aku meluahkan perasaan. Aku yakin dengan apa yang aku rasa. Aku telah jatuh kasih kepada Lyna.

Tentang mamanya, wanita itu cantik san comel. Senyumnya mahu aku tatap setiap hari. Bagaikan memberi nafas baharu kepada ku. Walaupun gagal mendapatkan jawapan pasti, namun aku yakin mereka akan jadi milikku. Aku akan sabar menunggu dan memberikan masa kepada mama Lyna. Sebulan... Cukup sebulan wanita itu mendiamkan diri, menganggap aku lupa lamaran tu, aku akan muncul di hadapan mereka berdua.

𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾Where stories live. Discover now