Eliana pov
" Mama uncle doktor mana?"
" Uncle doktor sibuk. Duduk diam - diam. Nanti mama cakap dekat nurse supaya suntik Lyna." Aku sudah tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Boleh dikatakan setiap minit Lyna bertanyakan Doktor Han. Orang sebelah sudah senyum - senyum, melihat kami.
" Nurse uncle doktor mana? Lyna kan baik, dengar cakap, kenapa uncle doktor tak datang check Lyna. Lyna kan sakit.." Nurse pula yang jadi mangsa Lyna.
Aku cuma mampu beristighfar di dalam hati. Cepatlah boleh keluar dari wad ni! Mulut Lyna sudah tidak mampu aku kawal. Hendak marah pun bukan dia dengar. Nanti merajuk, aku juga yang susah memujuk.
" Uncle doktor dah habis syif dia dah. Esok pagi baru dia datang."
" Alaaa.. Nanti Lyna rindu macam mana?"
" Uncle doktor nak rehat. Mamakan ada ni. Jangan nak mengada - ngada Lyna!" Suaraku dah tegang. Tapi masih kukawal nadanya. Geram betul dengan Lyna ni.
" Ala.. Kesian Lyna. Nanti nurse call uncle doktor suruh dia datang. Ok?" Lyna langsung tidak mendengar cakap aku.
" Nurse.. Jangan ikut sangat cakap Lyna tu." Cepat - cepat aku bersuara. Takut pula nurse tu betul - betul call Doktor Han.
Nurse itu sengih sambil kenyit mata pada Lyna. Aku dah susah hati. Tak pasal - pasal nurse tadi call Doktor Han. Aku dah susah hati. Tidakkah akan menganggu rehatnya nanti. Aku tahu kerja doktor ni masa kerjanya bukan macam pekerja biasa. Ada yang sampai 24 jam mereka kena bertugas. Iyalah, orang sakit tak kira masa. Tambah pula hospital kerajaan kekurangan doktor. Lagi double waktu kerja mereka. Janganlah nurse tadi betul - betul call Doktor Han, doaku dalam hati.
Dan doaku termakbul. Nurse pun tentu faham. Macam - macam kerenah pesakit cilik. Lebih - lebih lagi yang macam Lyna ni, nampak sangat dahagakan kasih sayang ayah. Aku menarik nafas panjang. Lyna, aku perhatikan dalam diam.
Matanya sentiasa memandang pintu bilik medikal 1 ini, mengharapkan kemunculan seseorang. Hatiku tersentap melihat wajah mengharap Lyna.
Tapi Lyna tak faham. Setiap kali nampak nurse, terus dia bertanyakan uncle doktor nya. Aku jadi segan dibuatnya. Tidak tahu bagaimana mahu menghentikan permintaan Lyna. Sehinggakan aku menyoal diri sendiri, Lyna ni betul ke demam sawan malam tadi? Macam orang tak sakit, malah lebih aktif dari biasa.
" Kakak doktor, bila uncle doktor nak datang?" Tak malu Lyna bertanya, bila ada doktor pelatih datang melihat nya.
" Uncle doktor? " terpinga - pinga doktor pelatih baru itu.
" Doktor Han " Nurse tolong jawabkan. Kebetulan nurse sedang mengambil tekanan darah dan suhu badan.
Agaknya semua orang dalam wad kanak - kanak ini sudah tahu, Lyna akan bertanyakan uncle doktor. Begitu juga apabila doktor lain membuat pemeriksaan rutin.
" Oo.. Lyna ni?"
Nurse angguk tersenyum - senyum. Aku pula senyum kelat. Segan rasanya, entah apa yang mereka fikirkan.
" Sekejap Lyna." Doktor pelatih itu mengeluarkan telefon nya dan mula membuat video call.
" Eh, tak payah doktor. Tak perlu kacau Doktor Han berehat." Aku kalut membantah.
Kujegil mata pada Lyna. Tapi anakku ini tersengih menampakkan giginya bila wajah Doktor Han terpapar di skrin telefon.
" Uncle doktor! Bila nak datang sini?" Suara Lyna ceria.
" Lyna?" Terdengar suara Doktor Han seakan terkejut. Mungkin dia ingatkan panggilan atas urusan kerja, tapi wajah Lyna yang muncul.
" Lyna rindu uncle doktor. Cepatlah datang sini. "
Allah.. Allahu.. Manalah aku nak sorok muka ni!
Doktor pelatih dan mereka yang berdekatan sudah sengih - sengih. Jadi aku sengaja jauhkan diri.
" Malam nanti uncle doktor datang. Lyna dengar cakap mama dan nurse ok."
" Alright, bye uncle doktor." Mujur tak lama dia bercakap.
Lyna senyum puas hati. Lepas rindunya. Aku pula yang terasa berbahang panas. Rasa nak demam dengan kerenah mengada - ngada anak ku. Aku jeling Lyna yang ceria. Hatiku lega walaupun sesak nafas dengan perangainya.
Petang itu Bella singgah melawat Lyna.
" Lyna, dah sihat dah?" Diusapnya kepala Lyna.
" Sihat dah. Uncle doktor yang rawat Lyna, mestilah cepat sihat."
" Doktor..."
" Aah, uncle doctor tu nanti akan jadi papa Lyna tau, Acik Bella." Tak sempat aku jawab, Lyna sudah memintas kataku, menjelaskannya.
" Papa Lyna?" Lagilah Bella keliru. Entah apa tanggapannya padaku.
" Kau jangan percaya apa yang Lyna cakap tu. Uncle doktor tu Doktor Han. Doktor yang merawat dia malam tadi. Doktor Han yang pujuk. Dah orang baik dengan dia, terus nak jadikan papa dia," jelasku. Tak mahu Bella salah faham pula.
Bella angguk faham. Tapi ada senyum mengusik di bibir nya. Aku jeling mata ke atas. Takkan Bella pun percaya dengan olah budak ni. Cukuplah kulit muka aku berasa tebal berinci - inci bila berdepan dengan nurse dan doktor lain. Jangan pula si Bella pun terikut sama perangai Lyna.
" Uncle doktor tu handsome tak Lyna?"
" Handsome Acik Bella. Lebih handsome daripada abah dan 100 kali lagi baik dari abah. Lyna nak jadikan dia papa Lyna." Bersungguh - sungguh Lyna bercerita. Matanya bercahaya dan penuh harapan. Hatiku tersayat. Rupanya dalam diam, Lyna rindukan belaian kasih sayang ayah. Tapi ayah Lyna tak pernah menghargai kehadirannya malah dikatakan sial, menyusahkan hidupnya.
" Kalau uncle doktor jadi papa Lyna, dia kena kahwin dengan mama Lyna dulu." Bella mula memberi idea mengarut.
" Bella, kau jangan nak ajar Lyna yang bukan - bukan eh." Aku memberi amaran. Lyna usianya baru 4 tahun, dalam tempoh 6 tahun pertama, otak kanak - kanak seperti span menyerap setiap perkara yang orang beritahu. Lebih - lebih lagi kalau perkara itu yang dia mahukan juga. Lagi cepat dia faham. Yang bermasalah nanti tentulah dia.
" Kahwin tu apa?" Bulat mata Lyna pandang Bella.
" Bella, kau jangan nak ajar benda bukan - bukan kat Lyna. Budak ni mulut tak ada insurans. Nanti entah apa pula dia cerita nanti." Aku memberi amaran sekali lagi, siap kutarik lengan Bella menjauh sedikit. Tidak membenarkan mereka berbisik. Bella ketawa.
" Acik Bella, kahwin tu apa?" Tak putus asa juga si Lyna hendak tau. Dia akan terus bertanya sehingga mendapat jawapan yang memuaskan hatinya.
" Tak ada apa - apa lah. Budak - budak tak perlu tahu. Itu orang dewasa je tahu. " jawabku bagi pihak Bella. Aku jegilkan mata, memberi amaran pada Bella supaya tidak bercakap apa - apa.
" Nanti Lyna tanya dekat uncle doktor, kahwin tu apa."
" Bella..! " keras suara ku.
Bella ketawa. Dia angkat kening. Aku ketap bibir, menarik nafas. Tak mampu hendakku memarahinya sebab dia banyak membantu aku dan Lyna. Walaupun baru seminggu kenal, dia tidak pernah berkira menolong kami. Aku sangat bersyukur, di saat terkontang - kanting mencari rumah sewa, aku ditemukan dengan Bella. Dia juga yang kenalkan aku dengan Kak Nani, pengasuh Lyna yang tinggal di tingkat 7 apartment kami. Dia banyak menyenangkan urusanku.
" Ok, uncle doktor datang malam nanti Lyna tanya."
Bella angkat ibu jarinya. Aku tepuk dahi. Minta - mintalah Doktor Han tak datang malam ni. Ataupun Lyna sudah tidur bila dia datang nanti!
✧・゚: *✧・゚:*
YOU ARE READING
𝓗𝓪𝓹𝓹𝓲𝓷𝓮𝓼𝓼 ✾
FanficLyna : kanak - kanak yang aktif dan cerdik. Tiba - tiba demam sawan membuat mamanya panik. Terpaksa dikejarkan ke hospital dan ditahan wad untuk pemantauan selama 24 jam. Di wad , Lyna berkenalan dengan Doktor Han, Doktor pediatrik yang bertugas di...