Happy reading gess
Typo? Comment aje🤪"Tarikh Zayden dan Zyva nikah dah nak dekat ni. Zayden dah buat persiapan ke?"
"Zayden ada la juga buat persiapan sikit tapi tak tahu la Zyva suka atau tak. Lagi pun Zayden tak berapa tau sangat nak buat persiapan apa lagi. Setakat ni baru pilih baju dan design pelamin."
"Takpa nanti mama tolong la ye buat persiapan yang selebihnya."
"Terima kasih mama sebab nak tolong Zayden. Kalau mama tak tolong, Zayden tak tahu la nak buat persiapan apa lagi."
"Sama-sama Zayden. Kalau mama tak tolong, kesian la dekat Zayden. Nak handle syarikat, nak buat persiapan nikah. Mesti Zayden penat. Mama faham Zayden.
"Hehe sayang mama"
________________________________"Betul ke apa yang aku buat ni Isya?"
"Ini pilihan kau Zyva,kau sendiri yang setuju untuk kahwin dengan Zayden."
"Ya,ini keputusan aku sendiri bukan keputusan orang lain jadi,aku harap sangt keputusan yang aku buat ni betul."
"Aku pun berharap macam tu Zyva. Lepasni kau mesti bahagia."
"Kau dah ready?"
Zyva tidak membalas persoalan Isya. Dia hanya menganggukkan kepalanya, tanda yang dia sudah bersedia.
"Kalau macam tu,jom kita turun,dan gerak ke dewan untuk kau nikah."
"Bismillah,okay jom." Walaupun masih gugup, Zyva berusaha untuk menyembunyikan perasaan gugupnya.
_______________________________
"Pengantin lelaki dah bersedia?" Tanya tok kadi kepada Zayden."Ye, saya dah bersedia"
"Kalau macam tu, mari lah kita mulakan ye. 'Tengku Zayden Rifqi Bin Tengku Ziyad Danish"
"Saya"
"Aku nikah kan dikau dengan Tengku Zyva Aulia Binti Tengku Zayyan Malik dengan mas kahwinnya satu juta ringgit tunai."
"Aku terima nikah Tengku Zyva Aulia Binti Tengku Zayyan Malik dengan mas kahwinnya satu juta ringgit tunai."
"Sah?" Tanya tok kadi kepada para tetamu
"Sahhhh" jawab para tetamu
Alhamdulillah dengan sekali lafaz Zyva dah sah bergelar isteri kepada Zayden.
_______________________________
Bilik nombor 3112 dituju oleh pasangan pengantin yang baru sahaja selesai majlis akad nikah di hall hotel mewah."Aku nak ingatkan kau, kita kahwin hanyalah kerana keluarga bukan cinta."
"Saya tahu dan saya akan ingat sampai mati perkahwinan kita hanyalah atas permintaan keluarga." Dengan sengaja, Zyva tekankan perkataan permintaan keluarga.
"Bagus la, kalau kau sedar diri kau tu siapa. Aku tak minta banyak, cukup kau jaga makan dan minum aku sahaja dalam tempoh perkahwinan kita."
"Walaupun layanan awak teruk,saya akan cuba untuk pikat hati awak Zayden. Saya akan pastikan awak jatuh di tangan saya. Awak hak saya." Desis hati Zyva sebelum melangkah masuk ke dalam tandas untuk membersihkan diri.
Setelah beberapa minit membersihkan diri, Zyva keluar dari bilik mandi dengan memakai baju tidur bercorak kartun.
Zayden hanya memandang isterinya sekilas. Malas mahu memandang lebih-lebih. Nanti ada yang perasan.
"Dah besar pun pakai baju corak kartun. Macam budak-budak." Kata Zayden perlahan. Tetapi masih boleh didengari oleh Zyva.
"Apa yang awak tak puas hati dengan pakaian saya!.Bukannya berdosa pun."
"Hm,ikut suka kau lah."
"Awak cemburu kan sebab awak tak ada baju yang comel macam ni, sebab tu awak cakap macam tu."
"Aku tak hairan lah dengan baju corak kartun kau tu. Kalau aku nak, aku boleh beli sendiri la."
"Eleh nak menipu la tu. Dah la malas nak bertekak dengan awak, bukannya dapat apa-apa pun. Dapat dosa lagi ada lah. Buang masa je. Lebih baik tidur."
"Aku pun tak ingin la nak dengar suara kau yang macam anak burung murai tu. Bising je." Kata Zayden lalu masuk ke bilik mandi untuk membersihkan diri.
_______________________________
YOU ARE READING
Isteri paksa rela | C
Cerita PendekPerkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara. "aku nak ingatkan kau. Kita kahwin hanyalah sebab keluarga, bukan cinta." ⚠️ slow update ⚠️ short chapter ⚠️ cringe story ⚠️aut...