1 bulan selepas Zyva melahirkan
Zayn haqeem menjadi nama pilihan dihati Zyva untuk anak sulungnya. Semasa melahirkan Haqeem, Zyva menahan segala kesakitannya seorang diri. Tiada sesiapa disisinya. Sememangnya bukan impian mana-mana wanita melahirkan bayi tanpa suami disisi, tetapi Zyva masih berkeras hati untuk tidak berjumpa suaminya.
Zyva juga berasa amat bersyukur kerana tiada komplikasi semasa melahirkan. Perjalanan melahirkan Haqeem amatlah mudah. Tidak seperti yang dikatakan di media sosial.
"Assalamualaikum Haqeem, cucu nanny tak tidur lagi ya sayang." Haqeem tersenyum manis ketika melihat wajah puan Laila.
"Macam mana nak tidurnya mommy Haqeem asyik nak main je. Bagi susu pun dia buat tak endah aje."
"Biasa la tu Zyva. Menjaga baby yang nak membesar ni memang banyak cabarannya. Malam-malam memang dia tak tidur. Bila pagi atau tengah hari tu la baru dia nak tidur."
"Betul sangat tu mommy, waktu tengah hari orang nak main dengan dia, dia tidur pula. Kalau malam-malam, luas je mata dia. Waktu berpantang jarang sangat dia bangun malam. Sekarang ni ya Allah, susah betul nak tidur malam."
"Kalau Zyva tak larat nak jaga Haqeem, biarlah mommy tidurkan dia malam ni. Mommy dan daddy okey je nak jaga si Haqeem ni. Haqeem ni budak baik, jarang dia nak nangis malam-malam."
"Tak perlu la mommy, Zyva boleh jaga Haqeem ni. Lagipun Haqeem ni sebelum tidur dia akan direct feeding susu Zyva. Haqeem tak biasa minum susu dalam botol, nanti menyusahkan mommy nak ulang-alik ke bilik Zyva."
"Takpa lah kalau Zyva cakap macam tu, nanti kalau ada apa-apa ketuk je pintu bilik mommy ya. Mommy keluar dulu ya, mengantuk awal pula malam ni. Penat sangat agaknya."
"Iya lah mommy, good night. Mimpikan Zyva dan Haqeem tau hehe."
Puan Laila hanya tersenyum kearah anak dan cucunya, lalu pergi meninggalkan mereka berdua.
"Haqeem sayang, jadi anak yang soleh ya, yang selalu dengar kata mama, jadi budak yang tak nakal, tak melawan cakap mama dan selalu ikut perintah agama. Mama bersyukur sangat kamu hadir menjadi peneman dalam hidup mama. Kamu bagaikan cahaya dalam hidup mama."
Haqeem hanya tersenyum mendengar kata-kata mamanya. Sudah menjadi rutin mendengar pesan daripada mamanya sebelum tidur.
agak-agak dengan kehadiran baby Haqeem ni, dapat satukan Zyva and Zayden ke eh?
YOU ARE READING
Isteri paksa rela | C
NouvellesPerkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara. "aku nak ingatkan kau. Kita kahwin hanyalah sebab keluarga, bukan cinta." ⚠️ slow update ⚠️ short chapter ⚠️ cringe story ⚠️aut...