Perkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara.
"aku nak ingatkan kau. Kita kahwin hanyalah sebab keluarga, bukan cinta."
⚠️ slow update
⚠️ short chapter
⚠️ cringe story
⚠️aut...
Pada jam 9:00 malam, Zayden tiba di rumah. Selepas pergaduhan di office berlaku, Zayden berniat untuk terus pulang ke rumah, namun niatnya dibatalkan kerana adik kembarnya kemalangan. Jadi, Zayden perlu ke hospital dahulu sebelum pulang ke rumah.
"Assalamualaikum, Zyva aku dah balik ni." Zayden mencari keberadaan isterinya, namun tidak dijumpai. Zayden masuk ke bilik tidurnya untuk melihat sama ada, isterinya ada atau tidak di dalam bilik itu. Zayden tidak menjumpai isterinya tetapi, dia menjumpai surat yang ditulis oleh Zyva.
Isi di dalam surat tersebut menimbulkan perasaan serba salah dan sedih.
'Saya minta maaf kerana tak dapat jadi isteri yang terbaik untuk awak. Saya perlukan masa untuk tenangkan fikiran. Mungkin awak akan bahagia tanpa saya.
Ditulis oleh isteri atas kertasmu,
Tengku Zyva Aulia.
"Ya allah Zyva, kau dah cukup baik untuk aku. Aku yang salah sebab tak menghargai kau. Aku minta maaf Zyva."
Sudah satu minggu Zayden tidak keluar pergi ke mana-mana termasuklah officenya. Keadaan Zayden amatlah tidak terurus.
"Mama risau la dengan Zayden tu, dah satu minggu dia terperap di dalam bilik. Puas mama pujuk dia keluar, tapi dia taknak. Zarif balik la ke Malaysia pujuk Zayden tu. Lagi pun dah 5 tahun Zarif tinggal di New Zealand." Zayden mempunyai abang dan adik kembar. Zarif ialah anak pertama, Zayden anak kedua, dan Ziyad ialah anak ketiga.
"Hmm, tengok lah macam mana, kalau ada masa Zarif balik ye mama."
Setelah Zayden memberitahu tentang kehilangan Zyva, Puan Ainee membuat keputusan untuk tinggal di rumah Zayden untuk beberapa hari. Risau kalau Zayden buat benda yang tak sepatutnya. _______________________________ "Zayden, mari turun. Kita makan sama-sama. Dah berapa hari Zayden terperap di dalam bilik. Kalau Zyva ada, mesti dia tak suka." Puan Ainee tidak pernah lelah memujuk Zayden untuk keluar dari bilik. Puan Ainee juga ada call dan massage Zyva, tetapi tiada respon. Mungkin sudah tukar nombor baharu.
"Zayden tak nak keluar daripada bilik ni."
"Kalau Zayden tak nak keluar, macam mana nak cari Zyva. Keluar la dari bilik tu. Makan lepas tu pergi cari Zyva. Kalau Allah izinkan, mesti Zayden jumpa juga dengan Zyva." Selepas mendengar kata-kata Puan Ainee, Zayden keluar juga dari biliknya.
"Mama, Zayden nak cari Zyva. Zayden rindu Zyva."
"Iya Zayden, mama tahu Zayden rindu Zyva. Tapi sebelum cari Zyva, makan dulu ye. Kurus dah anak mama sebab tak makan."
Zayden tidak melawan kata Puan Ainee. Zayden melabuhkan punggung di kerusi yang Zyva selalu duduk.
"Zayden nak cari Zyva dekat mana?"
"Zayden nak cari Zyva di New Zealand. Zyva selalu cakap, New Zealand ialah negara yang dia suka. New Zealand negara yang penuh dengan pemandangan indah. Zayden yakin Zyva mesti ada dekat sana."
"Mama taknak halang, kalau itu keputusan Zayden, mama izinkan. Pergi lah, cari Zyva betul-betul. Zyva tu berbadan dua. Bahaya kalau dia tinggal seorang diri."
"Malam ni mama tolong hantar Zayden ke airport boleh?"
"Boleh Zayden, mama doakan Zayden dapat berjumpa dengan Zyva."
"Zayden pun berharap macam tu juga mama. Zayden akan cari Zyva sampai jumpa."
"Zayden dah beritahu keluarga Zyva kan, tentang perkara ni."
"Ye, dah mama. Alhamdulillah keluarga Zyva faham situasi kami berdua."
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.