Setelah sampai di perkarangan rumah Puan Laila, Zayden menekan loceng yang sudah tersedia di tepi pagar rumah tersebut.
Setelah pintu pagar dibuka, laju kaki Zayden melangkah masuk ke dalam rumah Puan Laila.
"Assalamualaikum mommy, mommy sihat?"
"Waalaikumsalam, mommy sihat je. Zayden macam mana? Sihat? Kenapa nampak susut sangat badan kamu ni?"
"Alhamdulillah, sihat je mommy. Cuma sekarang Zayden kurang berselera la nak makan. Zyva tak ada nak teman Zayden macam selalu."
"Zayden tak boleh la macam ni. Kalau betul Zayden sayang Zyva, Zayden kena la jaga kesihatan, jaga pemakaian dan buat ibadah lebih. Berdoa dekat Allah supaya Allah temukan kamu berdua semula. Kalau betul jodoh kamu berdua kuat, insyaallah pasti akan bertemu juga."
"Terima kasih mommy sebab nasihatkan Zayden."
Zyva membatalkan niatnya untuk turun ke dapur kerana kedatangan Zayden secara mengejut ini.
"Ya allah, kurusnya suami aku. Zyva minta maaf atas apa yang Zyva buat abang." Zyva Bermonolog sendiri di dalam hati.
"Mommy, Zyva tak ada call mommy ke?"
"Tak ada Zayden. Kami langsung tidak dapat hubungi Zyva." Puan Laila sememangnya tidak mahu menipu menantu kesayangannya itu. Tapi dia sudah berjanji tidak akan buka mulut tentang hal ini.
"Apa lagi yang Zayden perlu buat mommy? Dah macam-macam cara Zayden buat untuk cari Zyva. Tapi masih tak dapat juga."
"Berdoa, usaha dan tawakal. Itu je yang mommy boleh cakap."
"Mommy tak ada sorokkan apa-apa dari Zayden kan?" Semasa ingin ke ruang dapur beberapa minit yang lepas, Zayden dapat menghidu aroma bunga dan raspberi daripada jenama terkenal iaitu 'Dior' yang tidak asing baginya.
~FLASHBACK~
"Cinta, abang ada suprise untuk cinta harini."
"Suprise? Birthday Zyva dah lepas 4 bulan yang lepas la abang."
"Suprise bukan untuk birthday je cinta."
"Hmm cepat la abang. Apa suprisenya."
Paper bag Dior yang disorok di belakang bandannya dikeluarkan.
"Dior? Serious laa abang? Mahal ni."
"Ya cinta, Dior. Kalau untuk cinta, tak ada satu pun benda yang mahal dimata abang."
"Terima kasih abang, I love you."
"I love you too cinta."
~END FLASHBACK~
YOU ARE READING
Isteri paksa rela | C
NouvellesPerkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara. "aku nak ingatkan kau. Kita kahwin hanyalah sebab keluarga, bukan cinta." ⚠️ slow update ⚠️ short chapter ⚠️ cringe story ⚠️aut...