Happy reading gess
Typo? Comment ajee🤪"Woi, kau tak reti nak bangun solat subuh ke. Dah la diri tu dah banyak dosa, nak ditambah lagi sebab tak solat subuh." Walaupun sudah bernikah, Zayden tidak pernah berlembut dengan isterinya.
"Saya nak bangun la ni, awak tu yang tak menyabar. Lepastu nak bagi ayat pedas pula."
"Bagus la tu, melawan cakap suami. Ingat dapat pahala ke, lawan cakap suami. Dapat dosa lagi ada la." Pagi-pagi lagi pasangan pengantin baru ini sudah bergaduh mulut. Huhh, ini baru pagi, kalau tengah hari nanti macam mana ye.
"Bising la awak ni,mummy pun tak bebel macam awak! Mulut murai."
"Amboi engkau, yang kau tahu, melawan dan mengutuk suami je, mulut tu kena stapler baru tahu."
"Biar la, ada mulut mesti la guna sebaiknya."
"Masalahnya, kau guna mulut tu bukan buat kebaikan, tapi buat dosa ja. Kalau berselawat ke, berzikir ke, kan ada faedahnya."
"Apa-apa je la Zayden. Malas nak dengar awak bebel. Macam Mak Cik Bedah je."
Selepas selesai menunaikan solat subuh, Zayden dan Zyva membaca Al-Quran bersama-sama hingga jam menunjukkan pukul 7:00 pagi.
"Kau pergi siap, kita turun breakfast lepastu kau kemas barang-barang kau. Kita akan balik rumah aku."
"Barang awak? Awak kemas sendiri ke?"
"Ada aku suruh? Tak kan. Jadi aku kemas sendiri la."
_______________________________
Selepas habis breakfast,Zyva dan Zayden naik ke bilik untuk mengemas baju dan bersiap untuk pulang ke rumah Zayden."Takde barang kau yang tertinggal kan? Hand phone,charger,power bank? Dah ambil? "
"Ye dah Zayden. Semua dah ambil takde yang tertinggal."
"Okey jom check out lepastu gerak. Tunggu lama-lama dekat sini buat apa"
"Iya lah jom turun."
____________________________
"Kau jangan nak bising eh dalam kereta. Perjalanan kita ni jauh. Kang tak pasal-pasal aku pekak sebab mulut anak burung murai kau tu.""Eleh mulut dia tu lagi bising. Sudah la puaka pula tu." Kata Zyva dengan nada yang perlahan, tetapi masih boleh didengari oleh Zayden.
"Eh engkau ni. Ingat aku tak dengar ke ha?"
Zyva tidak membalas soalan Zayden. Dia hanya menjeling Zayden. Bombastic side eye.
Suasana di dalam kereta sunyi sepi. Zayden fokus memandu manakala Zyva sedang membaca wattpad di iPhone 14 plus miliknya.
"Aku cuti selama 1 bulan. Jadi selama 1 bulan ni,kalau kau nak balik rumah mummy and daddy atau nak shopping bagitau je aku. Aku boleh temankan." Zayden memecahkan suasana sunyi dia dalam kereta itu.
"Lamanya awak cuti,papa tak marah ke awak cuti sampai 1 bulan?"
"Papa yang suruh aku cuti 1 bulan. Nanti syarikat tu papa yang uruskan."
"Hm, jauh lagi ke perjalanan kita ni?."
"45 minit lagi kita sampai."
"Mak oi, panjangnya perjalanan nak balik rumah awak ni. Lenguh badan saya duduk dalam kereta ni. Dah 1 jam tau saya duduk dalam kereta."
"Siapa suruh kau setuju untuk kahwin dengan aku, nasib kau la."
"Kalau saya tak setuju, saya jadi anak derhaka pula. Dah satu hal lagi."
"Bukan kau memang anak derhaka ke?."
"Kepala hotak awak. Saya anak yang baik tau. Tak pernah melawan cakap mummy and daddy."
"Eleh, dulu siapa yang menangis sambil tampar-tampar mummy sebab tak nak masuk asrama?"
"Macam mana awak tahu pasal tu?"
"Kau lupa ke, yang kita ni satu sekolah, and masatu, aku terpaksa pergi asrama dengan keluarga kau sebab keluarga aku ada di luar negara."
"Macam mana aku boleh lupa, Zayden ada juga dekat situasi yang memalukan tu." Desis hati Zyva.
______________________________
YOU ARE READING
Isteri paksa rela | C
Historia CortaPerkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara. "aku nak ingatkan kau. Kita kahwin hanyalah sebab keluarga, bukan cinta." ⚠️ slow update ⚠️ short chapter ⚠️ cringe story ⚠️aut...