Perkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara.
"aku nak ingatkan kau. Kita kahwin hanyalah sebab keluarga, bukan cinta."
⚠️ slow update
⚠️ short chapter
⚠️ cringe story
⚠️aut...
"Dah 1 bulan kita macam ni Zayden. Sebelum kita berkahwin, boleh je kita bergurau, cerita masalah dan macam-macam bersama. Tapi, lepas kita kahwin, awak berubah."
"Habis tu, kau nak aku buat apa? Ubah diri aku?."
"Ye, saya nak awak ubah diri awak. Awak bukan Zayden yang saya kenal. Zayden seorang yang manja dan suka berikan kata-kata yang manis, bukan yang kesat."
"Kalau aku ubah diri aku, kau akan jadi lebih manja dari sekarang. Aku tak suka orang yang terlebih manja, sebab nanti dia akan jadi lembik."
"Takkan lah sepanjang perkahwinan kita, saya kena dengar kata-kata yang kesat. Saya ni perempuan, hati perempuan ni lembut dan cepat terasa."
"Aku boleh ubah diri aku, tapi aku tak nak kau jadi lembik. Itu je yang aku nak." _______________________________ "Harini sayang masak apa untuk breakfast?."
"Err saya masak telur dengan sausage je pagi ni."
"Wahh nampak sedap laa. Tak sabar nak makan."
"Breakfast macam ni pun awak suka, senang la kerja saya. Tak perlu fikir sangat nak masak apa untuk breakfast."
"Mama memang ajar saya bersyukur dengan apa yang ada di depan mata. Itu semua rezeki. Kalau saya merungut mesti mama marah."
"Alhamdulillah, bagus didikan mama. Saya harap, awak juga mampu bimbing saya seperti mana mama bimbing awak."
"Insyaallah, itu memang tanggungjawab aku untuk bimbing kau ke pintu syurga firdaus." _______________________________ "Macam tak percaya je dalam sekelip mata, awak dah berubah."
"Kau tak suka ke, aku berubah? Haritu kau yang minta aku berubah. Bila aku dah ubah diri aku sepenuhnya, kau macam tak suka pula."
"Bukan saya tak suka, saya cuma terkejut. Baru beberapa minggu lepas saya minta awak berubah. Alhamdulillah, sekarang awak dah berubah menjadi lebih baik ketika melayan isteri." ________________________________ Saya mohon maaf sekiranya chapter ini dan chapter seterusnya akan menjadi pendek kerana, saya ada ujian silat. Sorry again ya.
Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.