Perkahwinan yang diatur keluarga.Perasaan cinta datang secara tiba-tiba tanpa sengaja, tetapi itu semua hanya sementara.
"aku nak ingatkan kau. Kita kahwin hanyalah sebab keluarga, bukan cinta."
⚠️ slow update
⚠️ short chapter
⚠️ cringe story
⚠️aut...
"Entah la mama. Firasat Zayden cukup kuat mengatakan Zyva ada di rumah mummy."
"Firasat seorang suami tu memang betul. Tapi kamu jangan terlalu berharap ya. Takut nanti kamu yang sedih." _______________________________ "Mommy tak bagitahu pada sesiapa kan yang Zyva ada di Malaysia?" Soal Zyva kepada Puan Laila. Risau betul jika suaminya tahu dia berada di Malaysia.
"Mommy tak bagitahu sesiapa sayang. Mommy hormat keputusan Zyva. Zyva dah besar, dah pandai buat keputusan sendiri."
"Terima kasih mommy sebab faham situasi Zyva." Zyva bersyukur kerana keluarganya faham dengan situasi rumah tangganya.
"Sama-sama sayang. Mommy doakan semoga kamu dan suami kamu dipermudahkan segala urusan."
Tiada ibu yang suka melihat anaknya bersedih. Begitu juga dengan Puan Laila. Luluh hatinya melihat Zyva yang berbadan dua namun tiada suami disisi.
Cecair jernih mula turun di pipi putih gebu Zyva. Dia rindukan suaminya. Rindu yang teramat sangat. Tetapi, luka dihatinya masih tersisa. Zyva takut perkara yang sama berulang kembali jika dia kembali ke pangkuan Zayden.
"Abang, Zyva rindu. Maafkan Zyva atas apa yang Zyva dah lakukan selama ni." Bisik Zyva perlahan.