BAB 14 - USIK

35 2 0
                                    

Bunga lantas menyusun langkah ke pintu. Baru saja hendak memulas tombol, Haider sudah berdehem.

"Terbuka saja pintu tu kosong perpuluhan satu sentimeter, abang terus terkam sayang. Abang tak kisah dah kalau sayang merayu macam-macam masa tu. Abang janji abang tak akan lepaskan sayang masa tu. Jangan sampai malam ni abang cakap badan sayang hak abang," ugut Haider dengan senyuman bangganya.

Mana malaikat maut? Tolong cabut nyawa aku sekarang juga. Bunga hanya mampu merayu di dalam hati.

Masalahnya ada nampak muka Bunga kisah? Saat pintu kamar dikatup semula, Bunga lantas mengatur langkah seribu ke kamar kerjanya. Tombol dikunci dengan dada yang berombak kencang. Penghawa dingin dihidupkan sebelum Bunga merebahkan tubuhnya ke atas katil bujang di dalam kamar itu. Selimut ditarik membaluti seluruh tubuh. Lagaknya sudah seperti dikejar oleh hantu.

Saat mendengar ketukan pintu bukan saja Bunga tapi Malaeka juga sedang merayu supaya mereka keluar daripada dunia ini. Haider makan ubat apa sehingga hilang perwatakan sebenarnya?

Bunga tahu Haider sengaja mahu mengusik Malaeka. Lelaki itu juga sudah penat apabila Malaeka asyik mengelak daripada sentuhannya. Haider bukan terlalu gilakan tubuh Malaeka cuma mahu sedikit sentuhan kasih sayang.

"Sayang nak buka pintu ni sendiri atau nak abang ambil master key abang? Abang tengah berniat baik lagi ni. Kalau abang buka pintu ni sendiri, abang jamin sayang tak keluar dah," ugut Haider dengan tangannya yang bersilang di dada.

"Geli la, Haider. Jangan kacau sayalah. Awak pergilah tidur dekat bilik sana sorang-sorang. Jujur saya memang tak boleh tengok badan awak tak berbaju macam tu," rayu Bunga sedaya-upaya.

"Bukan haram pun lainlah kalau sayang tergoda. Cepatlah buka pintu ni. Abang kira sampai tiga aje. Kalau tidak sendiri fahamlah." Haider menahan tawanya. Suka benar dia melihat Bunga ketakutan.

Bunga membisu. Pilihan Haider masih dipertimbangkan walaupun di waktu genting ini.

"Satu..." Haider sudah mula mengira.

"Haider! Tak nak!" pekik Bunga dengan tangisan yang hampir meletus.

"Dua..."

"Awak masuk memang saya toreh tangan saya." Ugutan dibalas ugutan yang tidak Haider hiraukan.

"Ti..."

Bibir Haider lantas melakarkan senyum lebar sebelum suku kata terakhir terlafaz. Melihat Bunga yang sedang berdiri di birai pintu seraya membuatkan Haider tertawa halus. Kepala Bunga digosok manja.

"Janganlah apa-apakan saya," rayu Bunga dengan tangis yang dibuat-buat. Matanya dikerdipkan berkali-kali.

Haider masih tertawa. Geram dia melihat kecomelan Bunga.

Haider mengatup pintu kamar lalu mengajak Bunga duduk bersama-sama di birai katil. Makin lagak Haider ketawakan Bunga apabila gadis itu duduk jauh daripadanya.

"Tidur bilik ni pun seronok juga kan? Katil single tapi abang rasa muat untuk kita berdua." Haider menongkat tubuhnya ke belakang.

"Tidur sini tak seronok. Kita balik tidur bilik kita, ya? Saya tak kisah awak nak berseluar aje ke, tak berseluar ke asalkan kita tidur dekat bilik sana," pujuk Bunga. Tidak sudilah dia tidur bersama di atas katil bujang ini. Sempit.

"Tak nak! Abang nak tidur dekat sini juga," tegas Haider sebelum berbaring di atas katil. Tangannya disilang ke belakang kepala.

"Sempitlah, Haider. Saya tak suka tidur himpit-himpit ni." Bunga masih berdalih.

"Sini baring sebelah abang." Haider menepuk-nepuk ruang kosong di sisinya. Lengan kanannya didepakan untuk dijadikan bantal Bunga.

Bunga memandang wajah Haider. Kepalanya digeleng laju sebelum telinganya digaru tanda dia kurang senang.

Akhiri Derita IniWhere stories live. Discover now